Big Bang (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BIGBANG
빅뱅
Logo BIGBANG
Ahli kumpulan Big Bang
Koleksi fotograf "EXTRAORDINARY 20's" BIGBANG pada tahun 2012. Dari kiri: G-Dragon, T.O.P, Seungri, Taeyang dan Daesung.
Latar belakang
Berasal dari Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre Pop, R&B, Hip-Hop, J-Pop, K-Pop, Tarian, Elektropop, Pop-tarian
Tahun aktif 2006 (2006)–kini
Label YG Entertainment (Korea)
Universal Music, YGEX (Jepun)
Warner Taiwan (Taiwan)
United Asia Management[1]
Kegiatan berkait Keluarga YG
GD & TOP
2NE1
WINNER
Laman web ygbigbang.com
Ahli
G-Dragon (ketua)
T.O.P
Taeyang
Daesung
Seungri
BIGBANG
Hangul 빅뱅
Perumian Semakan Big Baeng
McCune–Reischauer Pik Paeng

Big Bang atau Bigbang (sering digayakan sebagai BIGBANG; makna harfiah: "Letupan Besar") merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang berada di bawah pengurusan YG Entertainment. Pembentukan kumpulan ini bermula daripada sebuah rancangan televisyen, Dokumentari Big Bang yang telah disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea.[2] Big Bang dikenali melalui gaya muzik dan fesyen mereka yang unik dan tersendiri.

Kepopularan kumpulan muzik ini berkembang apabila lagu mereka yang bertajuk "Penipuan" (거짓말 Geojitmal) pernah berada di tangga pertama di dalam carta muzik Korea selama tujuh minggu berturut-turut. Album mini mereka iaitu Hot Issue dan Stand Up juga mendapat sambutan yang membanggakan.[3] Pada tahun 2009, kumpulan Big Bang meluaskan pengaruhnya dan telah menjadi artis paling dicari-cari di Korea Selatan.[4] Mereka juga merupakan kumpulan artis luar pertama yang menerima anugerah "Pendatang Baharu Terbaik" dalam Anugerah Penyiaran Kabel Jepun dan merupakan artis Korea pertama yang menerima Anugerah Rakaman Jepun.[5]

Pada tahun 2011, Big Bang melancarkan sebuah album mini dengan judul Tonight selepas dua tahun kumpulan muzik itu berpecah bagi melakukan aktiviti solo pada 2009 dan 2010. Album mini tersebut mendominasi kesemua carta dalam talian dan berjaya memperoleh tangga ketiga dalam carta Billboard Amerika Syarikat.[6] Pada tahun yang sama, kumpulan muzik ini telah mewakili kawasan Asia-Pasifik dan berjaya merangkul anugerah "Best Worldwide Act" di dalam Anugerah Muzik Eropah MTV.[7][8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembentukan dan kemunculan sulung[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Big Bang di dalam video muzik "La La La" yang memaparkan konsep hip-hop.

Sebelum kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung mereka, beberapa orang ahli dalam kumpulan ini telah terdedah kepada industri hiburan terlebih dahulu. G-Dragon dan Taeyang merupakan orang pertama untuk menerima latihan di YG Entertainment sejak mereka berumur 12 tahun lagi dan mereka berdua ketika itu dikenali sebagai GD dan YB.[9] Mereka berdua pernah melancarkan dua buah runut lagu bersama dan salah satu daripadanya iaitu "Unfold to Higher Place" menampilkan artis daripada syarikat yang sama iaitu Gummy dan Perry.[10][9]

T.O.P pula merupakan seorang rapper dengan nama pentas Tempo. Salah satu runut lagunya yang paling popular ketika itu ialah "Buckwild" bersama NBK Gray.[11] T.O.P dan G-Dragon merupakan rakan baik sejak zaman persekolahan.[12] Apabila pihak YG Entertainment ingin mencari ahli baru bagi membentuk sebuah kumpulan muzik, G-Dragon telah menelefon T.O.P bagi mencuba nasib di situ.[13] Beberapa rakaman demo yang dihasilkan oleh mereka telah dihantar kepada Yang Hyun-suk. Walau bagaimanapun, T.O.P telah gagal dalam uji bakat yang diadakan di YG Entertainment kerana beliau mempunyai fizikal yang "gemuk" untuk memenuhi versi idealistik seorang idola. Enam bulan kemudian, beliau telah diambil semula selepas berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 20 kilogram (44 lb).[13]

