Tulisan Meroitik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meroitik
Jenis
Abugida dengan vokal /a/ kecuali apabila terdapat tanda vokal: tanda a, e, i, o dan suku kata ne, se, te dan to
BahasaBahasa Meroitik dan mungkin Nubia Kuno
Tempoh masa
300 SM – 600 TM
Aksara induk
ISO 15924Mero, 100: Hieroglif Meroitik
Merc, 101: Kursif Meroitik
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap


Tulisan Meroitik terdiri daripada dua buah sistem tulisan abugida untuk menulis bahasa Meroitik pada permulaan Zaman Meruwi (abad ke-3 SM) Kerajaan Kush. Dua tulisannya ialah Kursif Meroitik, berasal daripada Mesir Demotik, dan Hieroglif Meroitik, yang berasal daripada hieroglif Mesir. Kursif Meroitik merupakan tulisan yang paling banyak dijumpai, merangkumi kira-kira ~90% daripada semua batu bertulis,[1] dan wujud lebih awal, lebih daripada seratus taun, berbanding inskripsi hieroglif Meruwi yang masih ada.[2] Ahli sejarah Yunani, Diodorus Siculus (s. 50 SM), menerangkan kedua-dua tulisan ini dalam Bibliotheca historica, Buku III (Afrika), Bab 4. Prasasti Meroitik terakhir yang diketahui ialah inskripsi Kursif Meroitik oleh raja Blemmies, Kharamadoye, dari sebatang tiang di Kuil Kalabsha (REM 0094), yang baru-baru ini ditentukan semula tarikhnya kepada 410/450 TM pada abad ke-5.[3] Sebelum Zaman Meroitik, hieroglif Mesir digunakan untuk menulis nama-nama dan kata-kata orang Kush.

Walaupun Kerajaan Kush berakhir dengan kejatuhan ibu kotanya Meruwi, penggunaan bahasa dan tulisan Kursif tetap digunakan untuk beberapa ketika selepas itu. Semasa Pengkristianan Nubia abad pada ke-6, bahasa Kush dan tulisan Kursifnya telah digantikan dengan bahasa Yunani Byzantium, Qibti dan Nubia Kuno. Tulisan Nubia Kuno, yang berasal daripada sistem penulisan Yunani dengan huruf besar, telah menambahkan tiga huruf Kursif Meroitik: ne, w(a), dan mungkin juga kh(a) untuk bunyi-bunyi [ɲ], [wu], dan [ŋ] dalam Nubia Kuno.[4] Penambahan huruf Kursif Meroitik ini mencadangkan bahawa perkembangan tulisan Nubia Kuno bermula, sekurang-kurangnya, dua abad sebelum pengesahan penuh pertamanya pada akhir abad ke-8 dan/atau pengetahuan tentang bahasa dan tulisan Kush dikekalkan sehingga abad ke-8.[5][6][7]

Tulisan tersebut dibongkar pada tahun 1909 oleh Francis Llewellyn Griffith, ahli kaji Mesir British, berdasarkan ejaan Meroitik untuk nama-nama Mesir. Walau bagaimanapun, bahasa Meroitik masih kurang difahami. Pada penghujung 2008, pendedikasian raja lengkap yang pertama ditemui,[8] yang mungkin dapat mengesahkan atau menyangkal beberapa hipotesis semasa.

Inskripsi terpanjang yang ditemui berada di Muzium Seni Halus, Boston.

Bentuk dan nilai[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua bentuk grafik bagi abjad Meroitik: hieroglif monumental untuk tugu-tugu dan sebagainya, dan kursif atau tulisan bersambung.[9] Majoriti teks menggunakan kursif. Berbeza dengan tulisan Mesir, setiap huruf mempunyai huruf yang ada padanannya antara kedua-dua tulisan Meroitik. Namun dalam bentuk kursif, konsonan bercantum dengan vokal i jika ada selepasnya.

Arah tulisan kursif adalah dari kanan ke kiri, atas ke bawah, manakala bentuk monumental ditulis dari atas ke bawah dari kanan ke kiri. Huruf monumental diorientasikan ke arah permulaan teks, ciri yang diwarisi daripada hieroglif.

Kerana abjad Meroitik bersifat abugida, tulisannya berfungsi secara berbeza daripada hieroglif Mesir. Sesetengah sarjana, seperti Harald Haarmann, percaya bahawa huruf vokal Meroitik adalah bukti pengaruh abjad Yunani dalam perkembangannya.

Terdapat 23 huruf dalam abugida Meroitik, termasuk empat vokal. Dalam transkripsi yang dibuat oleh Hintze (berdasarkan versi terdahulu oleh Griffith), vokalnya adalah:

  • a muncul hanya pada permulaan perkataan
  • e digunakan terutamanya dalam nama asing
  • i dan o digunakan seperti huruf vokal dalam abjad Latin atau Yunani.

