The Firm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Firm
The Firm logo.JPG
Genre Realiti
Pencipta Anne Low, Ng Ping Ho
Pengarah Ng Ping Ho
Dibintangi Peter Pek, Chan Boon Yong
Komposer lagu tema Ub3rsound Sdn Bhd
Negara asal Malaysia Malaysia
Bahasa Inggeris, dengan sarikata dalam Bahasa Malaysia
Bilangan musim 1
Bilangan episod 10
Penerbitan
Penerbit eksekutif Anne Low, Ng Ping Ho
Penerbit Anne Low
Penyunting MS Prem Nath, Amy Lim, Kiang Hon Yeat
Lokasi Lembah Klang
Pemasangan kamera John Goh, Eddie Tham Wai Wing, Boh Lee, Michael Chan Way Kin
Tempoh siaran 60 min
Penyiaran
Saluran asal ntv7
Siaran asal 24 Jun, 2007
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

The Firm ialah rancangan realiti korporat terbitan usahasama Popiah Pictures dan ntv7. Rancangan realiti tv ini memaparkan 10 peserta korporat, dan merupakan pertandingan untuk mencari bakat korporat baru di Malaysia. Pemenangnya akan menerima perjanjian kontrak dari sebuah syarikat besar and hadiah-hadiah yang menarik. The Firm akan disiarkan di ntv7 dan Astro saluran 7 pada 24 Jun, 2007. Musim satu akan dikendalikan oleh Peter Pek dan Chan Boon Yong, dan ditaja oleh Intel Core 2 Duo.

Pengadil/Pemimpin Korporat[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Dinamik akan dipimpin oleh Peter Pek, pakar penjenamaan terkenal yang bertanggungjawab membawa masuk projek Superbrands ke Malaysia dan kini beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia bagi agensi penjenamaan dari United Kingdom, Brand Mercatus. Manakala mentor bagi kumpulan Momentum ialah Ketua Pegawai Eksekutif The Carat Club, Chan Boon yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pernah memenangi pelbagai anugerah kepimpinan serta kemahiran keusahawanan.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Kumpulan 1 Kumpulan 2
Dinamic Momentum
Mentor Koporat Mentor Koporat
Peter Pek Chan Boon Yong

10 peserta terbaik dipilih daripada 500 permohonan yang berlainan latar belakang untuk mengikuti program realiti berkaitan dunia perniagaan yang mencabar dengan menyelesaikan permasalahan yang diberi bagi setiap episod. Peserta terdiri daripada:

Kumpulan Dinamic Kumpulan Momentum
  • Angeline Simone Chin, 32
  • Carmen Yap, 28
  • Dr Mohamad Azaharani bin Seruji (Doctor Jahar), 34
  • Joel Neoh Eu-Jin, 24
  • Yap Keng Teck, 34
  • Too Sze Yuing (Anrie), 24
  • Khairul Bariah bt Shaifulbahri, 27
  • Ernie Chen, 30
  • Wong Chee Hoong, Ivan, 33
  • Fazlina Azreen binti Mustapha Kamal (Lin), 28

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

Episod 1[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: Jun 24, 2007
  • Jenama: Fitness First
  • Tugasan: Menganjurkan hari terbuka dan memastikan acara berjaya bagi pihak Fitness First
  • Pengurus pasukan Dinamic: Dr Jahar
  • Pengurus pasukan Momentum: Ernie
  • Pasukan yang menang: Momentum
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Dr Jahar, Angeline
    • Penyingkiran: Angeline
      Dia tidak mengamalkan etika yang sepatutnya apabila meminta Joel untuk mengintip kegiatan pasukan lain serta meminta bantuan orang awam agar mereka muncul di kaca televisyen.

Episod 2[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 1 Julai 2007
  • Jenama: Nestlé
  • Tugasan: Pasukan-pasukan perlu menganjurkan satu acara untuk menyemai kesedaran umum mengenai hubungan antara kolesterol dan penyakit jantung, serta mengaitkan jenama Nestlé Omega Plus sebagai kaedah efektif untuk membanteras kolesterol.
  • Pengurus pasukan Dynamic: Keng Teck
  • Pengurus pasukan Momentum: Khai
  • Pasukan yang menang: Dynamic
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Khai, Ivan
    • Disingkirkan: Khai
      Dia gagal menunjukkan dirinya sebagai ketua yang cekap gara-gara gaya kepimpinannya yang semata-mata cuba menyenangkan hati setiap ahli pasukan.

Episod 3[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 8 Julai 2007
  • Jenama: Burger King
  • Tugasan: Setiap pasukan dikehendaki mereka value meal sendiri. Pasukan yang lebih banyak meraih untung adalah pemenangnya.
  • Pengurus pasukan Dynamic: Joel
  • Pengurus pasukan Momentum: Anrie
  • Pauskan yang menang: Dynamic
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Mula-mulanya seluruh pasukan dipanggil masuk tetapi oleh sebab Anrie, sebagai ketua pasukan, mengaku dirinya yang wajar disingkirkan, ahli-ahli lain akhirnya selamat.
    • Disingkirkan: Anrie
      Dia sendiri mengaku bertanggungjawab atas kekalahan pasukannya.