Seungri adalah seorang ketua kepada sebuah kumpulan penari tempatan di Gwangju. Beliau pertama kali muncul dalam siri televisyen realiti, Let's Cokeplay: Mnet Battle Shinhwa, sebuah rancangan di mana kumpulan muzik Shinhwa akan mencari bakat baru untuk membentuk "Shinhwa generasi kedua". Walau bagaimanapun, Seungri gagal dalam rancangan tersebut setelah tersingkir daripada 4 Terbaik. Beliau kemudiannya menyertai uji bakat di YG Entertainment dan diterima sebagai pelatih. Ketika di dalam siri Dokumentari Big Bang, beliau hampir tersingkir daripada program tersebut. Akhirnya, Seungri diberi peluang kedua serta bakat nyanyian dan tariannya berjaya menambat hati penerbit Hyun-suk.[14][15]

Walaupun ibu bapanya membantah rancangannya untuk menjadi seorang penyanyi, Daesung masih meneruskannya dan akhirnya beliau diterima oleh pihak YG Entertainment selepas diuji bakat. Beliau kemudiaanya muncul dalam rancangan realiti mengenai dokumentari pembentukan Big Bang yang menampilkan enam orang ahli bersaing. Hyun-seung yang ketika itu menggunakan nama pentas So-1 telah terkeluar daripada program tersebut,[16] dan Big Bang akhirnya muncul pertama kalinya pada 2006 dengan lima orang ahli.[16][15]

Big Bang memulakan penampilan sulung mereka pada 19 Ogos 2006 di Arena Gimnastik, Taman Olimpik Seoul ketika Konsert Keluarga YG.[17] Single pertama mereka iaitu "Bigbang" telah dilancarkan pada 29 Ogos 2006 dan ia mengandungi tiga buah lagu iaitu "We Belong Together" (Kita Milik Bersama) yang digandingkan dengan rakan satu syarikat, Park Bom, "Tangisan Si Lembap" (눈물뿐인 바보 Nunmulppunin Babo) dan lagu "This Love" (Cinta Ini) yang diadaptasi daripada lagu kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Maroon 5 yang ditulis semula dan dipersembahkan oleh G-Dragon.[2] Single tersebut berjaya dijual hampir 40,000 salinan.[18]

Single kedua Big Bang iaitu "Big Bang is V.I.P" pula dilancarkan pada bulan September dan 32,000 salinan single terjual.[18] Manakala, single ketiga pula iaitu "Bigbang 03" pula terjual hampir 40,000 salinan.[18] Pada akhir Disember tahun yang sama, kumpulan muzik ini telah melancarkan album mini sulung mereka berjudul Bigbang Vol.1 – Since 2007[19] dan mengadakan konsert pertama mereka, The Real.[18]

2007–2008: Menggapai kejayaan[sunting | sunting sumber]

Big Bang ketika di Thailand pada tahun 2007.

Pada 8 Februari 2007, Big Bang melancarkan album konsert siaran langsung mereka, The First/Real Live Concert dimana album mereka itu telah terjual sebanyak 30 000 salinan pada akhir tahun 2007.[20] Mereka kemudiannya memulakan jelajah mereka, Want You yang merentasi lima buah bandar raya di Korea Selatan iaitu Incheon, Daegu, Changwon, Jeonju dan Busan.[21] Album mini mereka yang pertama, Always juga dilancarkan pada tahun tersebut yang menandakan beberapa perubahan dalam kumpulan muzik ini. Walaupun mereka pernah menulis dan mengarang beberapa buah lagu, kumpulan muzik ini telah mengambil keputusan untuk mengendalikan dan mengawal aliran yang lebih besar terhadap muzik mereka sendiri. G-Dragon telah menulis dan mengarang sebahagian besar lagu dalam album mini pertama ini termasuklah lagu "Penipuan" (거짓말, Geojitmal).[22] Always menyaksikan pengenalan unsur elektronik dalam muzik kumpulan ini. Penerimaan tersebut cukup positif terutamanya lagu "Penipuan".[23] Dilancarkan sebagai single utama, lagu itu menjadi lagu hit pertama mereka dan album Always itu sendiri telah terjual sebanyak 87,000 salinan.[22]

Album mini kedua mereka, Hot Issue juga dilancarkan pada tahun yang sama dan album mini tersebut mengikuti kejayaan sebelumnya dan single utama dalam album ini, "Perpisahan Terakhir" (마지막 인사 Majimak Insa) telah mencapai kedudukan teratas dalam pelbagai carta termasuk Carta Juke-On dimana lagu ini telah dapat bertahan selama 8 minggu berturut-turut.[24] Lagu tersebut juga memenangi Anugerah Muzik Digital Lagu Bulan Ini daripada Cyworld. Tiket bagi konsert mereka iaitu konsert Big Bang is Great dilaporkan telah habis terjual dalam masa 10 minit.[25][26]

