Winner (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
WINNER
위너
Berasal dari Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre K-pop, hip hop, R&B, rock, tarian, elektronik, balada
Tahun aktif 2013-kini
Label YG Entertainment
YGEX (Jepun)
Kegiatan berkait Keluarga YG, BIGBANG, 2NE1
Laman web yg-winner.co.kr
Ahli
Kang Seung-yoon
Kim Jin-woo
Lee Seung-hoon
Song Min-ho
Nam Tae-hyun
WINNER
Hangul
Perumian Semakan wineo
McCune–Reischauer winŏ

Winner (Korea: 위너; digayakan sebagai WINNER; makna harfiah: "Pemenang") merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman YG Entertainment pada 2013. Ia terdiri daripada lima orang anggota.

Kumpulan muzik ini mula diperkenalkan melalui rancangan realiti WIN: Who is Next yang ditayangkan melalui saluran Channel M dan Channel [V].[1] Dalam program tersebut, dua pasukan (dikenali sebagai Pasukan A dan Pasukan B) pelatih YG Entertainment akan bersaing untuk debut sebagai sebuah kumpulan muzik lelaki baharu. Pada episod akhir rancangan itu, gelaran "WINNER" diberikan kepada Pasukan A setelah mereka berjaya memperoleh undian awam terbanyak.[2][3]

Selepas beberapa kali penangguhan, Winner akan membuat persembahan pertama mereka pada 15 Ogos di Konsert Keluarga YG dan diikuti dengan penampilan di rancangan televisyen pada 17 Ogos di SBS Inkigayo. Penampilan sulung mereka di Jepun pula dijadualkan pada 10 September.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum debut[sunting | sunting sumber]

Sebelum kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung, ketua Kang Seung-yoon merupakan bekas peserta dalam rancangan Superstar K2 dan beliau berjaya bertahan sehingga ke pusingan 4 Teratas sebelum tersingkir. Selepas membuat pertimbangan yang banyak, beliau akhirnya menyertai syarikat rakaman YG Entertainment pada tahun 2011. Ketika tahun itu juga, beliau melakukan penampilan sulung ddalam bidang lakonan dalam sitkom High Kick 3: Serangan Balas Si Kaki Pendek. Pada 2013, beberapa sebelum penyiaran rancangan WIN: Who is Next, Kang Seung-yoon telah melancarkan tiga buah single iaitu "Ia Hujan" (tajuk asal: 비가 온다), "Wild and Young" (Liar dan Muda) serta "Pencuri" (tajuk asal: 맘도둑).[5][6]

Lee Seung-hoon, penari utama dalam Winner juga adalah bekas peserta dalam rancangan muzik realiti terbitan SBS, Kpop Star 1 pada 2011 di mana beliau mendapat tempat keempat ketika itu. Beliau kemudiaannya direkrut oleh juri daripada rancangan tersebut Yang Hyun-suk untuk menyertai syarikat YG Entertainment kerana kagum dengan kemahiran seni reka tari Lee Seung-hoon.[7]

Song Min-ho memulakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi rap underground dengan nama pentas "Mino" atau "Hugeboy Mino" bersama-sama dengan Zico (kini menyertai kumpulan muzik Block B) dan SIMS (kini ahli kumpulan muzik M.I.B). Setelah itu, beliau menjadi pelatih untuk kumpulan muzik lelaki Block B tetapi meninggalkan kumpulan itu sebelum membuat penampilan pertama atas sebab peribadi.[8] Pada 2011, beliau membuat penampilan sulung untuk kumpulan muzik balada BoM dengan nama pentas "Tagoon"[9][10] sebelum ia dibubarkan dua tahun kemudian.[11] Pada 2013, beliau direkrut oleh pihak YG melalui uji bakat persendirian selepas dikenali melalui drama pertama beliau, Perjuangan K-POP Terkuat.[12][13]

Kim Jin-woo memasuki "Joy Dance - Plug In Music Academy" yang juga dikenali sebagai "Akademi Seungri", sebuah syarikat milik seniornya iaitu Seungri. Seungri membawanya ke YG selepas melihat potensinya dan akhirnya diterima sebagai pelatih pada 2010. Kim Jin-woo dan Nam Tae-hyun (direkrut sebagai pelatih YG pada 2011 melalui uji bakat persendirian) ditampilkan sebagai penari latar ketika Konsert Keluarga YG 2011.

