Wayang pacak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wayang pacak merupakan pertunjungan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam , ada sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan poster bersaiz kecil dan besar brkaiatan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid,surau, dewan , rumah , sekolah dan sebagainya. Poster ini menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak . Di pertengahan tayangan diselitkan pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam .

Antara filem dan drama yang ditayangkan ialah filem peperangan dari Indonesia yang dilakonkan oleh Dicky Zulkarnain . Drama yang ditayangkan antaranya ialah drama 'Gelombang' iaitu kisah percintaan pemuda yang bekerja sebagai nelayan.

'Bot penerangan' digunakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di Sungai Perak. Jabatan Penerangan Hilir Perak terletak di Teluk Intan. Bot ini akan dibawa oleh Encik Abdul Aziz dan Encik Sulaiman mudik Sungai Perak hingga ke Kampung Pebayan, Kampung Air Mati, Kampung Pasir Pulai , Kampung Selat Pulau dan beberapa kampung lain. Encik Abdul Aziz dan Encik Sulaiman berasal dari Kampung Air Mati. Hanya kampung tertentu yang memiliki padang / gelanggang di tepian sungai yang sesuai disinggahi oleh bot penerangan ini.

Di Padang Speedy, Teluk Intan pula , kain layar putih sebesar 3 meter X meter direntang di tengah padang. Biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kakitangan Jabatan Penerangan datang dengan van jabatan.

Layar bestari[sunting | sunting sumber]

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek memeperkenalkan semula wayang pacak ini dengan nama 'layar bestari'. Layar bestari akan diperkenalkan semula di seluruh negara jika mendapat sambutan ramai penduduk . Jabatan Penerangan menedapati kaedah ini amat efektif dan kreatif untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat luar bandar atau pinggir bandar. Walaupun telah ada media cetak dan media elektronik seperti radio, televisyen dan surat khabar tetapi sasaran sebenar belum tercapai. Pada 27 Oktober 2008 di bandar Kapit, Sarawak, majlis pelancaran layar bestari telah diadakan. Antara yang hadir ialah majlis pelancaran itu ialah Anggota Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo dan Anggota Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad dan Pengarah Penerangan Negeri, Resat Salleh. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]