Ketika tahun 2007 menghampiri ke penghujungnya, ahli kumpulan Big Bang dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana masalah keletihan yang akhirnya menyebabkan aktiviti-aktiviti mereka dihentikan.[27] Ada laporan mengatakan disebabkan single dan album Big Bang mendapat permintaan yang tinggi, syarikat rakaman Big Bang telah mencetak dan mempakej semula single dan album mereka untuk pelancaran semula.[28] Hasil daripada kejayaan jualan album mini mereka, akhirnya kumpulan muzik ini telah memenangi pelbagai anugerah antaranya "Kumpulan Muzik Lelaki Terbaik" dan "Lagu Tahun Ini" dalam Festival Muzik M.NET/KM.[29] Mereka ini kemudiannya menerima anugerah "Artis Tahun Ini" daripada Anugerah Muzik Seoul Ke-7.[30] Selain itu, Big Bang juga memperolehi 12 bilion (AS$10.6 juta) pada akhir tahun.[31]

Kumpulan muzik ini kemudiannya meluaskan sayap mereka ke Jepun. Album mini berbahasa Jepun mereka yang pertama, For the World telah dilancarkan pada awal tahun 2008[32] dan mencatat kedudukan kesepuluh dalam carta Oricon dengan promosi yang kecil.[33] Kumpulan ini juga mengadakan konsert dekat JCB Hall di Tokyo Dome City. Big Bang kemudiannya kembali ke Korea selepas promosi di Jepun tamat. Walaupun aktiviti berkumpulan mereka telah ditangguhkan kerana projek solo, album mini mereka yang ketiga, Stand Up berjaya dilancarkan. Menampilkan Daishi Dance dan kumpulan rock Korea, No Brain, album mini itu terjual lebih daripada 100,000 salinan. Lagu "Hari Demi Hari" (하루하루 Haru Haru) yang merupakan single utama mengungguli kedudukan teratas dalam beberapa carta dalam talian serta memegang tangga pertama selama enam minggu berturut-turut.[34] Mengikuti kejayaan single utama itu, lagu lain turut berjaya menduduki tangga 20 teratas seperti "Syurga" (천국 Cheonguk) di tempat kedua, "Oh My Friend" (Oh Sahabatku) di kedudukan kesembilan, "Orang yang Baik" (착한사람 Chakhan Saram) di tangga ke-12 dan lagu "Lady" (Gadis) di tangga ke-16.[35]

Sepanjang pelancaran material Korea mereka, Big Bang juga melancarkan lagu untuk versi Jepun, "Number 1" (Nombor 1) di mana lagu tersebut merupakan single utama dalam album studio dengan nama yang sama. Mereka mempersembahkan lagu itu di program radio dan rancangan televisyen. Album Number 1 itu akhirnya menduduki tempat ketiga dalam carta album harian Oricon Jepun. Album berbahasa Korea yang seterusnya, Remember juga dilancarkan pada tahun 2008 dengan single utama yang berjudul "Sinar Merah" (붉은노을 Byulkeun Noeul) dan lagu "Strong Baby" yang dinyanyikan secara solo oleh Seungri dijadikan sebagai single kedua. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 salinan.[35] Big Bang menerima anugerah "Artis Tahun Ini" yang kedua di Anugerah Muzik Mnet 2008.[36]

2009–2010: Kolaborasi dan pelancaran single[sunting | sunting sumber]

Gambar promosi Big Bang bersama peluncur ais, Kim Yu-na ketika musim Piala Dunia FIFA 2010.

Pada tahun 2009, Big Bang telah berkolaborasi dengan kumpulan muzik 2NE1[37] yang merupakan kumpulan muzik wanita baharu ketika itu untuk lagu "Lollipop". Sebuah video muzik juga telah dihasilkan bagi mempromosikan lagu itu. Pada awalnya, lagu tersebut merupakan promosi untuk sebuah telefon bimbit tetapi lagu ini telah berada mencapai kedudukan pertama dalam pelbagai carta dalam talian.[38]

