Wad khas di Tokyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Wilayah
Wilayah
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Wad khas di Tokyo (特別区 tokubetsu-ku) merupakan gabungan 23 kawasan perbandaran menghasilkan satu bahagian utama dan tempat yang paling popular di Tokyo, Jepun. Keseluruhan kawasan perbandaran yang ada di Tokyo merupakan bandar-bandar di Tokyo yang pernah wujud suatu ketika dahulu sebelum bandar-bandar ini dimansuhkan pada tahun 1943. Struktur wad khas Tokyo ini dibentuk dibawah Undang-undang Autonomi Tempatan Jepun dan yang uniknya hanya Tokyo sahaja yang mempunyai wad khas ini.

Dalam kalangan masyarakat Jepun, wad khas ini lebih dikenali sebagai “wad dua puluh tiga” (23区 nijūsan-ku). secara amnya, wad disini juga bermaksud “bandar” walau bagaimanapun masyarakat Jepun menetapkan bahawa wad khas (tokubetsuku) tidak pernah sama dengan bandar-bandar lain. Nerima menganggap bahawa bandar tersebut sebagai salah satu “bandar istimewa Tokyo” tapi konsep ini tidak bandar-bandar istimewa di Jepun (tokureishi).

Perbezaan antara kawasan perbandaran[sunting | sunting sumber]

Walaupun wad khas mendapat autonomi daripada kerajaan metropolis Tokyo, bandar istimewa ini juga berfungsi sebagai sebuah entiti bandar seperti memberikan khidmat masyrakat; seperti saluran air, pembuangan sisa-sisa kumbahan dan jabatan bomba. Kesemua khidmat ini dikawal oleh kerajaan metropolis Tokyo, manakal bandar-bandar istimewa Jepun pula perlu berusaha mendapat kesemua khidmat ini dengan sendiri. Bagi mendapatkan sumber kewangan untuk khidmat yang disediakan kepada 32 buah wad khas Tokyo ini, kerajaan metropolis Tokyo akan mengenakan cukai yang selalunya dikutip oleh kerajaan bandar itu sendiri, dan juga membuat pertukaran bayaran kepada wad-wad yang tidak boleh mendapat kewangan daripada pentadbiran tempatan itu sendiri.

Tidak seperti kawasan perbandaran (termasuklah kawasan perbandaran Tokyo barat), wad-wad khas Jepun ini tidak dikira sebagai entiti awam tempatan bagi tujuan Perlembagaan Jepun. Ini bermakna, wad khas Jepun ini tidak mempunyai hak dalam perlembagaan untuk membentuk undang-undang sendiri, ataupun membuat undian dalam pemilihan dato’ bandar atau anggota majlis kerajaan bandar. Dengan hak-hak ini seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan, wad khas ini mungkin boleh juga ditarik balik oleh Diet Jepun; pendekatan yang sama juga diambil keatas kawasan perbandaran yang lain yang mingkin memerlukan permindaan perlembagaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan istimewa disini digunakan bagi membezakan daripada wad-wad (区 ku) yang lain di bandar-bandar besar Jepun. Sebelum tahun 1943, wad-wad bandar Tokyo adalah tidak mempunyai perbezaan langsung dengan mana-mana wad seperti di Osaka atau Kyoto. Pada 15 Mac 1943, apabila kerajaan peringkat bandar dan wilayah Tokyo digabungkan menjadi satu kerajaan wilayah, wad-wad ini diletakkan dibawah kuasa penuh peringkat wilayah. 35 bekas buah wad di Tokyo telah digabungkan menjadi 22 buah wad pada 15 Mac 1947 sebelum maksud sebenar keatas wad khas diberikan oleh Undang-undang Autonomi Tempatan secara sah, yang kemudiannya telah dikuatkuasakan pada 3 Mei tahun yang sama. Wad yang ke-23, Nerima telah dibentuk pada 1 Ogos 1947.

Sejak tahun 1970, wad-wad khas Tokyo telah melakukan banyak latihan dalam mempertimbangkan pemberian autonomi yang lebih daripada wad di bandar-bandar lain, menjadikan wad khas Tokyo ini seperti sebuah bandar yang mampu berdiri sendiri daripada sebuah daerah. Setiap satu wad mempunyai dato’ bandar (区長 kuchō) yang dilantik sendiri bersama jabatan-jabatannya (区議会 kugikai). dalam tahun 2000, Diet Jepun telah menetapkan bahawa wad khas ini sebagai entiti awam tempatan (地方公共団体 chihō kōkyō dantai), yang menjadikan wad khas ini mendapat status secara sah sama seperti bandar-bandar lain.