Lima belas konsonan lazimnya ditranskripsikan menjadi:

  • p, b, m, d, t, s, n, r, l, k, q, , , w, y

Konsonan-konsonan ini difahamkan terus mempunyai nilai vokal /a/ apabila ditulis sendiri, misalnya p umumnya dibaca sebagai /pa/. Beberapa aksara tambahan melambangkan konsonan dengan vokal inheren yang selain daripada /a/:

  • ne, se, te, to

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Abjad Meroitik ialah jenis abugida: Vokal /a/ biasanya tidak ditulis; sebaliknya ia akan diandaikan ada apabila konsonan ditulis bersendirian. Iaitu, huruf m tunggal akan dibaca /ma/. Semua vokal lain akan ditulis: huruf mi, contohnya, melambangkan suku kata /mi/, sama seperti dalam abjad Rumi. Sistem ini amnya serupa dengan abugida India yang timbul pada masa yang sama dengan Meroitik.

Unicode[sunting | sunting sumber]

Hieroglif Meroitik[1]
Carta kod Konsortium Unicode rasmi (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1098x 𐦀 𐦁 𐦂 𐦃 𐦄 𐦅 𐦆 𐦇 𐦈 𐦉 𐦊 𐦋 𐦌 𐦍 𐦎 𐦏
U+1099x 𐦐 𐦑 𐦒 𐦓 𐦔 𐦕 𐦖 𐦗 𐦘 𐦙 𐦚 𐦛 𐦜 𐦝 𐦞 𐦟
Catatan
1. Mengikut Unicode versi 15.1

Tulisan Meroitik hieroglif dan bernangkai ditambahkan dalam Standard Unicode pada Januari, 2012 dengan keluaran versi 6.1.

Blok Unicode untuk Hieroglif Meroitik ialah U+10980–U+1099F. Blok Unicode untuk Kursif Meroitik ialah U+109A0–U+109FF.

Hieroglif Meroitik[1]
Carta kod Konsortium Unicode rasmi (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1098x 𐦀 𐦁 𐦂 𐦃 𐦄 𐦅 𐦆 𐦇 𐦈 𐦉 𐦊 𐦋 𐦌 𐦍 𐦎 𐦏
U+1099x 𐦐 𐦑 𐦒 𐦓 𐦔 𐦕 𐦖 𐦗 𐦘 𐦙 𐦚 𐦛 𐦜 𐦝 𐦞 𐦟
Catatan
1. Mengikut Unicode versi 15.1
Hieroglif Meroitik[1]
Carta kod Konsortium Unicode rasmi (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1098x 𐦀 𐦁 𐦂 𐦃 𐦄 𐦅 𐦆 𐦇 𐦈 𐦉 𐦊 𐦋 𐦌 𐦍 𐦎 𐦏
U+1099x 𐦐 𐦑 𐦒 𐦓 𐦔 𐦕 𐦖 𐦗 𐦘 𐦙 𐦚 𐦛 𐦜 𐦝 𐦞 𐦟
Catatan
1. Mengikut Unicode versi 15.1
Kursif Meroitik[1][2]
Carta kod Konsortium Unicode rasmi (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+109Ax 𐦠 𐦡 𐦢 𐦣 𐦤 𐦥 𐦦 𐦧 𐦨 𐦩 𐦪 𐦫 𐦬 𐦭 𐦮 𐦯
U+109Bx 𐦰 𐦱 𐦲 𐦳 𐦴 𐦵 𐦶 𐦷 𐦼 𐦽 𐦾 𐦿
U+109Cx 𐧀 𐧁 𐧂 𐧃 𐧄 𐧅 𐧆 𐧇 𐧈 𐧉 𐧊 𐧋 𐧌 𐧍 𐧎 𐧏
U+109Dx 𐧒 𐧓 𐧔 𐧕 𐧖 𐧗 𐧘 𐧙 𐧚 𐧛 𐧜 𐧝 𐧞 𐧟
U+109Ex 𐧠 𐧡 𐧢 𐧣 𐧤 𐧥 𐧦 𐧧 𐧨 𐧩 𐧪 𐧫 𐧬 𐧭 𐧮 𐧯
U+109Fx 𐧰 𐧱 𐧲 𐧳 𐧴 𐧵 𐧶 𐧷 𐧸 𐧹 𐧺 𐧻 𐧼 𐧽 𐧾 𐧿
Catatan
1. Mengikut Unicode versi 15.1
2. Kawasan berlorek menunjukkan titik kod yang tidak ditetapkan