Album studio pertama dalam bahasa Jepun untuk Big Bang yang bertajuk BIGBANG telah dilancarkan di bawah syarikat rakaman Universal Music pada Ogos 2009 di mana dua buah single iaitu "My Heaven" (Syurgaku) dan "Gara Gara GO!!" (ガラガラ GO!!) telah dipromosikan.[39][40] Lagu "My Heaven" merupakan single asal daripada lagu berbahasa Korea iaitu "Syurga" (천국, Cheonguk) yang diterjemahkan ke bahasa Jepun dan ia disusun oleh penggubah dari Jepun, Daishi Dance.[21] Lagu itu berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta Oricon ketika penampilan sulungnya.[41] Lagu "Gara Gara GO!!" pula di kedudukan kelima[42] dan album bahasa Jepun ini telah naik ke tempat ketiga.[43]

Selepas pulang ke Korea, mereka kembali bergerak solo. Pada 18 Ogos, G-Dragon telah melancarkan album penampilan pertamanya iaitu Heartbreaker. Manakala, Taeyang juga melancarkan dua single digital iaitu "Where U At?" (Dimana Kau) dan "Wedding Dress" (Gaun Pengantin). T.O.P pula berlakon dalam sebuah drama bersiri Iris dan memainkan watak sebagai seorang pembunuh bernama Vick. Mereka kemudiannya bergabung semula untuk merakam lagu "Koe o Kikasete" (声をきかせて, Mendengar Suaramu) untuk sebuah drama Jepun, Ohitorisama (おひとりさま, Seseorang).[21][44][45] Lagu tersebut kemudiannya dilancarkan menjadi single dan menduduki tangga keempat.[46]

Beberapa hari kemudian dalam bulan Januari 2010, Big Bang telah mengadakan konsert 2010 Big Bang Concert Big Show di Stadium Olimpik Seoul.[47][48] Pada bulan seterusnya, mereka memulakan jelajah Electric Love mereka di Jepun.[49] Walaupun tiada album rasmi direkodkan, beberapa single telah dikeluarkan pada tahun itu. Pelancaran lagu Lollipop Bhg. 2 pada bulan Februari yang merupakan lanjutan daripada lagu "Lollipop" digunakan untuk iklan promosi telefon "LG Cyon's Lollipop". Lagu ini telah memperoleh tempat teratas dalam carta digital.[50][51]

Single mereka yang seterusnya, "Tell Me Goodbye" (Katakan Selamat Tinggal) dilancarkan dalam bahasa Jepun untuk sebuah drama Korea, Iris.[52] Lagu tersebut memperolehi sambutan yang menggalakkan[52] dan berjaya memenangi anugerah "Lagu Terbaik" dalam Anugerah Rakaman Jepun ke-52.[53] Ketika musim Piala Dunia 2010, Big Bang telah melancarkan lagu "Shout of the Reds" (Sorakan Si Merah) bersama band rock Korea, Transfixion dan peluncur ais Kim Yu-na.[54]

Untuk sebahagian besar tahun 2010, anggota kumpulan muzik ini telah mengadakan aktiviti solo mereka sendiri[55] termasuklah pelancaran album kolaborasi GD & TOP oleh G-Dragon dan T.O.P. serta pelancaran album mini pertama Seungri, VVIP.[56] Pada tahun itu juga Big Bang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah anugerah "Lima Artis Baharu Terbaik" dan "Artis Terbaik" dalam Anugerah Cakera Emas Jepun Ke-24.[57][58] Pada penghujung bulan Mei, mereka juga telah memenangi anugerah "Video Pop Terbaik" dan "Artis Baharu Terbaik" dalam Anugerah Muzik Video MTV Jepun 2010.[59] Big Bang kemudiannya melancarkan single berbahasa Jepun yang bertajuk "Beautiful Hangover" (Mabuk Indah) pada 25 Ogos tahun yang sama.[60]

2011: Tonight dan MTV EMA[sunting | sunting sumber]

Setelah hampir dua tahun "berpecah" sebagai sebuah kumpulan muzik, Big Bang kembali ke Korea Selatan dengan mengadakan konsert 2011 Big Show.[61] Mereka juga telah melancarkan album mini baharu iaitu Tonight (juga dikenali sebagai BIGBANG MINI 4)[62] di mana album mini ini telah menduduki tempat teratas dalam pelbagai carta muzik di Korea.[63] Tonight juga merupakan album K-Pop pertama yang mencecah kedudukan 10 teratas dalam carta iTunes Amerika Syarikat serta satu-satunya album bukan dalam bahasa Inggeris yang pertama berada dalam kedudukan 100 teratas.[64] Album mini turut menerima pesanan pra-jualan sebanyak 10,000 salinan di Cyworld, yang telah memecahkan rekod TVXQ yang menerima pesanan sebanyak 6,500 salinan pada tahun 2008.[65] Dikatakan selepas 7 hari album ini dilancarkan, Big Bang telah menerima ₩7 bilion (AS$6.2 juta).[66] Dalam masa seminggu, 100 000 salinan album mini tersebut telah terjual.[67] Lagu utama daripada album mini tersebut, "Tonight" (Malam Ini) telah memperoleh tangga teratas dalam Carta Gaon.[68]