2013: Rancangan realiti dan penampilan sulung[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2013 dalam episod terakhir rancangan realiti WIN: Who is Next, Pasukan A muncul juara dan diumumkan sebagai "WINNER" di bawah syarikat YG Entertainment.[2][14] Pengumuman hasil daripada keputusan dalam rancangan tersebut, Winner (Pasukan A) dan Pasukan B akan melancarkan empat buah lagu gubahan sendiri pada 28 Oktober 2013.[15][16] Empat lagu tersebut yang dimuatkan dalam satu album mini berjudul FINAL BATTLE (Perlawanan Akhir) berjaya menduduki tangga teratas dalam Carta iTunes di negara Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.[17][18] Selepas pelancaran EP itu, Winner kemudiannya pergi ke Jepun bagi mengikuti rakan sesyarikatnya, Big Bang sebagai artis pembuka untuk jelajah Jepun Big Bang yang bermula pada 15 November 2013.[15]

Penampilan sulung mereka di Korea dan Jepun akan disiarkan melalui rancangan realiti sebanyak 10 episod bertajuk WINNER TV yang mula ditayangkan pada 13 Disember 2013 melalui saluran milik Mnet dan penstriman dalam talian seperti YouTube dan Naver tvcast.[19][20] Dalam satu temubual bersama Star News, Yang Hyun-suk mendedahkan bahawa Winner akan membuat penampilan pertama rasmi mereka selepas tamatnya rancangan WINNER TV. Winner juga akan melancarkan album mini hasil gubahan mereka sendiri dan membuat promosi rasmi pada akhir bulan Februari 2014.[21][22] Walau bagaimanapun, ia kemudiannya ditangguhkan. Pada 19 Mac 2014, melalui akaun rasmi Yoon Jong-shin, pengumuman telah dibuat di mana Kang Seung-yoon dan Mino akan berkolaborasi dalam menghasilkan runut lagu untuk projek bulan Mac Yoon Jong-shin.[23]

Pada 10 Jun 2014, Winner mula melancarkan teaser yang bertajuk 'The Visitor'.[24] Ini diikuti dengan pelan kempen pelancaran rasmi yang dilepaskan oleh YG pada 12 Jun, di mana ia memaparkan jadual teaser untuk kumpulan muzik ini dalam jangka masa tiga minggu (dari 16 Jun sehingga 6 Julai). Bagi minggu pertama dan kedua dengan tajuk 'Test Week' (Minggu Percubaan) dan 'New York Week' (Minggu New York) masing-masing, ia memaparkan pelancaran teaser individu dan berkumpulan dari hari demi hari.[25][26] Untuk minggu terakhir kempen dengan tajuk 'Winner Week' (Minggu Winner), video teaser individu dan berkumpulan dilancarkan dengan teaser akhir memaparkan satu lagi tarikh untuk teaser pelancaran besar 'WINNER Debut Album 2014 S/S' pada 1 Ogos.[27] Selepas dua bulan dalam menjalani promosi, akhirnya teaser dengan tarikh penampilan sulung di Korea dengan wadah pelancaran diadakan pada 6 Ogos serta album pertama berjudul 2014 S/S akan dilancarkan secara digital pada 12 Ogos dan secara fizikal pada 14 Ogos.

Diikuti dengan pelancaran album tersebut, dua buah video muzik telah dimuat naik pada laman YouTube rasmi mereka untuk dua runut lagu mereka iaitu "Kosong" (tajuk asal: 공허해) dan "Color Ring" (Dering Warna). Mereka juga akan memulakan pentas pertama di rancangan muzik SBS Inkigayo pada 17 Ogos.[28][29] Album 2014 S/S ini berjaya menduduki tempat teratas dalam carta-carta muzik utama selepas ia dilancarkan.[30][31] Winner juga akan memulakan promosi dan penampilan sulung mereka di Jepun dengan album 2014 S/S: Japan Collection yang dijadualkan akan dilancarkan pada 10 September, sehari sebelum konsert pertama mereka di sana.[32]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama ahli Pengenalan ringkas
Kang Seung-yoon
(강승윤, 姜承潤)
Kim Jin-woo
(김진우, 金珍友)
Lee Seung-hoon
(이승훈, 李承勳)
Song Min-ho
(송민호, 宋珉豪)
  • Nama pentas : Mino (미노); dahulunya: Tagoon (타군)
  • Tarikh lahir : 30 Mac 1993 (21 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi rap
Nam Tae-hyun
(남태현, 南太鉉)
  • Tarikh lahir : 10 Mei 1994 (20 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Korea Selatan
  • Peranan : Penyanyi vokal, ahli termuda (maknae)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Korea[sunting | sunting sumber]

