Titan (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Titan
Titan in natural color Cassini.jpg
Titan dalam warna asli.
Penemuan
Ditemui oleh Christiaan Huygens
Tarikh penemuan 25 Mac 1655
Designasi
Sebutan Dengari/ˈttən/
Nama alternatif Zuhal VI
Ciri-ciri orbit
Periapsis 1,186,680 
Apoapsis 1,257,060 
Paksi semimajor 1,221,870 
Kesipian 0.0288
Tempoh orbit 15.945 
Kecondongan 0.3485 (ke khatulistiwa)
Satelit bagi Zuhal
Ciri-ciri fizikal
Min jejari 2,576± (0.404 )[1] (1.480 )
Luas permukaan 8.3×107 
Isi padu 7.16×1010  (0.066 Bumi) (3.3 Bulan)
Jisim 1.3452±0.0002×1023  (0.0225 )[1] (1.829 )
Min ketumpatan 1.8798±0.0044 [1]
Graviti permukaan khatulistiwa 1.352  (0.14 ) (0.85 )
Halaju lepas 2.639  (1.11 )
Tempoh putaran Segerak
Kecondongan paksi Sifar
Albedo 0.22[2]
Magnitud ketara 8.2 hingga 9.0
Atmosfera
Tekanan atmosfera 146.7 kPa
Komposisi Berubah-ubah
Stratosfera:
98.4% nitrogen (N2),
1.4% metana (CH4);
Troposfera bawah:
95% N2, 4.9% CH4

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Titan ialah bulan terbesar milik Zuhal ditemui pada 25 Mac 1655 oleh ahli astronomi Belanda, Christiaan Huygens, dan merupakan satelit pertama di sistem suria yang ditemui setelah Bulan Galileo milik Musytari. Titan ialah salah satu daripada bulan (bersama dengan bulan Zuhal Enceladus) dalam sistem suria kita yang ditemui mempunyai atmosfera yang ketara.

Nama[sunting | sunting sumber]

Huygens dengan mudah menamakan penemuannya Saturni Luna ("bulan Zuhal"). Kemudian, Jean-Dominique Cassini menamakan empat bulan yang ditemuinya (Tethys, Dione, Rhea dan Iapetus) Sidera Lodoicea ("bintang-bintang Louis") untuk menghormati Raja Louis XIV. Ahli astronomi menjadi terbiasa memanggil Saturn 1 hingga Saturn 5. Julukan lain yang dipakai adalah "Satelit Saturn Huygen" (atau "Huyghenian"), atau "satelit keenam Zuhal" (dalam urutan jaraknya dari Zuhal, ketika Mimas dan Enceladus turut ditemui tahun 1789).

Nama "Titan" dan nama ketujuh-tujuh satelit milik Zuhal kemudian diketahui berasal dari John Herschel (anak William Herschel, penemu Mimas dan Enceladus) dalam terbitan 1847nya, Results of Astronomical Observations made at the Cape of Good Hope [1], iaitu dia mengusulkan nama-nama Titan, saudara kandung dari Chronos (Saturn bagi Yunani), untuk digunakan.

Jarak penglihatan dari Bumi[sunting | sunting sumber]

Titan mempunyai jarak nyata antara +7.9 dan +8.7 dan menjangkau jarak sudut kira-kira 20 garis tengah Zuhal dari planet tersebut. Bulan ini dapat diamati menggunakan teleskop kecil (diameter lebih dari 5cm) atau teropong kuat.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Titan lebih besar daripada planet Utarid (walaupun kurang berat) dan satelit semula jadi kedua terbesar dalam sistem suria selepas Ganymede. Pada awalnya, Titan dianggarkan sedikit lebih besar daripada Ganymede, tetapi penelitian terbaru menunjukkan bahwa atmosfera tebalnya memantulkan banyak cahaya menyebabkan terlebih kiraan pada diameternya. Seperti sebilangan satelit lainnya, Titan juga lebih besar dan berat daripada Pluto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Jacobson, R. A.; Antreasian, P. G.; Bordi, J. J.; Criddle, K. E.; Ionasescu, R.; Jones, J. B.; Mackenzie, R. A.; Meek, M. C. dll. (Disember 2006). "The Gravity Field of the Saturnian System from Satellite Observations and Spacecraft Tracking Data". Jurnal Astronomi 132 (6): 2520–2526. Bibcode 2006AJ....132.2520J. doi:10.1086/508812. http://iopscience.iop.org/1538-3881/132/6/2520/fulltext.  edit
  2. Williams, D. R. (21 Ogos 2008). "Saturnian Satellite Fact Sheet". NASA. http://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/saturniansatfact.html. Capaian 2010-04-18. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]