Selepas promosi album mini Tonight selesai, Big Bang melancarkan album edisi khas dengan dua runut lagu baharu iaitu "Love Song" (Lagu Cinta) dan "Stupid Liar" (Penipu Bodoh). Lagu "Love Song" mendapat sambutan menggalakkan kerana video muzik lagu ini telah mencapai 2 juta tontonan dalam masa 2 hari di YouTube.[69] Pada bulan Mei, kumpulan ini memulakan jelajah Love & Hope Tour.[70] Selepas album edisi khas itu berjaya dilancarkan, Big Bang telah melancarkan album studio kedua mereka untuk versi bahasa Jepun iaitu BIGBANG 2 pada 11 Mei 2011. Mereka kemudiannya memperoleh pengiktirafan "Pensijilan Album Emas" setelah berjaya memperoleh jualan album melebihi 100 000 salinan.[71][72]

Kejayaan kumpulan ini terus cemerlang apabila Big Bang telah berjaya memenangi kategori "Best Worldwide Act" Anugerah Muzik Eropah MTV 2011 (MTV EMA 2011) yang berlangsung di Belfast, Ireland Utara sebagai wakil dari Asia Pasifik kerana memperolehi lebih daripada 58 juta undian.[73] Kehadiran kesemua lima orang ahli di anugerah tersebut menjadikan ia suatu kenangan kerana ia merupakan kemunculan kali pertama Daesung dan G-Dragon selepas pembabitan Daesung dalam satu kemalangan dan skandal penggunaan dadah oleh G-Dragon.

2012: Alive dan jelajah dunia yang pertama[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 20 Januari, YG Entertainment mula mengeluarkan maklumat mengenai kemunculan semula dan album mini baharu Big Bang melalui pelbagai teaser di blog rasmi YG-Life untuk album mini Big Bang yang kelima, ALIVE.[74] Prapesanan untuk album mini tersebut berjaya mencecah sehingga 260,000 salinan dalam dua minggu.[75] Single utamanya, "Blue" (Biru) mengungguli tempat pertama dalam pelbagai carta muzik utama tempatan setelah seminggu dilancarkan[76][77]. Tambahan pula, video muzik "Blue" dan "Fantastic Baby" (Sayang Hebat) di YouTube berjaya menerima pingat emas dalam kategori "Video Terbaru Paling Popular" dan "Trend Seluruh Dunia".[78][79]

Versi bahasa Jepun ALIVE dilancarkan pada 28 Mac dengan tiga runut lagu baru, "Ego", "Feeling" (Perasaan) dan runut bonus "Haru Haru" (Hari Demi Hari). Album tersebut terjual sebanyak 23,000 unit pada hari pertama ia dilancarkan dan menduduki tangga kedua dalam carta Oricon[80] dan tangga teratas dalam Carta album iTunes di Jepun.[81] Big Bang juga memperoleh anugerah "Tiga Album Terbaik" daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) hasil daripada jualan album Alive tersebut.[82]

Selepas kemenangan di MTV EMA 2011, kumpulan muzik ini sekali lagi memperoleh satu lagi anugerah MTV iaitu Anugerah TRL 2012 dalam kategori "Peminat Terbaik"[83][84] di mana mereka berjaya mengalahkan calon anugerah yang lain seperti Alessandra Amoroso, Avril Lavigne, Emma dan One Direction.[81]

2013: Aktiviti solo dan konsert jelajah kubah di Jepun[sunting | sunting sumber]