Setiap wad khas Tokyo ini mempunyai keluasan yang sangat besar iaitu (dari 10 hingga 60 km²) dan kadar populasinya (dari kurang daripada 40,000 hingga 830,000 orang) dan terdapat juga sebahagian wad-wad ini berkembang sehingga ke pulau buatan sendiri yang dibina. Setagay mempunyai penduduk yang paling ramai, manakala jirannya pula, Ōita mempunyai kawasan yang paling luas antara wad-wad khas di Tokyo.

Sehingga 1 Oktober 2005, jumlah populasi penduduk di 32 buah wad khas Tokyo ini mencecah 8,483,140 orang, lebih kurang 2/3 daripada penduduk Tokyo dan ¼ penduduk kawasan metropolis Tokyo. Kesemua wad-wad ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 13,800 setiap kilometer persegi (bersamaan dengan 35,600 batu persegi). Sehingga bulan Ogos 2008, kadar populasi penduduk telah meningkat menjadi 8,731,434 berdasarkan Agensi Statistik Jepun.

Senarai wad khas[sunting | sunting sumber]

*kadar populasi sehingga Jun 2007

Nama Kanji Populasi* Kepadatan
(/km²)
Kawasan
(km²)
Daerah Besar
Flag of Adachi, Tokyo.svg Adachi 足立区 629,392 11,830.68 53.20 Ayase, Kitasenju, Takenotsuka
Flag of Arakawa, Tokyo.svg Arakawa 荒川区 194,777 18,262.25 10.20 Arakawa, Machiya, Nippori, Minamisenju
Flag of Bunkyo, Tokyo.svg Bunkyō 文京区 194,933 16,009.28 11.31 Hongō, Yayoi, Hakusan
Flag of Chiyoda, Tokyo.svg Chiyoda 千代田区 43,802 3,763.06 11.64 Nagatachō, Kasumigaseki, Ōtemachi, Marunouchi, Akihabara, Yūrakuchō, Iidabashi
Flag of Chuo, Tokyo.svg Chūō 中央区 104,997 10,344.53 10.15 Nihonbashi, Kayabachō, Ginza, Tsukiji, Hatchōbori, Shinkawa, Tsukishima, Kachidoki, Tsukuda,
Flag of Edogawa, Tokyo.svg Edogawa 江戸川区 661,386 13,264.86 49.86 Kasai, Koiwa
Flag of Itabashi, Tokyo.svg Itabashi 板橋区 529,059 16,445.72 32.17 Itabashi, Takashimadaira
Flag of Katsushika-ku, Tokyo.svg Katsushika 葛飾区 428,066 12,286.62 34.84 Tateishi, Aoto
Flag of Kita, Tokyo.svg Kita 北区 330,646 15,885.67 20.59 Akabane, Ōji, Tabata
Flag of Koto, Tokyo.svg Kōtō 江東区 436,337 10,963.24 39.8 Kiba, Ariake, Kameido, Tōyōchō, Monzennakachō, Fukagawa, Kiyosumi, Shirakawa, Etchūjima, Sunamachi, Aomi
Flag of Meguro, Tokyo.svg Meguro 目黒区 267,798 18,217.55 14.70 Meguro, Nakameguro, Jiyugaoka
Flag of Minato, Tokyo.svg Minato 港区 205,196 10,088.30 20.34 Odaiba, Shinbashi, Shinagawa, Roppongi, Toranomon, Aoyama, Azabu, Hamamatsuchō, Tamachi
Flag of Nakano, Tokyo.svg Nakano 中野区 312,939 20,097.82 15.59 Nakano
Flag of Nerima, Tokyo.svg Nerima 練馬区 702,202 14,580.61 48.16 Nerima, Ōizumi, Hikarigaoka
Flag of Ota, Tokyo.svg OtaŌta 大田区 674,590 11,345.27 59.46 Ōmori, Kamata, Haneda, Den-en-chōfu
Flag of Setagaya, Tokyo.svg Setagaya 世田谷区 855,416 14,728.23 58.08 Setagaya, Kitazawa, Kinuta, Karasuyama, Tamagawa
Flag of Shibuya, Tokyo.svg Shibuya 渋谷区 205,512 13,337.13 15.11 Shibuya, Ebisu, Harajuku, Hiroo, Sendagaya, Yoyogi
Flag of Shinagawa, Tokyo.svg Shinagawa 品川区 353,887 15,576.01 22.72 Shinagawa, Gotanda, Ōsaki
Flag of Shinjuku, Tokyo.svg Shinjuku 新宿区 309,463 16,975.48 18.23 Shinjuku, Takadanobaba, Ōkubo, Kagurazaka, Ichigaya
Flag of Suginami, Tokyo.svg Suginami 杉並区 534,981 15,725.49 34.02 Kōenji, Asagaya, Ogikubo
Flag of Sumida, Tokyo.svg Sumida 墨田区 237,433 16,079.49 13.75 Kinshichō, Morishita, Ryōgoku
Flag of Toshima, Tokyo.svg Toshima 豊島区 256,009 19,428.44 13.01 Ikebukuro, Komagome, Senkawa, Sugamo
Flag of Taito, Tokyo.svg Taitō 台東区 168,277 16,139.38 10.08 Ueno, Asakusa
Jumlah Keseluruhan 8,637,098 13,890.25 621.81

