Callisto (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Callisto
كاليستو
Callisto
Pemandangan rupa muka Callisto yang banyak kawah di kawasan hemisfera anti-Musytari yang diperoleh daripada kapal angkasa Galileo NASA pada 2001. Struktur hentaman Asgard yang besar terletak di bahagian kanan atas.
Penemuan
Ditemui oleh Galileo Galilei
Tarikh penemuan 7 Januari 1610[1]
Designasi
Sebutan /kəˈlɪst/[2]
Dinamakan sempena Pari-pari Callisto dalam mitologi Yunani
Nama alternatif Musytari IV
Adjektif Callistoan, Callistonian
Ciri-ciri orbit
Periapsis 1 869 000 km[lower-alpha 1]
Apoapsis 1 897 000 km[lower-alpha 2]
Paksi semimajor 1 882 700 km[3]
Kesipian 0.007 4[3]
Tempoh orbit 16.689 018 4 d[3]
Kelajuan purata orbit 8.204 km/s
Kecondongan 0.192° (kepada satah Laplace tempatan)[3]
Satelit Musytari
Ciri-ciri fizikal
Min jejari 2410.3 ± 1.5 km (0.378 Bumi)[4]
Luas permukaan 7.30 × 107 km2 (0.143 Bumi)[lower-alpha 3]
Isi padu 5.9 × 1010 km3 (0.0541 Bumi)[lower-alpha 4]
Jisim 1.075 938 ± 0.000 137 × 1023 kg (0.018 Bumi)[4]
Min ketumpatan 1.834 4 ± 0.003 4 g/cm3[4]
Graviti permukaan khatulistiwa 1.235 m/s2 (0.126 g)[lower-alpha 5]
Halaju lepas 2.440 km/s[lower-alpha 6]
Tempoh putaran Segerak[4]
Kecondongan paksi Sifar[4]
Albedo 0.22 (geometri)[5]
Suhu min purata max
• K[5] 80 ± 5 134 ± 11 165 ± 5
Magnitud ketara 5.65 (pertentangan)[6]
Atmosfera
Tekanan atmosfera 7.5 pbar[7]
Komposisi ~4 × 108 cm−3 karbon dioksida[7]
sehingga 2 × 1010 cm−3 oksigen molekul(O2)[8]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Callisto atau juga dikenali sebagai Musytari IV merupakan bulan kedua terbesar bagi planet Musytari dan bulan ketiga terbesar dalam Sistem Suria. Ia dijumpai oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dan namanya berasal daripada nama pari-pari di dalam mitologi Yunani. Daripada segi jarak, Callisto ialah bulan terjauh dalam kalangan bulan Galileo dan ia mempunyai jejari orbit kira-kira 1,880,000 kilometer (1,170,000 bt).[3] Ia tidak membentuk sebahagian daripada resonans orbit yang memberi kesan kepada tiga bulan Galileo yang lain (Io, Europa dan Ganymede) dan oleh itu, ia tidak mengalami pemanasan pasang surut yang ketara.[9] Putaran Callisto adalah segerak dengan revolusinya mengelilingi Musytari, jadi hemisfera yang sama sentiasa menghadap ke dalam di mana Musytari sentiasa kelihatan "berdiri tegak" di langit Callisto. Callisto kurang dipengaruhi oleh magnetosfera Musytari berbanding bulan dalam yang lain kerana orbitnya yang lebih jauh.[10]

Callisto terdiri daripada bahan batuan dan ais yang hampir sama dengan min ketumpatan kira-kira 1.83 g/cm3. Sebatian pada Callisto yang dikesan secara spektroskopik ialah ais air, karbon dioksida, silikat dan sebatian organik. Siasatan oleh kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Callisto mungkin mempunyai teras silikat yang kecil dan mungkin juga lautan air cecair di bawah permukaan pada kedalaman lebih daripada 100 kilometer (62 bt).[11][12]

Lampiran[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Periapsis diperoleh daripada paksi semimajor (a) dan kesipian (e): a(1-e).
  2. Apoapsis diperoleh daripada paksi semimajor (a) dan kesipian (e): a(1+e).
  3. Luas permukaan diperoleh daripada jejari (r): 4\pi r^2.
  4. Isi padu diperoleh daripada jejari (r): \frac{4}{3}\pi r^3.
  5. Graviti permukaan diperoleh daripada jisim (m), pemalar graviti (G) dan jejari (r): \frac{Gm}{r^2}.
  6. Halaju lepas diperoleh daripada jisim (m), pemalar graviti (G) dan jejari (r): \textstyle\sqrt{\frac{2Gm}{r}}.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Galilei, G.; Sidereus Nuncius (13 Mac 1610)
  2. Dalam transkripsi kamus Amerika Syarikat, kə·lĭs′·tō, atau sebagai Bahasa Greek: Καλλιστώ
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 "Planetary Satellite Mean Orbital Parameters". Makmal Perejangan Jet, Institut Teknologi California. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Anderson, J. D.; Jacobson, R. A.; McElrath, T. P.; et al. (2001). "Shape, mean radius, gravity field and interior structure of Callisto". Icarus 153 (1): 157–161. Bibcode:2001Icar..153..157A. doi:10.1006/icar.2001.6664. 
  5. 5.0 5.1 Moore, Jeffrey M.; Chapman, Clark R.; Bierhaus, Edward B. et al. (2004). "Callisto" (PDF). Dalam Bagenal, F.; Dowling, T.E.; McKinnon, W.B. Musytari: Planet, Satelit dan Magnetosfera. Cambridge University Press. 
  6. "Classic Satellites of the Solar System". Observatorio ARVAL. Diperoleh pada 13 Julai 2007. 
  7. 7.0 7.1 Carlson, R. W.; et al. (1999). "A Tenuous Carbon Dioxide Atmosphere on Jupiter's Moon Callisto" (PDF). Sains 283 (5403): 820–821. Bibcode:1999Sci...283..820C. doi:10.1126/science.283.5403.820. PMID 9933159. 
  8. Liang, M. C.; Lane, B. F.; Pappalardo, R. T.; et al. (2005). "Atmosphere of Callisto" (PDF). Jurnal Penyelidikan Geofizik 110 (E2): E02003. Bibcode:2005JGRE..11002003L. doi:10.1029/2004JE002322. 
  9. Musotto, Susanna; Varadi, Ferenc; Moore, William; Schubert, Gerald (2002). "Numerical Simulations of the Orbits of the Galilean Satellites". Icarus 159 (2): 500–504. Bibcode:2002Icar..159..500M. doi:10.1006/icar.2002.6939. 
  10. Cooper, John F.; Johnson, Robert E.; Mauk, Barry H.; et al. (2001). "Energetic Ion and Electron Irradiation of the Icy Galilean Satellites" (PDF). Icarus 139 (1): 133–159. Bibcode:2001Icar..149..133C. doi:10.1006/icar.2000.6498. 
  11. Kuskov, O.L.; Kronrod, V.A. (2005). "Internal structure of Europa and Callisto". Icarus 177 (2): 550–369. Bibcode:2005Icar..177..550K. doi:10.1016/j.icarus.2005.04.014. 
  12. Showman, Adam P.; Malhotra, Renu (1999). "The Galilean Satellites" (PDF). Sains 286 (5437): 77–84. doi:10.1126/science.286.5437.77. PMID 10506564. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]