Vishwaroopam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vishwaroopam
Theatrical poster
PengarahKamal Hassan
PenulisKamal Haasan
Atul Tiwari
Dihasilkan olehRaaj Kamal Films International
Chandra Haasan
Kamal Hassan (pelakon)
DibintangiKamal Haasan
Pooja Kumar
Upendra
Andrea Jeremiah
Rahul Bose
Jaideep Ahlawat
SinematografiSanu Varghese
Disunting olehMahesh Narayanan
Muzik olehShankar-Ehsaan-Loy
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPVP Films
Tarikh tayangan
    • 25 Januari 2013 (2013-01-25) (Edisi Tamil:Seluruh Dunia kecuali Tamil Nadu.[1])
    • 01 Februari 2013 (2013-02-01) ( Versi Hindi)
    • 07 Februari 2013 (2013-02-07) (Tamil Nadu dan Singapura[2])
Masa tayangan
147 minutes [3]
NegaraIndia
BahasaTamil
Hindi
BajetRM71.5 juta(100 kror)
Pecah panggungRM178 juta (267 kror)

Vishwaroopam merupakan filem spy 2013 berbahasa Tamil dan Hindi dari India. Filem ini diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Kamal Hasssan. Beliau juga berlakon sebagai watak utama dalam filem ini. Filem ini juga dibintangi oleh Pooja Kumar, Rahul Bose, Andrea Jeremiah dan Jaideep Ahlawat. Pembangunan projek dimulakan selepas filem Manmadhan Ambu ditayangkan dan beberapa kru telah dibawa masuk dari Hollywood untuk meminjamkan kepakaran teknikal mereka. Vishwaroopam adalah filem pertama dari India dan filem kedua di dunia(selepas filem Red Tails) untuk mengunakan teknologi bunyi 'Auro 3D'.[4]. Menurut Kamal Haasan, filem ini dijangka untuk memperolehi US$63.7 million dari semua sumber termasuk muzik dan hak pengedaran.[5].Vishwaroopam telah dilanda oleh kenyataan kontroversi di India Selatan, kerana penunjuk perasaan Islam menuntut pengharaman filem dan tayangan filem ini ditundakan.Filem ini dituduh kononya menghina Islam tetapi orang awam yang telah menonton filem ini menyatakan sebaliknya. Penyiaraan filem ini telah diharamkan di Malaysia selepas ditayangkan untuk sehari. Nasb yang sama melanda bagi tayangan filem ini di Singapura, Sri Langka, sebahagian besar europah dan Tebing Barat. Tetapi, tayangan di Amerika Utara diteruskan tanpa sebarang masalah. Tayangan perdana bagi As dan Kanada diadakan pada 24 Januari 2013. Pada 29 Januari 2013, Makamah Tinggi Madras menarik balik pengharaman tayangan Viswaropam kerana mendapati filem ini tidak menghina Islam.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pooja Kumar memegang watak Nirupama, seorang ahli onkologi nuklear di India, yang berkahwin dengan Viswanath (Kamal Haasan), iaitu seorang pengasas sekolah tarian Kathak di Amerika Syarikat. Perkahawinan mereka mengalami kesukaran apabila Nirupama terpaksa memberikan lebih perhatian terhadap kerjayanya. Setelah mengharungi perkahwinan selama 3 tahun, Nirupama bertindak meminta cerai dan melantik seorang perisik untuk mengorek setiap isi perihal suaminya. Dan dari situlah segala rahsia mula terbungkar...

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Kamal Hassan sebagai Wisam Ahmad Kashmiri (Vishwanath)
  • Pooja Kumar sebagai Dr.Nirupama
  • Andrea Jeremiah sebagai Ashmita Subramaniam
  • Rahul Bose sebagai Omar Qureshi
  • Shekhar Kapur sebagai Colonel Jagannath
  • Jaideep Ahlawat sebagai Salim
  • Samrat Chakrabarti sebagai Deepankar Chatterjee

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pekembangan[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat produksi Manmadan Ambu, Kamal Hassan menyatakan bahawa beliau telah memulakan menulis skrip untuk "projek kesayangan" beliau bertajuk Thalaivan Irukkiran, filem mengenai masyarakat antarabangsa. Disebut sebagai sebuah filem bajet besar multi-starrer, ia dijangka bermula pada Mac 2011, dengan sebuah studio Hollywood dilaporkan tampil untuk menghasilkannya. Kemudian, Kamal menghentikan projek filem itu dan berubah minda untuk mengarah filem lain. Filem itu dinamakan Vishwaroopam, selepas beberapa tajuk dipertimbangkan. Ia telah mendedahkan bahawa filem itu akan dihasilkan dalamtiga bahasa Tamil, Telugu dan Hindi-serentak.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Menjelang Februari 2011, pendatang baru Sonakshi Sinha telah didekati untuk memainkan watak perempuan utama, dan telah disahkan untuk memainkan watak isteri Hassan. Walau bagaimanapun, dengan filem semakin ditangguhkan, dia memilih untuk keluar pada bulan Julai, disebabkan tarikh yang bercanggah dengan tugasan Hindi beliau. Berikutan keputusan Sinha untuk tarik diri , pelakon Bollywood terkemuka lain, termasuk Katrina Kaif, Deepika Padukone, dan Sonam Kapoor dipertimbangkan.Pada November 2010, Pooja Kumar , model yang berasaskan New York ditandatangani untuk berlakon dalam filem ini. Kemudian, Andrea Jeremiah ditandatangani untuk berlakon watak wanita utama.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem itu sepatutnya bermula pada 20 April, tetapi tertangguh, kerana Konsulat AS enggan memberi Visa untuk pelakon dan krew. pasukan memutuskan untuk berpindah penggambaran ke Kanada. Set menyerupai Afghanistan dicipta di Chennai, dengan ramai warga asing dari Rusia, Iran dan Afrika bermain tentera Amerika. Penggambaran Viswaroopam telah diadakan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada.Manakala, Lokasi domestik termasuk Chennai dan Mumbai.Pada September 2012, Haasan mendedahkan bahawa filem itu akan menggunakan teknologi bunyi 3D Auro, menjadikan ia filem pertama India untuk berbuat demikian.

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Sekual bagi filem ini ialah Vishwaroopam II

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Viswaroopam releasing worldwide except TN!". Times Of India. 2013-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 2013-02-05.
  2. ^ Special Correspondent. "States / Tamil Nadu : Stage set for Vishwaroopam release". The Hindu. Dicapai pada 2013-02-05.
  3. ^ "VISHWAROOPAM (12A)". British Board of Film Classification. Dicapai pada 11 January 2013.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-26. Dicapai pada 2013-01-26.
  5. ^ http://www.ndtv.com/video/player/saturday-night-fever/vishwaroopam-will-collect-rs-350-crore-kamal-haasan/260835?video-justadded