Album studio
Album mini
  • 2013: FINAL BATTLE

Versi bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Album studio

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

  • 2013: WINNER TV (위너 티비)
  • 2013: WIN: Who is Next

Drama/sitkom[sunting | sunting sumber]

  • 2012: Channel A Cabaran K-pop Terkuat – Mino sebagai Park Ki-beom (pelakon tambahan)
  • 2011–2012: MBC High Kick 3 – Kang Seung Yoon (pelakon tambahan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "YG’s 11 Contestants Unveiled for ‘WIN: Who Is Next’ [11 Peserta YG Diumumkan untuk 'WIN: Who is Next']" (dalam bahasa Inggeris). KpopStarz. 21 Ogos 2013. http://www.kpopstarz.com/articles/38450/20130821/yg-11-contestant-unveiled-win-who-is-next.htm. Capaian 17 Disember 2013. 
  2. 2.0 2.1 이지영 기자 (25 Oktober 2013). "'WIN' 강승윤 속한 A팀, 최종 우승…'WINNER'로 데뷔 ['WIN': Pasukan A Kang Seung-yoon memenangi pusingan akhir...Debut sebagai 'WINNER']" (dalam bahasa Korea). Nate News: My Daily. Nate News: My Daily. http://news.nate.com/view/20131025n37909?mid=n1008. Capaian 26 Oktober 2013. 
  3. "WIN [WHO IS NEXT] FINALE: WHO WON? [Peringkat akhir WIN [WHO IS NEXT]: Siapa menang?]" (dalam bahasa Korea). Kempire Daily. 25 Oktober 2013. http://kempiredaily.com/win-who-is-next-finale-who-won. Capaian 17 Disember 2013. 
  4. "YG Entertainment's Winner set to debut in Japan [Winner dari YG Entertainment akan memulakan debut di Jepun]" (dalam bahasa Inggeris). KpopStarz. http://www.kpopstarz.com/articles/101948/20140801/yg-entertainments-winner-set-to-debut-in-japan.htm. Capaian 14 Ogos 2014. 
  5. "'강승윤'에 대한 검색결과입니다 [Hasil carian 'Kang Seung-yoon']" (dalam bahasa Korea). Naver Music. http://music.naver.com/search/search.nhn?query=%EA%B0%95%EC%8A%B9%EC%9C%A4&target=album. Capaian 17 Disember 2013. 
  6. "Kang Seung Yoon" (dalam bahasa Inggeris). ASK K-POP. http://www.askkpop.com/singer/profile/Kang_Seung_Yoon/. Capaian 17 Disember 2013. 
  7. "“K-Pop Star” Contestant Lee Seung Hoon to Debut as Member of New YG Group [Peserta "K-Pop Star", Lee Seung Hoon Akan Debut Sebagai Ahli Kumpulan YG yang Baharu]" (dalam bahasa Inggeris). Soompi. 25 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2013. http://web.archive.org/web/20131101062541/http://www.soompi.com/2013/02/25/k-pop-star-contestant-lee-seung-hoon-to-debut-as-member-of-new-yg-group/. Capaian 17 Disember 2013. 
  8. "BoM's Tagoon reveals his close friendship with Block B [Tagoon (BoM) mendedahkan persahabatan yang rapat dengan Block B]" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 5 Ogos 2011. http://www.allkpop.com/article/2011/08/boms-tagoon-reveals-his-friendship-with-block-b/20110804_tagoon_blockb_3#axzz2nivzTIoW. 
  9. "New ballad group ‘BoM’ releases debut MV teaser, “Without You” [Kumpulan balada baharu 'BoM' melancarkan teaser MV debut "Tanpamu"]" (dalam bahasa Inggeris). KoreaDotCom. 27 Jun 2011. http://en.korea.com/blog/enter/k-pop/new-ballad-group-%E2%80%98bom%E2%80%99-releases-debut-mv-teaser-%E2%80%9Cwithout-you%E2%80%9D/. Capaian 17 Disember 2013. 
  10. "Tagoon » Korean Actor & Actress" (dalam bahasa Inggeris). KoreanDrama.org. http://star.koreandrama.org/?p=22071. 