Bagi tahun 2013, kesemua ahli Big Bang memulakan aktiviti solo mereka. Daesung telah melancarkan album sulung dalam bahasa Jepun iaitu D'scover pada 27 November 2013. Album tersebut terdiri daripada 12 buah lagu dimana 10 daripadanya adalah lagu asal daripada pelbagai seniman Jepun manakala dua buah lagu lagi adalah lagu solo beliau sendiri.[85]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama ahli Pengenalan ringkas
G-Dragon
(지드래곤)
  • Nama penuh : Kwon Ji-yong (권지용, 权志龙, كوون جي-يوڠ)
  • Tarikh lahir : 18 Ogos 1988 (26 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Digital Gukje dan Universiti Kyung Hee
  • Peranan : Ketua, rapper, penerbit, penulis lagu
Taeyang
(태양)
  • Nama penuh : Dong Young-bae (동영배, 董永培, دوڠ ﻳوڠ-بي)
  • Tarikh lahir : 18 Mei 1988 (26 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Daejin
  • Peranan : Penyanyi vokal utama
T.O.P
(탑/티오피)
  • Nama penuh : Choi Seung-hyun (최승현, 崔胜铉, چوي سوڠ-هيون)
  • Tarikh lahir : 4 November 1987 (26 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Dankook
  • Peranan : Rapper
Seungri
(승리)
  • Nama penuh : Lee Seung-hyun (이승현, 李胜贤, لي سوڠ-هيون)
  • Tarikh lahir : 21 Disember 1990 (23 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwangju, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Chung Ang
  • Peranan : Penyanyi vokal
Daesung
(대성)
  • Nama penuh : Kang Dae-sung (강대성, 姜大声, كڠ دي-سوڠ)
  • Tarikh lahir : 26 April 1989 (25 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Digital Gukje dan Universiti Kyung Hee
  • Peranan : Penyanyi vokal (tinggi)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Big Bang

Versi Korea[sunting | sunting sumber]

Album studio
Album mini
Edisi khas
Single

Versi Jepun[sunting | sunting sumber]

Album studio
Edisi khas
Album mini
Single

Diskografi solo/duo[sunting | sunting sumber]

