Wikipedia:Polisi menyunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Notice Untuk bantuan tentang cara menyunting, lihat Wikipedia:Menyumbang kepada Wikipedia.
Polisi Wikipedia
Piawaian rencana
Pandangan berkecuali
Pengesahan
Tiada penyelidikan asli
Biografi orang hidup
Tajuk rencana
Bekerja dengan orang lain
Kesopanan
Sepersetujuan
Larangan serangan peribadi
Penyelesaian pertikaian
Tiada ancaman undang-undang
Prinsip sejagat
Apa yang bukan Wikipedia
Polisi lanjutan

Wikipedia ialah hasil beribu-ribu sumbangan penyunting, masing-masingnya membawa pelbagai benda, sama ada: kebolehan membuat penyelidikan, keterampilan teknikal, kebolehan mengarang ataupun cebisan maklumat; yang paling penting adalah kesanggupan untuk membantu. Rencana terbaik pun tidak seharusnya dianggap sebagai kerja yang sudah selesai, kerana setiap penyunting dapat memberikan idea-idea dan pandangan-pandapan baru tentang bagaimana mahu meningkatkan mutu kandungan rencana pada bila-bila masa.

Menambah maklumat pada Wikipedia

Wikipedia wujud untuk menyediakan maklumat kepada masyarakat umum; secara amnya, lagi banyak maklumat (tertakluk kepada syarat tertentu) yang dapat disediakan, lagi bagus. Sila jangan takut untuk menambah maklumat pada Wikipedia, sama ada dengan membuat rencana-rencana baharu ataupun menambah maklumat pada rencana sedia ada, sambil berhati-berhati apabila membuang maklumat. Walau bagaimanapun, sudah menjadi dasar Wikipedia yang maklumat yang terkandung dalamnya perlulah dapat disahkan dan juga bukan penyelidikan asli. Anda dipelawa untuk menunjukkan yang maklumat dapat disahkan dengan menyediakan rujukan kepada sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak bersumber boleh dicabar dan dibuang, kerana di Wikipedia, ketandusan maklumat lebih baik daripada maklumat yang mengelabukan ataupun maklumat yang palsu – nama baik Wikipedia sebagai sebuah ensiklopeida bergantung pada maklumat yang dapt disahkan dan maklumat yang sahih. bagi mengelakkan cabaran, amalan terbaik adalah dengan menyediakan sebuah "petikan sebaris" pada saat maklumat ditambah (lihat WP:SUMBER untuk mendapatkan panduan bagaiman melakukan ini, ataupun bertanya pada laman perbincangan rencana).

Walaupun sumber-sumber sahih diperlukan, apabila anda membangunkan rencana berlandaskan sumber, elak daripada menyalin atau memparafrasakan sesuatu sumber berhak cipta dengan terlalu dekat. Wikipedia menghormati hak-hak cipta orang lain. Anda seharusnya membaca sumber, memahaminya, dan kemudian ungkapkan apa yang diperkatakan dengan perkataan-perkataan anda sendiri.

Satu lagi cara untuk penyunting membaiki sesebuah rencana adalah dengan mencari sumber buat bahan yang tidak memiliki sumber. Ini amat bermakna sekiranya anda terserempak dengan kenyataan-kenyataan yang kontroversi. Anda tidak perlu menjadi orang yang menambah maklumat untuk menambah petikan sumber buat maklumat tersebut.

Kesempurnaan tidak diperlukan

Memang seronok jika seseorang menambahkan satu draf rencana yang lengkap dan menyeluruh ke Wikipedia. Ianya sangat bagus dan adalah digalakkan.

Namun demikian, salah satu kelebihan utama sistem Wiki ialah draf rencana yang kurang lengkap atau tidak ditulis dengan baik boleh berkembang menjadi satu karya yang menarik dan halus melalui proses suntingan usaha sama. Ini memberikan pendekatan Wiki suatu kelebihan berbanding cara lain untuk mendapatkan hasil yang serupa. Justeru, penulisan draf kasar haruslah digalakkan juga sebanyak mungkin.

Sesiapa saja boleh memulakan rencana baru dengan, contohnya gambaran umum ataupun fakta-fakta menarik. Orang lain pula boleh menambah pandangan minoriti. Kemudian seorang lagi boleh melengkapkannya dengan perspektif lain. Orang seterusnya mungkin boleh menulis kembali pandangan sebelumnya supaya mengikut pandangan berkecuali. Pengguna lain pula mungkin mempunyai fakta terkini atau gambar yang boleh ditambah, manakala seorang lagi boleh memperbaiki kesalahan ejaan atau tatabahasa yang mungkin wujud dari beberapa suntingan ini.