  11. "BoM officially disbands with a note from label's CEO to fans [BoM secara rasminya dibubarkan dengan nota daripada CEO syarikat kepada para peminat]" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. http://www.allkpop.com/article/2013/03/bom-officially-disbands-with-a-note-from-labels-ceo-to-fans#axzz2nivzTIoW. Capaian 17 Disember 2013. 
  12. "The Strongest K-POP Survival » Korean Drama" (dalam bahasa Inggeris). KoreanDrama.org. http://www.koreandrama.org/?p=16454. Capaian 17 Disember 2013. 
  13. "|Live| Tagoon covers BIGBANG's "LA-LA-LA" - K-POP - The Ultimate Audition". http://www.youtube.com/watch?v=bo-DGA7w6NA. Capaian 17 Disember 2013. 
  14. "[WIN : WHO IS NEXT] episode 11 파이널 라운드 뒷 이야기". Mnet dan YG Entertainment. YG Entertainment melalui YouTube. 1 November 2013. http://www.youtube.com/watch?v=6o5I2QrYV3w. 
  15. 15.0 15.1 "Team A to release 4 songs and open up for Big Bang's Japanese Tour [Pasukan A akan melancarkan 4 lagu dan menjadi pembuka tirai untuk Jelajah Jepun Big Bang]" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. 25 Oktober 2013. http://www.allkpop.com/article/2013/10/team-a-to-release-4-songs-and-open-up-for-big-bangs-japanese-tour#axzz2iMqSPDeE. Capaian 18 Disember 2013. 
  16. "An EP of songs from YG Entertainment’s WIN project takes the number-one spot on the iTunes Chart in Japan, Thailand, and Vietnam [Lagu EP daripada projek WIN YG Entertainment menduduki tempat pertama dalam Carta iTunes di Jepun, Thailand dan Vietnam]" (dalam bahasa Inggeris). KoreaDotCom. 29 Oktober 2013. http://en.korea.com/blog/enter/k-pop/an-ep-of-songs-from-yg-entertainments-win-project-takes-the-number-one-spot-on-the-itunes-chart-in-japan-thailand-and-vietnam/. Capaian 18 Disember 2013. 
  17. "YG WIN, 'FINALE BATTLE' 음원 아이튠스 4개국 1위 [Lagu daripada 'FINAL BATTLE' YG WIN nombor 1 dalam iTunes di empat negara]" (dalam bahasa Korea). Herald Corp.. 29 Oktober 2013. http://news.heraldcorp.com/view.php?ud=20131029000087&md=20131101005036_AT. Capaian 18 Disember 2013. 
  18. "YG WIN, ‘FINALE BATTLE’ 음원 아이튠스 4개국 1위 [Lagu daripada 'FINAL BATTLE' YG WIN nombor 1 dalam iTunes di empat negara]" (dalam bahasa Korea). SBS ETV. 29 Oktober 2013. http://etv.sbs.co.kr/news/news_content.jsp?article_id=E10004755870. Capaian 18 Disember 2013. 
  19. "Winner to make return to the small screen [Winner muncul kembali dalam layar kecil]" (dalam bahasa Inggeris). The Korea Herald. 9 Disember 2013. http://khnews.kheraldm.com/view.php?ud=20131209000811&md=20131212004443_AT. Capaian 18 Disember 2013. 
  20. "WINNER TV (위너 티비)" (dalam bahasa Korea). Mnet melalui Naver tvcast. http://tvcast.naver.com/winnertv. Capaian 18 Disember 2013. 
  21. 길혜성 기자 (Gil Hye-seong) (7 Januari 2014). "양현석 "위너 2월말 정식데뷔..자작곡 담은 첫미니"(인터뷰) [Yang Hyun Suk "Winner akan memulakan penampilan sulung rasmi pada akhir bulan Februari... album pertama dengan gubahan sendiri"]" (dalam bahasa Korea). 스타뉴스 (Star News). 스타뉴스 (Star News). http://star.mt.co.kr/stview.php?no=2014010712052953058&type=3. Capaian 7 Januari 2014. 
  22. "WINNER akan membuat penampilan sulung rasmi pada Februari dengan satu album mini" (dalam bahasa Inggeris). Soompi.com. http://www.soompi.com/2014/01/07/winner-to-make-official-debut-in-february-with-a-mini-album/. Capaian 14 Ogos 2014. 
