Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk Ar.

Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Kelahiran
Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad

(1960-01-16)16 Januari 1960
Meninggal dunia5 Mei 2016(2016-05-05) (umur 52)
Pusat pendidikanKingston University
PendahuluTan Sri Rafidah Aziz
PenggantiDatin Mastura Dato' Mohd Yazid
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatuk Mastura Dato' Mohd Yazid
Anak-anak4

Datuk Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad (16 Januari 1960 - 5 Mei 2016) ialah bekas ahli politik Malaysia yang telah menjadi Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kangsar, Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Chandan, Perak. Beliau adalah seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dari Barisan Nasional (BN).

Pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Khair-il Anuar telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1967 hingga 1972. Semasa pendidikan menengah, beliau telah menuntut di tiga buah sekolah yang berbeza antaranya, Sekolah Menengah Clifford, Sekolah Menengah Anderson di Perak dan Sekolah Sains Sungai Petani di Kedah.[1]

Dengan pencapaian cemerlang semasa pendidikan menengah, Wan Khair-il Anuar telah ditawarkan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di luar negara. beliau telah diterima masuk ke Universiti Kingston di mana beliau telah menamatkan pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda (BA) dalam Seni Bina (Kepujian) dan Sarjana (Master) dalam Seni Bina.[2]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak: N34 Bukit Chandran, Perak[3][4]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Majoriti
2008 Wan Khair-il Anuar (BN) 5,850 55.62% Zulkifli bin Ibrahim (PKR) 4,156 39.51% 1,694
Parlimen Malaysia: P67 Kuala Kangsar, Perak.[5]
Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2013 Wan Khair-il Anuar (UMNO) 14,218 50.40% Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) 13,136 46.44% 28,283 1,082 84.33%
Kamilia Ibrahim (Bebas) 447 1.58%

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Wan Khair-il Anuar terkorban dalam nahas helikopter AS 350 dekat Sebuyau, Sarawak. Beliau sedang dalam perjalanan bersama beberapa pegawai kerajaan dari Betong ke Kuching pada 5 May 2016 apabila helikopter hilang hubungan. Serpihan telah dijumpai dekat Sungai Batang Lupar hari berikutnya.[6][7] Tragedi tersebut juga mengorbankan Tan Sri Dato' Hajah Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.[8] Jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar telah diterbangkan balik ke Perak dan dikebumikan di Makam DiRaja Al-Ghufran dekat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.[9]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Directory."Sekolah Kebangsaan Clifford", Yellavia.com. Retrieved on 28 April 2013.
  2. ^ Directory."Sekolah Menengah Sains Kedah/Sultan Muhammad Jiwa", Yellavia.com. Retrieved on 28 April 2013.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 January 2010. Includes results from the 2004 election. Percentage figures are calculated based on total turnout.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
  7. ^ "MP joked about copter not flying if he ate too much". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-07. Dicapai pada 8 May 2016.
  8. ^ "Condolence messages, tributes pour in for Noriah Kasnon". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-11. Dicapai pada 8 May 2016.
  9. ^ "Tiga jenazah nahas helikopter dikebumikan hari ini". Bernama. Malaysiakini. 8 May 2016. Dicapai pada 9 May 2016.
  10. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-01-08.