Thomas Anders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Thomas Anders (lahir 1 Mac 1963) ialah penyanyi, penggubah dan penerbit rekod Jerman. Beliau menyertai pasangan penyanyi lagu pop, Modern Talking, bersama-sama Dieter Bohlen antara tahun-tahun 1984-1987 dan tahun-tahun 1998-2003.

Dilahirkan di Bernd Weidung, Münstermaifeld, Jerman kepada Helga dan Peter Weidung, Anders mempunyai seorang abang (atau adik), Achim, dan seorang kakak (atau adik), Tania. Beliau berkahwin dengan Nora Balling antara tahun 1985 dengan tahun 1999. Kini, isterinya ialah Claudia Hess. Anders mempunyai seorang anak lelaki bernama Alexander Mick.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tempoh sebelum Modern Talking[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1979, Anders memenangi pertandingan muzik Radio Luxembourg dan ketika berumur 17 tahun pada tahun 1980, beliau memulakan kerjayanya dengan rekod single pertamanya, Judy. Penerbit pertamanya ialah Daniel David. Pada tahun 1981, Anders muncul dalam pertunjukan Michael Schanze, Hatten sie heut' Zeit für uns, dan pada tahun 1983, beliau bertemu dengan Dieter Bohlen yang menerbitkan Was macht das schon, album versi Jerman untuk Pick up the Phone oleh F.R. David, serta album versi Jerman untuk Send me an Angel. Dari lewat tahun 1983 sehingga pertengahan tahun 1984, Bohlen menerbitkan banyak lagu laris negara, termasuk Wovon träumst du denn (ditempatkan dalam 20 teratas di Jerman), Endstation Sehnsucht, dan Es geht mir gut heut' Nacht. Anders dan Bohlen membentuk pancaragam Modern Talking pada lewat tahun 1984 dengan rekod single pertama, You're my heart, You're my soul yang amat berjaya.

Kerjaya solo (1989-1997)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, Modern Talking berpecah belah dan Anders memutuskan untuk menjadi seorang penyanyi solo ketika Bohlen membentuk pancaragam sendiri, Blue System. Pada tahun 1989, Anders menerbitkan album Different dengan gaya muzik yang baru. Rekod single Love of my own yang diterbitkan oleh Gus Dudgeon (penerbit untuk Elton John) mencapai tempat 30 teratas di Jerman pada tahun yang sama. Album yang kedua, Wispers, diterbitkan pada tahun 1991. The Sweet Hello, The Sad Goodbye, rekod single pertama yang ditulis oleh Per Gessle, ahli duet Roxette, memasuki carta majalah Billboard. Rekod single ketiga, I can't give you anything (but my love) menempuh carta Jerman. Pada tahun 1992, album yang berikut, Down on Sunset, mencapai kejayaan di Jerman dan Austria. Lagu-lagu album itu termasuk How deep is your love (bukan lagu klasik Bee Gees) serta Standing alone (dengan Glenn Medeiros). Album Barcos de Cristal pada tahun 1994 diterbitkan hanya di Amerika Selatan.

Pada pertengahan dekad 1990-an, Anders mengubah gaya muziknya di bawah nama samaran "Phatomas", dan terlibat dalam projek sampingan dengan nama yang sama serta sebilangan projek yang lain seperti King of the Paradise dan Chain Reaction. Beliau merakamkan banyak lagu bukan asli, termasuk Our House (Madness) dan No Doubt About It (Hot Chocolate). Pada lewat 1997, Anders memutuskan bersama-sama Dieter Bohlen untuk memulihkan pancaragam Modern Talking.

Sejak tahun 2004[sunting | sunting sumber]

Pada lewat tahun 2003, Anders memeterai sebuah kontrak dengan syarikat antarabangsa BMG sebagai artis solo. Rekod single pertama, Independent Girl, yang diterbitkan pada bulan November 2003 mencapai tempat ke-17 dalam carta Jerman dan merupakan lagu larisnya yang pertama sejak tahun 1984. Album This time, album pertamanya sejak tahun 1995, mencapai tempat 20 teratas pada tahun 2004, manakala rekod single keduanya, King of love, mencapai tempat 20 teratas di Sepanyol, serta tempat 40 teratas di Jerman. Penerbit barunya, Peter Ries, pernah bekerjasama dengan Sandra dan No Angels. Pada tahun 2005, Anders memenangi tindakan undang-undangnya terhadap Dieter Bohlen.

Anders dijangka akan menerbitkan album yang mengandungi lagu duet dengan Sir Cliff Richard pada Mac 2006. Pada bulan yang sama, beliau dicalonkan untuk mewakili Jerman dalam Pertandingan Lagu Erovisi 2006, bersama-sama Vicky Leandros, anak Greek yang merupakan pemenang Erovisi 1972, Texas Lightning yang merupakan pancaragam lagu rakyat Amerika, serta pelawak Olli Dittrich. Beliau tidak dipilih ketika para penonton memilih Dittrich.

Diskografi (kerjaya solo)[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Rekod single[sunting | sunting sumber]

Rekod kerjasama[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Maklumat carta Jerman, menurut "Carta siaran radio Kawalan Media Jerman".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]