Taeyang
Daesung
G-Dragon
T.O.P
Seungri

Konsert dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah Korea
  • The Real (2006)
  • Want You Tour (2007)
  • The Great (2007)
  • Global Warning Tour (2008)
  • Big Show 2009 (2009)
  • Big Show 2010 (2010)
  • Big Show 2011 (2011)
  • Big Show 2012 (2012)
Jelajah Jepun
  • Stand Up Tour (2008)
  • Electric Love Tour (2010)
  • Love and Hope Tour (2011)
  • Japan Dome Tour (2013–2014)[86]
Jelajah dunia
  • BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 (2012–2013)
Konsert solo
  • Taeyang: Hot Concert Tour (2008)
  • G-Dragon: Shine A Light Concert (2009)
  • Taeyang: Solar Concert Tour (2010)
  • Daesung: D'scover Tour in Japan (2013)
  • G-Dragon: 2013 1st World Tour (2013)
Konsert Keluarga YG
  • YG Family Concert Tour 2006 (2006)
  • YG Family Concert Tour 2010 (2010)
  • YG Family Concert Tour 2011 (2011)
  • YG Family Concert Tour 2012 in Japan (2012)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Korea) Lee, Jung Hyung (8 April 2011). "키이스트, SM, YG, JYP 등 6개사 아시아 매니지먼트 에이전시 'UAM' 설립! [KeyEast, SM, YG, JYP dan ramai lagi bekerjasama untuk menubuhkan agensi global baharu, "United Asia Management"]". Naver.com. http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=106&oid=076&aid=0002096843. Capaian 8 April 2011. 
  2. 2.0 2.1 (Inggeris) "Big Bang". KBS World. 6 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009. http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://world.kbs.co.kr/english/entertainment/enter_artists_detail.htm?No=103896. Capaian 18 November 2013. 
  3. (Inggeris) Han, Sang-hee (3 Januari 2008). "Big Bang akan menggegarkan Jepun". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/special_view.asp?newsIdx=16685&categoryCode=178. Capaian 27 Januari 2008. 
  4. (Korea) "빅뱅, 올해 최고의 인기 검색어 1위 [Big Bang, salah satu carian paling terkenal tahun ini)]". Sports Chosun. 24 Disember 2009. http://sports.chosun.com/news/news_o.htm?name=/news/entertainment/200912/20091225/9cy69147.htm. Capaian 17 Januari 2010. 
  5. (Inggeris) "High High - G.Dragon & T.O.P". Hiptronik. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2011. http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://hiptronik.com/tag/japan-cable-broadcasting-award/. Capaian 23 Februari 2011. 
  6. (Inggeris) "Big Bang muncul dalam carta album Billboard Amerika!". allkpop.com. 3 Mac 2011. http://www.allkpop.com/article/2011/03/big-bang-appears-on-billboard-chart#axzz2kyLgVpMK. Capaian 18 November 2013. 
  7. (Inggeris) "Anugerah EMA MTV: Britney Spears Tewas Kepada BIGBANG, Lady Gaga, Justin Bieber, Bruno Mars, Eminem Menjadi Pemenang". The Huffington Post. http://www.huffingtonpost.co.uk/2011/11/07/mtv-ema-awards-britney-spears-lady-gaga-justin-bieber-bruno-mars_n_1079256.html. Capaian 3 November 2012. 
  8. (Inggeris) Hicap, Johnathan. "Big Bang dari Korea memenangi anugerah EMA MTV". Manilla Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2011. https://web.archive.org/web/20111113044033/http://mb.com.ph/node/340381/korea-. Capaian 3 November 2012. 
  9. 9.0 9.1 (Korea) "준비된 그룹 '빅뱅, 대폭발 예고". Sports Chosun. 7 Julai 2006. http://sports.chosun.com/news/ntype2_o.htm?ut=1&name=/news/entertainment/200607/20060708/67h18001.htm. Capaian 24 Februari 2012. 
  10. "Unfold at a higher place - Gdragon ft. Taekwon & Perry". YouTube. http://www.youtube.com/watch?v=CTTQCuGFJ2c. Capaian 18 November 2013. 
  11. "bigbang TOP(tempo) & NBK gray - buckwild". YouTube. 13 September 2008. http://www.youtube.com/watch?v=QFEuy0yeaC8. Capaian 23 Mei 2012. 
  12. (Korea) "新스타 고백 지 드래곤 ⑤ 아이돌 그룹 활동, 망설 였다". asiae.co.kr. 2 Februari 2010. http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2010012610365249416. Capaian 4 Februari 2010. 
  13. 13.0 13.1 (Korea) "新스타 고백 지 드래곤 ⑥ '빅뱅' 별명 은 '어떡해' 였죠". asiae.co.kr. 3 Februari 2010. http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?sec=ent2&idxno=2010012614544865752. Capaian 4 Februari 2010. 
  14. (Inggeris) "Big Bang". Pertubuhan Pelancongan Korea. http://english.visitkorea.or.kr/enu/CU/CU_EN_8_7_1_5.jsp. Capaian 18 November 2013. 
  15. 15.0 15.1 (Korea) "빅뱅 1 명 최종 탈락 .. 5 인조 확정". Star News. 14 Ogos 2006. http://star.mt.co.kr/stview.php?no=2006081410034235460&type=3. Capaian 22 Januari 2010. 
  16. 16.0 16.1 (Inggeris) "Jang Hyun Seung Disingkirkan daripada Big Bang". 6 Oktober 2009. http://www.allkpop.com/article/2009/10/jang-hyun-seung-on-being-eliminated-from-big-bang. Capaian 18 November 2013. 
  17. (Korea) "올 최고 기대주 빅뱅, 9월 중순부터 본격 활동 개시". Sports Chosun. 21 Ogos 2006. http://sports.chosun.com/news/news_o.htm?name=/news/entertainment/200608/20060822/68v77108.htm. Capaian 15 Januari 2010. 