Dalam proses bahan ini ditambahkan, sesiapa pun boleh menyumbang dan membetulkan gaya dan susun atur rencana ini supaya menjadi lebih lancar dan sepadu, hingga akhirnya rencana ini makin lama makin menyerupai satu draf rencana yang lengkap dan menyeluruh.

Semasa proses ini, rencana tersebut mungkin kelihatan seperti draf pertama—ataupun lebih teruk, koleksi rawak nota atau fakta. Daripada merasa terkejut, kita seharusnya berasa girang atas potensinya, dan percaya bahawa proses suntingan ini akan menjadikannya satu rencana hebat. Anda tidak perlu menyukainya, anda boleh mengkritik kerja-kerja yang teruk disamping memperbaikinya. Apa yang penting ialah sekiranya boleh diperbaiki, hendaklah ia diperbaiki. Jika tidak, anda boleh memindahkannya ke laman perbualan, ataupun dalam beberapa kes, memadamkannya terus. Walau bagaimanapun, langkah terakhir adalah tidak digalakkan.

Gaya menyunting

Secara umum, gaya menyunting setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mungkin lebih suka menambah rencana baru, orang lain pula suka mengembangkan rencana ringkas. Sesetengah orang pula lebih suka membuat kemasan (seperti membetulkan tatabahasa, ejaan, sintaksis dan format), menambahkan pautan baru dan memindahkan laman (tanpa menghilangkan sejarah dan laman perbualan).

Pendek kata, terdapat banyak ruang untuk semua di Wikipedia.

Terdapat juga perbezaan gaya menyunting dari segi keberanian menyunting:

  • Secara umum, kita haruslah berani mengemaskini laman.
  • Biasanya apa-apa perubahan dibuat terus, tanpa berunding dengan penyumbang terdahulu; jika tidak, perkembangan Wikipedia akan menjadi perlahan. Laman perbualan merupakan usaha alternatif jika ada masalah.
  • Pandangan yang lebih sederhana berpendapat bahawa perubahan kecil boleh dibuat terus, tetapi perubahan besar haruslah melalui proses dialog dahulu. Melihat kepada pandangan ini, konteks memainkan peranan yang penting sama ada untuk membuat perubahan radikal ataupun tidak.

Terdapat tempat untuk semua sikap ini di Wikipedia.

Sebagai panduan, untuk penghapusan atau perubahan besar, adalah lebih baik mengesyorkannya dahulu, untuk mengelakkan penyumbang asal terasa hati. Tiada siapa mahu melihat hasil kerja mereka dimusnahkan sahaja tanpa amaran.

Jadi, apa pun yang anda buat, cubalah mengekalkan maklumat yang mungkin berguna. Antara sebab yang diterima untuk membuang sebahagian rencana adalah:

  • bertindan/duplikasi
  • tidak berkaitan dengan tajuk
  • mengarut/bukan maklumat langsung
  • melanggar hakcipta
  • tidak tepat, atau tidak dapat ditentukan benar

Cara mengatasinya termasuklah:

  • menuliskan kembali ayat/paragraf supaya lebih tepat
  • mengalihkan teks ke rencana lain yang berkaitan
  • menambah maklumat yang lebih tepat dan penting

Jika anda menganggap satu laman memang perlu ditulis kembali, silakan. Cuma pastikan anda mengekalkan kandungan asal yang mungkin boleh dipertikaikan di laman perbualan, dan sebab mengapa anda berbuat demikian. Walaupun anda menghapuskan sesuatu yang memang silap, mungkin ia berada di situ sebelum ini kerana ada orang yang menganggapnya benar, jadi komen anda dapat memberitahu penyunting lain mengapa maklumat tersebut silap. Jika tidak, tindakan anda mungkin akan dipersoalkan oleh orang lain.

Walau bagaimanapun, sama ada anda ingin menyunting dengan berani atau bertanyakan dahulu di laman perbualan, ingatlah bahawa Wikipedia bukanlah merupakan forum perbincangan. Adalah lebih baik bagi projek ini jika kita menggunakan tenaga dan masa kita untuk memperbaiki rencana daripada mempertahankan teori ataupun ideologi kita. Adalah amat baik jika anda melihat etika Wikipedia dahulu.

Lihat juga