Sengauan lelangit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPA – nombor 118
IPA – teks ɲ
IPA – imej {{{imagesize}}}
Entiti ɲ
X-SAMPA J
Kirshenbaum n^
Mengenai bunyi ini Contoh bunyi 

Sengauan lelangit ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan. Bunyi ini dilambangkan oleh ɲ dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, dan J dalam X-SAMPA. Lambang IPA-nya berupa huruf n kecil yang tertumbuh ekor yang menghadap ke kiri di bawah batang kiri huruf berkenaan. Bandingkan huruf n dan ɲ. Aksara ɲ serupa dengan ɳ, iaitu lambang sengauan gelungan yang tertumbuh cangkuk menghadap kanan di bawah batang kanan, dan juga ŋ, iaitu lambang sengauan velar yang tertumbuh cangkuk yang menghadap ke kiri di bawah batang kanan.

Sengauan lelangit diwakili oleh dwihuruf ny dalam bahasa Melayu, contohnya: nyata, penyu, hanya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri sengauan lelangit:

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu banyak [baɲaʔ] 'banyak' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Albania një [ɲə] 'satu'
Basque ekaina [ekaɲa] 'Jun'
Belanda[1] Njord [ɲɔʁd] 'Njord' Sesetengah loghat. Rujuk fonologi bahasa Belanda
Catalonia[2] bany [baɲ] 'mandi' Gusi-lelangit. Rujuk fonologi bahasa Catalonia
Croatia konj [koɲ] 'kuda'
Czech ň [kuːɲ] 'kuda' Rujuk fonologi bahasa Czech
Dinka nyɔt [ɲɔt] 'sangat'
Inggeris sesetengah loghat onion [ˈʌɲən] 'bawang' Berpadan dengan /nj/ dalam loghat lain. Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Gaelik Scot seinn [ʃeɲ] 'menyanyi'
Galicia leña [ˈleɲa] 'kayu api'
Hungary[3] anya [ɒɲɒ] 'ibu' Rujuk fonologi bahasa Hungary
Itali[4] bagno [baɲɲo] 'mandi' Rujuk fonologi bahasa Itali
Jepun[5] /niwa [n̠ʲiw͍a] 'kebun' Gusi-lelangit. Rujuk fonologi bahasa Jepun
Malayalam[6] [ɲan] 'saya'
Norway Loghat utara dan tengah[7] mann [mɑɲː] 'lelaki' Rujuk fonologi bahasa Norway
Perancis[8] montagne [mɔ̃taɲ] 'gunung' Rujuk fonologi bahasa Perancis
Poland[9] koń [kɔn̠ʲ] 'kuda' Biasanya gusi-lelangit. Rujuk fonologi bahasa Poland
Portugis[10] arranhar [ɐʀɐ'ɲaɾ] 'menggaru' Rujuk fonologi bahasa Portugis
Quechua ñuqa [ˈɲɔqɑ] 'saya'
Serbia коњ/konj [koɲ] 'kuda'
Slovak pečeň [ˈpɛtʃɛɲ] 'hati'
Sepanyol[11] enseñar [ẽ̞nse̞ˈɲar] 'mengajar' Rujuk fonologi bahasa Sepanyol
Vietnam nhai [ɲaɪ] 'mengunyah' Rujuk fonologi bahasa Vietnam
Yunani Πρωτοχρονιά [pro̞to̞xro̞ˈɲa] 'Hari Tahun Baru' Rujuk fonologi bahasa Yunani Moden

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association 22 (1-2): 53–56 
  • Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90–94 
  • Fougeron, Cecile; Smith, Caroline L (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73–76 
  • Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association 22 (2): 45–47 
  • Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association 33 (1): 103–107 
  • Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (edisi Second). Blackwell. 
  • Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255–259 
  • Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117–121 
  • Skjekkeland, Martin (1997), Dei norske dialektane: Tradisjonelle særdrag i jamføring med skriftmåla, Høyskoleforlaget (Norwegian Academic Press)