Tempat[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan kawasan kejiranan yang penting-penting berada di sekitar wad-was khas Tokyo seperti:

Akasaka 
Sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai restoran, kelab dan hotel; kebanyakkan tempat ini mempunyai laluan perjalan kaki, menjadikan penduduk tempatan berasa seperti berjalan dikawasa kejiranan. Bersebelahan dengan Roppongi, Nagatachō, dan Aoyama.
Akihabara 
Sebuah kawasan membeli-belah yang tersusun rapi bagi barangan seperti elektronik dan barang-barang Otaku.
Aoyama 
Bersebelahan dengan Tokyo dengan kawasan riadah, tanah perkuburan, kawasan perumahan yang mahal, kedai-kedai terkini dan restoran antarabangsa. Termasuklah stesen bawah tanah Omotesandō.
Ginza dan Yūrakuchō 
Kawasan yang penuh dengan pusat membeli-belah dan hiburan dan jabatan stor, kedai-kedai yang menjual barangan berjenama dan panggung wayang.
Harajuku 
Dikenali dengan nama jalan tersebut (fesyen remaja).
Ikebukuro 
Kawasan pertukaran antara pusat Tokyo utara yang paling sibuk, yang pelbagai barangan membeli-belah serta bandar Sunshine.
Jinbōchō 
Pusat Tokyo yang menawarkan kedai-kedai buku terpakai serta kawasan barangan antik.
Marunouchi dan Ōtemachi 
Kawasan tumpuan di Tokyo ini disebabkan oleh aktiviti-aktiiti perniagaan dan kewangan seperti ibu pejabat bank, syarikat perdagangan dan beberapa lagi badan-badan korporat yang lain. Kawasan ini menunjukkan pembikinan semula bangunan-bangunan baharu bagi tempat membeli-belah dan hiburan yang didirikan dihadapan stesen Tokyo Marunouchi.
Nagatachō 
Kawasan nadi utama Tokyo dan negara Jepun dimana di lokasi ini terdapat Diet, menteri-menteri kerajaan dan ibu pejabat parti-parti Jepun.
Odaiba 
Kawasan yang sangat besar yang menjadi salah satu tarikan ke Tokyo dengan menawarkan pelbagai tempat membeli-belah dan hiburan.
Omotesandō 
Dikenali kerana menawarkan barangan secara besar-besaran di pusat membeli-belah.
Roppongi 
Kawasan bukit Roppongi yang mempunyai pemandangan yang luar biasa pada waktu malam serta menjadi tumpuan kehadiran pengujung Barat.
Ryōgoku 
Kawasan nadi kepada dunia sumo. Rumah kepada Ryōgoku Kokugikan serta banyak kawasan heya
Shibuya 
Kawasan yang paling tua yang menawarkan pelbagai barang membeli-belah, fesyen, hiburan waktu malam serta budaya belia.
Shinagawa 
Penambahan hotel-hotel di sebelah barat stesen Shinagawa menjadikan kawasan yang kurang maju di bahagian timur stesen Shinagawa bangun dengan menjadi pusat perniagaan.
Shinbashi 
Sebuah kawasan yang sangat rancak dengan kompleks bangunan-bangunan tinggi yang menjadi pintu jalan ke Odaiba dan Shiodome Shiosite.
Shinjuku 
Lokasi bangunan-bangunan Kerajaan Metropolis Tokyo. Kawasan ini lebih dikenali sebagai bandar pertama pencakar langit, kerana telah berdiri seawal sekitar tahun 1970. Banyak jabatan stor-stor, stor elektronik, dan hotel boleh ditemui di sini. Disebelah bahagian timur Stesen Shinjuku, Kabukichō terkenal dengan kawasan kelab malamnya. Stesen Shinjuku dikatakan membawa 3 Juta pengguna setiap hari, menjadikan ianya sebagai tempat paling sibuk di dunia.
Ueno 
Stesen Ueno menyediakan perkhidmatan kereta api ke bahagian utara Tokyo. Selain itu, kawasan ini menyediakan pelbagai jabatan-jabatan stor dan kedia di Ameyoko, taman Ueno, Zoo Ueno dan muzium negara.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]