Tipu helah dihidrogen monoksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

Tipu helah dihidrogen monoksida melibatkan memanggil air dengan nama yang tidak biasa, "dihidrogen monoksida", diikuti dengan penyenaraian kesan-kesan sebenar bahan kimia ini, biasanya dinyatakan sebagai alasan untuk mengawal, melabel sebagai berbahaya, atau mengharamkan bahan ini. Tipu helah ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kekurangan kecelikan saintifik dan analisis yang diperbesar-besarkan boleh membawa kepada ketakutan yang tidak bertempat.[1] "Dihidrogen monoksida", dipendekkan kepada "DHMO", ialah nama untuk air yang selari dengan peraturan asas penamaan bahan kimia,[2] tetapi nama ini bukannya nama-nama yang diterbitkan oleh IUPAC[3] dan digunakan hanya sebagai bahan jenaka.

Versi popular tipu helah ini telah dibuat oleh rakan serumah Eric Lechner, Lars Norpchen dan Matthew Kaufman, ketika datang ke Universiti California, Santa Cruz pada 1990,[4] diperbaiki oleh Craig Jackson (yang juga pelajar UC Santa Cruz) pada 1994,[5] dan dibawa kepada perhatian umum pada 1997 apabila Nathan Zohner, seorang pelajar 14 tahun, mengumpulkan petisyen untuk mengharamkan "DHMO" sebagai asas projek sainsnya yang bertajuk "How Gullible Are We?".[6]

"Dihidrogen monoksida" mungkin kedengaran berbahaya pada mereka dengan pengetahuan kimia yang terhad, ataupun mereka yang menginginkan kehidupan "bebas bahan kimia".[6] Satu-satunya kegunaan biasa istilah "monoksida" ialah ketika merujuk kepada gas "karbon monoksida" yang sangat beracun, dan istilah yang diringkaskan, "keracunan monoksida", biasanya digunakan untuk merujuk kepada keracunan yang disebabkan oleh bahan kimia ini.[7]

Akhir-akhir ini, jenaka ini kerap dikembangkan. Contohnya, satu risalah maklumat keselamatan bahan (senarai maklumat tentang bahan-bahan yang agak berbahaya yang digunakan dalam industri dan kajian) telah dibuat untuknya.[8]

Kemunculan di Internet asal[sunting | sunting sumber]

Menurut Pittsburgh Post-Gazette, tipu helah ini pertama kali muncul di Internet di dalam apa yang kononnya Pakatan untuk Mengharamkan Dihidrogen Monoksida[5][9], satu pertubuhan palsu yang diasaskan oleh Craig Jackson selepas perbincangan kelompok berita asal. Laman itu mengandungi amaran-amaran berikut (diterjemah ke Bahasa Melayu):[10]

Dihidrogen monoksida:

Meskipun bahaya-bahaya ini, dihidrogen monoksida selalu digunakan:


Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Molekul air mempunyai formula kimia H2O, beerti setiap molekul air terdiri daripada satu atom hidrogen dan satu atom oksigen. Secara harfiah, istilah "dihidrogen monoksida" bermaksud "dua hidrogen, satu oksigen", selari dengan formula molekulnya: imbuhan awalan di- dalam dihidrogen bermaksud "dua", imbuhan awalan mon- dalam monoksida bermaksud "satu", dan oksida ialah sebatian yang mengandungi satu atau lebih atom oksigen.[11]

Pelbagai nama untuk air telah digunakan secara biasa dalam komuniti saintifik. Antaranya ialah hidrogen oksida, nama alkali seperti hidrogen hidroksida, dan beberapa nama asid seperti asid hidrik, asid hidroksik, asid hidroksil, dan asid hidroksilik. Istilah "asid hisroksil" yang digunakan dalam tipu helah asal adalah nama tidak piawai air. Satu nama tambahan, μ-oksido dihidrogen, telah dibuat untuk sebatian ini.[12]

Dalam semakan 2005 penamaan kimia organik IUPAC, tidak ada satu nama yang tepat untuk setiap sebatian.[13] Fungsi utama penamaan kimia adalah untuk memastikan yang setiap nama merujuk dengan jelas kepada satu jenis bahan kimia. Menamakan setiap sebatian dengan satu nama tunggal dianggap tidak penting, namun jumlah nama yang boleh diterima adalah terhad.[13] Air (Water) ialah satu nama yang boleh diterima untuk sebatian ini, walaupun ia bukannya nama sistematik mahupun antarabangsa dan hanya khusus kepada satu fasa sahaja untuk sebatian ini. Nama lain yang digalakkan oleh IUPAC untuk sebatian ini ialah oksidana (oxidane).[14]

Penggunaan imbuhan berangka adalah biasa dalam menamakan sebatian yang dibentuk dengan ikatan kovalen yang wujud di dalam molekul air.[15][16] Imbuhan untuk unsur pertama yang dinamakan biasanya digugurkan jika unsur tersebut biasanya hanya membentuk satu sebatian, ataupun jika jumlah atom bagi unsur pertama dinamakan adalah sama untuk semua sebatian bagi dua (atau lebih) unsur.[11] Oleh itu, H2S selalunya dipanggil hidrogen sulfida secara ringkas, dan nama biasa bagi Li2O ialah litium oksida. Namun, nama-nama seperti dihidrogen sulfida,[17] dilitium oksida[18] dan dilitium monoksida[19] kerap juga digunakan dalam industri dan di universiti-universiti, walaupun Li2O adalah sejenis sebatian ion.

