Welthauptstadt Germania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Model pelan Hitler untuk Berlin

Welthauptstadt ("Ibu Negara Dunia") Germania adalah nama yang diberikan oleh Adolf Hitler kepada projek barunya untuk membaharukan ibu negara Jerman, Berlin dan projek ini adalah sebahagian dari perancangannya untuk masa depan Jerman jika memenangi Perang Dunia Kedua. Albert Speer, "arkitek pertama Reich Ketiga" menghasilkan banyak pelan untuk membina semula bandar Berlin, namun hanya sedikit sahaja pelan itu dibina sebelum Perang Dunia Kedua.

Nama "Welthauptstadt" telah dipilih kerana pada masa itu senibina Berlin terlalu bersifat tradisional dan perancangan ini diperlukan untuk meletakkan Berlin setaraf dengan kualiti bandar dunia lain seperti London, Paris dan Washington, D.C.

The Olympiastadion in 1993,mempunyai senibina pra-perang. Photo: James G. Howes.

Langkah pertama untuk pelan ini adalah pembinaan Stadium Olimpik Berlin untuk Sukan Olimpik 1936. Stadium ini akan memperlambangkan kebangkitan kerajaan Nazi, Speer juga mereka Canseleri baru, termasuklah sebuah dewan dua kali lebih panjang dari Hall of Mirrors di Istana Versailles. Hitler juga mahu dewan canseleri ketiga, yang lebih besar berbanding dewan canseleri yang sebelumnya namun pembinaan tidak pernah dijalankan. Canseleri yang kedua telah dimusnahkan oleh tentera Soviet pada 1945.

Schwerbelastungskörper

Disebabkan kita tidak mempunyai rujukan perkataan "Welthauptstadt Germania" selain dari autobiografi Albert Speer, nama itu masih menjadi tanda tanya sama ada nama itu direka oleh Hitler atau Speer sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Roger Moorhouse, Berlin at War: Life and Death in Hitler's Capital, 1939-1945, Bodley Head, 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]