Episod 4[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 15 Julai 2007
  • Jenama: SilkyGirl
  • Tugasan: Para peserta dikehendaki mereka sisipan majalah 8 mukasurat untuk mempamerkan personaliti jenama Silkygirl. Pasukan yang mereka sisipan yang paling kreatif dikira pemenang.
  • Pengurus pasukan Dynamic: Carmen
  • Pengurus pasukan Momentum: Lin
  • Pasukan yang menang: Dynamic
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Ketiga-tiga ahli pasukan Momentum yang tinggal
    • Disingkirkan: Lin
      Sungguhpun menegaskan bahawa Ernielah yang paling kurang menyumbang kepaa pasukan maka wajar disingkirkan, Chan Boon Yong tidak setuju dengannya dan berasa bahawa dia tidak cukup alasan untuk terus bertanding.

Episod 5[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 22 Julai 2007
  • Jenama: P&G Gillette
  • Tugasan: Setiap pasukan perlu mereka pertandingan online di laman web Gillette yang disasarkan kepada golongan lelaki bandar untuk membeli pencukur tahap premium Gillette.
  • Pengurus pasukan Dynamic: Keng Teck
  • Pengurus pasukan Momentum: Ivan
  • Pasukan yang menang: Momentum
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Jahar, Carmen
    • Disingkirkan: Jahar
  • Nota tambahan: Akibat ketidakseimbangan antara kedua-dua pasukan, Pasukan Momentum diberi peluang untuk merampas seorang ahli Dynamic untuk mengukuhkan pasukan mereka, lalu memilih Joel.

Episod 6[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 29 Julai 2007
  • Jenama: Intel
  • Tugasan: Setiap pasukan diberi sebuah kedai IT di Low Yat Plaza lalu ditugaskan untuk menjual sebanyak mana pemproses Intel Core 2 Duo yang mereka mampu, sambil juga menyedarkan orang awam mengenai kelebihan-kelebihan pemproses baru ini.
  • Pengurus pasukan Dynamic: Carmen
  • Pengurus pasukan Momentum: Joel
  • Pasukan yang menang: Dynamic
    • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Dalam satu langkah yang mengejutkan, kedua-dua pasukan dipanggil untuk menghadap. Sungguhpun Team Dynamic menang, kedua-dua wakil Intel dan Peter Pek kurang puas hati dengan prestasi ahli-ahli pasukan tersebut. Namun, akhirnya pasukan itu dilepaskan tanpa sesiapa antara mereka tersingkir.
    • Disingkirkan: Ivan
  • Nota tambahan: Semua peserta profesional yang disingkirkan sebelum ini dinjemput untuk kembali, di mana Pasukan Dynamic diberi peluang untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menyertai mereka, lalu terpilihnya Anrie.

Episod 7[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 5 Ogos 2007
  • Nota: Lima orang peserta yang tinggal menjalani "penstrukturan semula korporat" secara tiba-tiba, yang mana kedua-dua pasukan bergabung menjadi satu lalu meninggalkan ketua-ketua korporat untuk menyertai seorang CEO, Tengku Zafrul Aziz dari Tune Money Sdn Bhd yang bakal bekerja bersama juara kelak.
  • Jenama: Sunrise
  • Tugasan: Pasukan yang baru begabung itu ditugaskan dengan sebuah unit contoh bagi satu pembangunan kondominium terbaru oleh Sunrise, dan perlu menghiasinya agar menarik sasaran golongan profesional muda.
    • Disingkirkan: Carmen
      Dia kurang mengenali tugasan ini dan tidak mampu menjawab soalan-soalan penring, seperti hasil pulangan hartanah berkenaan.

Episod 8[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 12 Ogos 2007
  • Jenama: Plaza Damas, Boustead
  • Tugasan: Setiap peserta diberi sebuah gerai di Plaza Damas, Sri Hartamas, di mana mereka menjual mana-mana produk pilihan mereka, sama ada pakaian lama, buku ataupun kasut. Mereka juga dinilaikan dari segi kemahiran berunding, baik semasa memperoleh barangan mahupun apabila menjual kepada pelanggan. Peserta yang paling banyak mengaut untung dalam batas amalan niaga yang beretika dijadikan pemenang.
  • Pemenang: Joel
  • Peserta yang dipanggil ke bilik mesyuarat: Ernie, Keng Teck dan Anrie
  • Disingkirkan: Anrie dan Keng Teck
    Episod inilah merupakan kali pertama di mana 2 orang peserta disingkirkan sekaligus, dan juga julung kalinya ungkapan "You're terminated" tidak diujar.

Episod 9[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 19 Ogos 2007
  • Jenama: Kiwanis dan Rotary International
  • Tugasan: Dua orang peserta yang tinggal, iaitu Ernie dan Joel, masing-masing ditugaskan untuk menganjurkan sebuah tayangan perdana filem dan peragaan fesyen selebriti, bagi tujuan mengumpul dana amal. Acara anjuran Ernie adalah bagi pihak Kiwanis, manakala Joel pula untuk Rotary.
  • Nota:
    • Episod ini melihatkan kali pertama tiada sesiapa yang disingkirkan.
    • Kesemua peserta-peserta yang disingkirkan dahulu dikembalikan untuk membantu kedua-dua finalis.
    • Episod ini tamat secara cliffhanger ("bersambung").

Episod 10[sunting | sunting sumber]

  • Disiarkan: 26 Ogos 2007 - Episod terakhir
  • Jenama: Kiwanis dan Rotary International
  • Projek: (Sambungan daripada episod lepas)
  • Nota:
    • Kesemua calon yang disingkirkan dahulu dibawa kembali ke dewan persidangan untuk membincangkan prestasi kedua-dua finalis. Kedua-dua ketua korporat turut memberi pendapat mereka sepanjang episod ini dan kebarangkalian memegang peranan dalam memutuskan keputusan.
  • Juara keseluruhan: Joel Neoh Eu-Jin, 24, yang merupakan calon termuda, dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]