Imbuhan mono- dalam nama unsur kedua dinamakan biasanya digugurkan sekiranya ia adalah satu-satunya sebatian biasa yang unsur ini hasilkan.[20] Oleh itu, nama IUPAC untuk H2S ialah hidrogen sulfida dan bukannya hidrogen monosulfida.[21] Namun, oleh kerana karbon dan oksigen boleh membentuk beberapa sebatian (karbon monoksida, karbon dioksida, trikarbon dioksida dan dikarbon monoksida), imbuhan mono- dikekalkan, seperti mana di dalam nama silikon monoksida dan silikon dioksida. Memang, hidrogen dan oksigen ada membentuk satu lagi sebatian, H2O2 (hidrogen peroksida). Menggunakan penamaan berimbuhan, H2O2 akan dipanggil dihidrogen dioksida. Oleh itu, pengekalan mono- di dalam dihidrogen monoksida memang digunakan untuk membezakannya daripada unsur lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Carder, L; Willingham, P.; Bibb, D. (2001), Case-based, problem-based learning: Information literacy for the real world, Research Strategies 18 (3): 181–190, doi:10.1016/S0734-3310(02)00087-3 .
  2. Leigh, G. J. et al. (1998), Principles of chemical nomenclature: a guide to IUPAC recommendations, Blackwell Science Ltd, UK, pp. 27–28, ISBN 0-86542-685-6 
  3. Leigh, G. J. et al. (1998), Principles of chemical nomenclature: a guide to IUPAC recommendations, Blackwell Science Ltd, UK, p. 34, ISBN 0-86542-685-6 
  4. Erich Lechner (February 23, 1990), Warning! Dangerous Contamination! (original usenet posting), Usenet rec.humor.funny archive 
  5. 5.0 5.1 Kruszelnicki, Karl S. (2006), Mysterious Killer Chemical, Australian Broadcasting Corporation .
  6. 6.0 6.1 Dihydrogen Monoxide from Urban Legends Reference Pages, Retrieved 2006-09-25.
  7. Knight, Bernard (1998), Lawyers Guide to Forensic Medicine, Routledge, p. 280, ISBN 978-1-85941-159-9 
  8. "DHMO Material Safety Data Sheet". Improbable Research. 
  9. Roddy., Dennis B. (1997), Internet-inspired prank lands 4 teens in hot water, Pittsburgh Post-Gazette (Diterbitkan pada April 19, 1997) 
  10. Craig Jackson (1994), Ban Dihydrogen Monoxide!, Coalition to ban DHMO, diarkibkan daripada asal pada 1996-10-31 . Coalition to ban DHMO officers, Coalition to ban DHMO, diarkibkan daripada asal pada 1997-01-25 .
  11. 11.0 11.1 Van Bramer, S.E. (1996), Chemical Nomenclature .
  12. "/www.bluelaketec.com". Bluelake Technologies. Diperolehi pada 2010-04-02. 
  13. 13.0 13.1 IUPAC Report: General Aims, Functions and Methods of Chemical Nomenclature (March 2004) http://www.iupac.org/reports/provisional/abstract04/RB-prs310804/Chap1-3.04.pdf
  14. Leigh, G. J. et al. 1998. Principles of chemical nomenclature: a guide to IUPAC recommendations, p. 99. Blackwell Science Ltd, UK. ISBN 0-86542-685-6
  15. Leigh, G. J. et al. 1998. Principles of chemical nomenclature: a guide to IUPAC recommendations, p. 28. Blackwell Science Ltd, UK. ISBN 0-86542-685-6.
  16. Nishiura, James, "Polar Covalent Bonds", Biology 4, City University of New York .
  17. Office of Environmental Health Hazard Assessment, Dihydrogen sulfide (PDF), California Environmental Protection Agency .
  18. Diagnostics on calculations: Species with negative natural orbital occupation numbers, National Institutes of Health 
  19. Lithium oxide, PubChem public chemical database 
  20. Leigh, G. J. et al. 1998. Principles of chemical nomenclature: a guide to IUPAC recommendations, p. 28. Blackwell Science Ltd, UK. ISBN 0-86542-685-6: "The multiplicative prefixes may not be necessary if the oxidation states are explicit or are clearly understood."
  21. Hydrogen sulfide, PubChem public chemical database .