  23. 한국경제TV 김지원 기자 (Kim Ji-won) (20 Mac 2014). "강승윤 윤종신 콜라보 기대감 폭발, 인증샷만 봐도 `두근 두근` [Kolaborasi Yoon Jong-shin bersama Kang Seung-yoon dengan jangkaan yang meledakkan, 'teruja' selepas pengesahan diperakui]" (dalam bahasa Korea). 한국경제TV (Korea Economic TV). WowTV. http://www.wowtv.co.kr/newscenter/news/view.asp?bcode=T30001000&artid=A201403200031. Capaian 19 Mac 2014. 
  24. "[Video] YG Makes a Surprise Attack with Teaser for Winner [[Video] YG membuat serangan mengejut dengan teaser untuk Winner]" (dalam bahasa Inggeris). Mwave. http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/67976/winner-releases-teaser. Capaian 26 Jun 2014. 
  25. "YG Entertainment release their 'launching campaign plan' for new group WINNER [YG Entertainment melancarkan 'rancangan kempen pelancaran' untuk kumpulan baharu WINNER]" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.com. http://www.allkpop.com/article/2014/06/yg-entertainment-release-their-launching-campaign-plan-for-new-group-winner. Capaian 14 Ogos 2014. 
  26. "YG Entertainment gears up for WINNER debut [YG Entertainment membuat persiapan untuk penampilan pertama WINNER]" (dalam bahasa Inggeris). hellokpop.com. http://www.hellokpop.com/2014/06/30/yg-entertainment-gears-up-for-winner-debut/. Capaian 14 Ogos 2014. 
  27. "WINNER to tease all this week as revealed through 'WINNER Week' schedule [WINNER akan mengganggu sepanjang minggu ini seperti yang didedahkan melalui jadual 'WINNER Week']" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.com. 30 Jun 2014. http://www.allkpop.com/article/2014/06/winner-to-tease-all-this-week-as-revealed-through-winner-week-schedule. Capaian 14 Ogos 2014. 
  28. "WINNER to Hold a Launching Show for Their Awaited Debut [WINNER akan mengadakan rancangan pelancaran untuk penampilan sulung mereka yang dinantikan]" (dalam bahasa Inggeris). Soompi.com. http://www.soompi.com/2014/08/01/winner-to-hold-a-launching-show-for-their-awaited-debut/. Capaian 14 Ogos 2014. 
  29. "WINNER to hold launching show on August 6 [WINNER akan mengadakan rancangan pelancaran pada 6 Ogos]" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.com. http://www.allkpop.com/article/2014/08/winner-to-hold-launching-show-on-august-6. Capaian 14 Ogos 2014. 
  30. "WINNER dominates charts + achieve an all-kill with their album '2014 S/S' [WINNER mendominasi carta dan tempat teratas dengan album mereka '2014 S/S']" (dalam bahasa Inggeris). allkpop.com. http://www.allkpop.com/article/2014/08/winner-dominate-charts-with-their-album-2014-s-s. Capaian 14 Ogos 2014. 
  31. "Winner's debut album sweeps music charts [Album debut Winner menyapu tempat dalam carta muzik]" (dalam bahasa Inggeris). Korea Herald. http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20140812000777. Capaian 14 Ogos 2014. 
  32. "Winner to officially debut in Japan in September [Winner secara rasminya akan debut di Jepun pada September]" (dalam bahasa Inggeris). Mwave. http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/72362/winner-to-debut-in-japan-in-september. Capaian 14 Ogos 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]