Tim Wiese

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tim Wiese
Maklumat peribadi
Nama penuh Tim Wiese[1]
Tarikh lahir (1981-12-17) 17 Disember 1981 (umur 42)
Tempat lahir Bergisch Gladbach, Jerman Barat
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
1987–1989 DJK Dürscheid
1989–1999 Bayer Leverkusen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2001 Fortuna Köln 23 (0)
2001–2003 1. FC Kaiserslautern II 15 (0)
2002–2005 1. FC Kaiserslautern 65 (0)
2005–2012 Werder Bremen 194 (0)
2012–2014 1899 Hoffenheim 10 (0)
Jumlah 307 (0)
Pasukan kebangsaan
2003–2005 Jerman B21 13 (0)
2008–2012 Jerman 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 April 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Februari 2012 (UTC)

Tim Wiese (lahir 17 Disember 1981) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya di DJK Dürscheid pada tahun 1987. Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke kelab remaja Bayer Leverkusen sebelum berpindah ke Fortuna Köln, di mana beliau membuat debut untuk pasukan senior di Bundesliga pada tahun 2000.

Kaiserslautern[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke kelab Bundesliga, Kaiserslautern pada musim sejuk 2001-02 dan beliau bermain di skuad reserve di divisyen ketiga dan menjadi penjaga gol ketiga di skuad pertama di belakang Georg Koch dan Roman Weidenfeller. Selepas Weidenfeller berpindah ke Borussia Dortmund, beliau merebut tempat pertama penjaga gol dengan Koch dan membuat debut Bundesliga pada musim 2002-03 apabila beliau menggantikan Koch selepas dibolosi empat gol dalam dua perlawanan. Selepas musim sejuk, beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol dan salah satu penjaga gol berbakat di Bundesliga. Beliau menjadi penjaga gol pertama pada musim 2003-04 dan dibuang padang pada perlawanan kedua musim. Beliau menjadi penjaga gol untuk Kaiserslautern sehingga lewat November 2004 ketika beliau kehilangan tempat kepada Thomas Ernst.

Werder Bremen[sunting | sunting sumber]

Wiese berpindah Werder Bremen pada 2005 dan dikatakan untuk menggantikan Andreas Reinke, namun disebabkan mengalami kecederaan dua kali beliau terpaksa berehat sebahagian pertama musim. Berikutan Reinke mengalami kecederaan pada perlawanan menentang VfB Stuttgart pada Februari 2006, Wiese membuat debut Bundesliga untuk Werder Bremen dan menjadi penjaga gol pertama sepanjang musim 2005-06.

Walau bagaimanapun, pasukannya kelihatan goyah pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Juventus pada 7 Mac 2006. Pada musim 2006-07, beliau menjadi penjaga gol pertama di Werder Bremen dan hanya terlepas tiga perlawanan Bundesliga. Pada separuh akhir DFB-Pokal menentang Hamburg, Wiese membantu Bremen ke perlawanan akhir selepas menyelamatkan tiga tendangan penalti.

Hoffenheim[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mei 2012, Wiese menandatangani kelab 1899 Hoffenheim dengan bayaran tertutup dan menjadi kapten pasukan kelab pada Ogos tahun yang sama. Permulaan yang teruk melihat Wiese dibolos 15 gol dalam empat perlawanan yang menyebabkan pengurus Markus Babbel membela nasib penjaga gol itu. Pada November 2012, Wiese mengalami kecederaan lutut pada sesi latihan dan akan pulih semula pada Januari. Wiese dan rakan sepasukan, Tobias Weis telah dijumpai berikutan insiden di karnival parti pada 11 Februari 2013 dan kedua-dua pemain telah ditahan oleh pengawal keselamatan. Pada Mac 2013, pengurus Mueleer menyatakan bahawa Wiese akan meninggalkan kelab secara percuma apabila pasukannya tersingkir daripada Bundesliga. Pada musim ini, Wiese membuat sepuluh kemunculan untuk Hoffenheim dengan dibolos 25 gol dan kemunculan terakhirnya dengan kekalahan 2-1 kepada Eintracht Frankfurt pada 26 Januari. Hoffenheim telah turun ke 2. Bundesliga dan spekulasi mula memuncak apabila Wiese akan meninggalkna kelab.

Pada 17 September 2014, Wiese mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional dengan berkata: "Saya bukannya seorang pemimpi tetapi seorang yang realis dan saya menganggap bahawa saya mempunyai tahun yang terbaik di belakang dan saya tidak lagi bermain sebagai profesional."

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Wiese bersama Jerman pada 2011.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman semasa menentang England pada 19 November 2008 selepas beliau menggantikan René Adler pada permulaan separuh masa kedua.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Jerman di Piala Dunia FIFA 2014 tetapi tidak membuat sebarang penampilan kerana Manuel Neuer dipilih penjaga gol pertama dan Hans-Jörg Butt sebagai penjaga gol kedua dipilih untuk bermain pada perlawanan tempat ketiga menentang Uruguay.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
2008 1 0
2009 1 0
2010 1 0
2011 2 0
2012 1 0
Jumlah 6 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Werder Bremen

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Kerjaya gusti[sunting | sunting sumber]

Pada September 2014, Wiese telah ditawarkan oleh syarikat gusti, WWE untuk sertai divisyen NXT.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 8 December 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]