Untuk pasuan atau fon Unicode Meroitik, anda boleh menggunakan Aegyptus yang boleh dimuat turun daripada Unicode Fonts for Ancient Scripts .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Claude Rilly (2011). Kajian Terkini tentang Meroitik, Bahasa Kuno Sudan. http://www.ityopis.org/Issues-1_files/ITYOPIS-I-Rilly.pdf, hlm. 13. Di mana Rilly menyatakan, "... Untuk semua tujuan lain, termasuk babad-babad diraja malah beberapa teks pengebumian diraja, tulisan kursif digunakan, sehingga 90% dari korpus semasa terdiri daripada inskripsi kursif."
  2. ^ Claude Rilly. Arnekhamani's sistrum. New Insights on the Appearance of the Meroitic script. 12th Conference for Meroitic Studies, Sep 2016, Prague, Czech Republic. http://www.nm.cz/m/Naprstek-Museum/Events-NpM/12th-International-Conference-for-Meroitic-Studies.html?xSET=lang&xLANG=2 Diarkibkan 2017-09-05 di Wayback Machine. <halshs-01482759>. Di mana Rilly menyatakan, "... Oleh sebab itu, beberapa inskripsi awal dalam Meroitik kursif dengan tanda-tanda yang lebih primitif daripada inskripsi sistrum dan ditentukan bertarikh daripada awal abad ke-2 kini harus diletakkan dalam separuh pertama abad ke-3 SM. Ini bermaksud penampilan skrip Meroitik mungkin berkaitan dengan kenaikan dinasti Meruwi."
  3. ^ Claude Rilly (2011). Recent Research on Meroitic, the Ancient Language of Sudan. http://www.ityopis.org/Issues-1_files/ITYOPIS-I-Rilly.pdf, m/s 12. Di mana Rilly menyatakan, "Tulisan ini sebenarnya masih wujud selepas kejatuhan Meruwi (kira-kira 350 TM), kerana teks terkini yang diketahui ialah inskripsi Raja Kharamadoye dari sebatang tiang di kuil Kalabsha (REM 0094), yang baru-baru ini telah dijangka semula tarikhnya kepada 410/450 TM (Eide et al. 1998: 1103–1107)."
  4. ^ Satzinger, Helmut (2004). Some Peculiarities of Greek and Coptic Epigraphy from Nubia. Dalam Coptic Studies on the Threshold of a New Millennium I. Proceedings of the Seventh International Congress of Coptic Studies, Leiden, 27 Ogos – 2 September 2000. Disunting atas pihak International Association for Coptic Studies (IACS) oleh Mat Immerzeel dan Jacques van der Vliet dengan bantuan Maarten Kersten dan Carolien van Zoes. Orientalia Lovaniensia Analecta 133. Uitgeverij Peeters en Departement Oosterse Studies Leuven – Paris – Dudley, MA. 2004. m/s 529. https://homepage.univie.ac.at/helmut.satzinger/Texte/EpigrNubia.pdf – m/s 535 dalam pdf ini
  5. ^ Ochała, Grzegorz. "Multilingualism in Christian Nubia: Qualitative and Quantitative Approaches." Dotawo 1 (2014): m/s 1–50. m/s 7, 8. "Ia telah ditekankan banyak kali bahawa epitaf Greek bagi (I)stephanou juga dipanggil Eiñitta dari Dongola (DBMNT 74), bertarikh 797 [SM], merupakan penampilan pertama Bahasa Nubia Lama, dengan penggunaan perkataan "Eiñitta, Maraña, choiakiššil, joknaiššil, dan Puš." Walaupun ini secara nyata adalah bukti terawal abjad Nubia Lama, dengan huruf-huruf tempatannya yang khas, perkataan Nubia Lama yang pertama muncul dalam penulisan ialah "Samata", ditemui dalam inskripsi dasar binaan Qibti dari Dendur (DBMNT 517), bertarikh separuh kedua abad keenam." Nota Kaki 29: "...Lihat Millet, "Writing and literacy in ancient Sudan," m/s 54, yang menganggarkan bahawa aksara Nubia Kuno mungkin telah dicipta sekitar 600 TM, ketika penduduk Lembah Sungai Nil Tengah masih boleh membaca dan memahami bahasa Meruwi. Bukti inskripsi dari Dendur, yang sehingga kini tidak pernah diperasani, boleh dilihat sebagai 'hubungan yang hilang' dalam teorinya tentang perkembangan."
  6. ^ Rilly, C., & De Voogt, A. (2012). Introduction. In The Meroitic Language and Writing System (pp. 1–34). Cambridge: Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9780511920028.002. m/s 8. "Dokumen-dokumen tertua yang menggunakan aksara Nubia Kuno berasal dari hujung abad ke-8 Masihi, menunjukkan bahawa tanda-tanda Meroitik terus dibaca sekurang-kurangnya dua abad selepas inskripsi Kharamadoye. Mungkin suatu hari, dalam arkeologi Sudan, bukti lain akan mengisi kesenjangan dalam pemahaman kita tentang sejarah ini."
  7. ^ Millet, N. B. (1974). Writing and literacy in Ancient Sudan. Dalam Studies in ancient languages of the Sudan : kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Bahasa dan Kesusasteraan di Sudan yang ditaja oleh Unit Penyelidikan Sudan, 7–12 Disember 1970, disunting dengan pengenalan oleh Abdelgadir Mahmoud Abdalla. hlm. 54. https://books.google.com/books?id=0B65AAAAIAAJ&q=A.D.%20600
  8. ^ "Sudan statues show ancient script" (BBC 16 December 2008)
  9. ^ Everson, Michael (2009-07-29). "N3665: Proposal for encoding the Meroitic Hieroglyphic and the Meroitic Cursive scripts in the SMP of the UCS" (PDF). Working Group Document, ISO/IEC JTC1/SC2/WG2.

Sumber[sunting | sunting sumber]

 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]