  18. 18.0 18.1 18.2 18.3 (Korea) "Jualan Album untuk Bulan Februari 2007" (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2007. http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://miak.or.kr/stat/kpop_200702.htm. Capaian 15 Februari 2008. 
  19. (Korea) "1집 Bigbang Vol.1". 2006. http://music.naver.com/album/index.nhn?albumId=43725. Capaian 18 November 2013. 
  20. (Korea) "Jualam Album Akhir Tahun 2007". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2008. http://web.archive.org/web/20080508152311/http://www.miak.or.kr/stat/kpop_2007_2.htm. Capaian 27 Januari 2008. 
  21. 21.0 21.1 21.2 (Inggeris) Shamdasani, Pavan (9 November 2009). "Bagaimana untuk Meretakkan Jepun: Teori Letupan Besar". Majalah Time. http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1933111,00.html. 
  22. 22.0 22.1 (Korea) Kim Mi-youngshin (17 Ogos 2007). "빅뱅, ‘Always’ 선주문 3만장 괴력". Hankyung News. http://www.hankyung.com/news/app/newsview.php?aid=2007081791017&sid=83&nid=105&ltype=1&pkind=all. Capaian 23 Januari 2010. 
  23. (Inggeris) "Wadah & Pertemuan Peminat Pertama Big Bang". Arirang. http://www.arirang.co.kr/Tv2/Showbiz_OnLocation.asp?PROG_CODE=TVCR0112&OnAir_Date=2007-09-03&sys_lang=Eng. Capaian 21 Januari 2008. 
  24. (Korea) Kim, Hyung Woo (21 Januari 2008). "빅뱅 쥬크온차트 8주 연속 1위 기염, JOO도 2주만에 7위 진입". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?news_uid=200034&code=100200. 
  25. (Korea) "빅뱅, 단독콘서트 티켓 또 10분만에 매진". Star News. 20 November 2007. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2007112011064574626&EVEC. 
  26. (Korea) Kim, Hyung Woo (27 November 2007). "빅뱅 단독콘서트 티켓 5천석 10분 만에 매진". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200711201110031002. 
  27. (Korea) Kim, Wong Young (13 Disember 2007). "빅뱅, 멤버들 줄부상에 일시 활동중단 [Big Bang, Rentetan Kecederaan Menyebabkan Mereka Dicutikan]". Star News. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2007123109144603151&EVEC. 
  28. (Inggeris) "Bekalan Album Big Bang Tidak Mencukupi". KBS World. 26 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007. http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://rki.kbs.co.kr/english/entertainment/enter_chart_detail.htm?No=6858. 
  29. (Korea) Kang, Jihoon (26 Disember 2007). "빅뱅 '올해의 노래'-슈주 '올해의 가수'...MKMF '아이돌 천하'(종합) [Big Bang 'Lagu Tahun Ini', SuJu (Super Junior) 'Artis Tahun Ini', 'Penguasaan Idola' di MKMF (Kemas kini)]". Nate. http://news.nate.com/view/20071117n07792. 
  30. "Big Bang Wins Pop Music Award". KBS Global. 2008-01-21. http://english.kbs.co.kr/entertainment/news/1505226_11858.html. Capaian 2008-02-01. 
  31. (Korea) "빅뱅 올 360억원 대박 쳤다". Nate. 11 September 2008. http://ask.nate.com/knote/view.html?num=1229021. Capaian 22 Januari 2010. 
  32. (Korea) Kim, Hyung Woo (5 Februari 2008). "빅뱅 일본진출 멤버 이름 바꿔 활동". IS Plus. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2012. http://archive.is/Nhfv. Capaian 18 November 2013. 
  33. (Korea) Kim, Sung Win (14 Februari 2008). "빅뱅, '오리콘 차트' 이름 올리다 [Big Bang, meletakkan nama mereka di 'Carta Oricon']". Hankooki. http://sports.hankooki.com/lpage/music/200802/sp2008021407561495510.htm. 
  34. (Inggeris) "Big Bang Menandatangani Kontrak Peragaan Dengan FILA Korea". KBS Global. 8 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2012. http://archive.is/64n3. Capaian 18 November 2013. 
  35. 35.0 35.1 (Korea) Park Seoyoung (4 November 2008). "빅뱅 정규2집 ‘리멤버’ 선주문 20만장 넘었다! 8일 본격 활동개시". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?news_uid=271977. Capaian 18 November 2013. 
  36. (Korea) "Festival Muzik KM Mnet 2008". 8 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2010. http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://mkmf.mnet.com/2008/Intro/Intro.asp. Capaian 18 November 2013. 
  37. (Inggeris) Cho, Jihyun (15 Disember 2009). "2NE1 dipilih sebagai Artis Tahun Ini oleh Mnet)". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2009/12/178_57322.html. 
  38. (Korea) Kim, Hyung Woo (28 April 2009). "빅뱅-2NE1 ‘롤리팝’ 엠넷차트 4주연속 1위 기염 [Big Bang-2NE1 "Lollipop" M-Net 4-Week #1]". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200904281525541002. Capaian 6 Mei 2009. 
  39. (Jepun) "Single Ketiga Big Bang "Koe o Kikasete"". Chosun Online. 4 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. https://web.archive.org/web/20110722173847/http://www.chosunonline.com/entame/20091104000057. Capaian 14 November 2009. 
  40. (Jepun) Sekiguti, Ken (6 November 2009). "「おひとりさま」主題歌など人気急上昇BIGBANGの魅力をたっぷりと". RBB Today. http://www.rbbtoday.com/article/2009/11/06/63565.html. Capaian 26 November 2009. 
  41. (Jepun) "Oricon Style – MY HEAVEN/BIGBANG". Oricon. 18 Disember 2012. http://www.oricon.co.jp/music/release/d/821684/1/. Capaian 18 Oktober 2009. 
  42. (Jepun) "Oricon Style – ガラガラ GO!!/BIGBANG". Oricon. 9 Disember 2012. http://www.oricon.co.jp/music/release/d/824682/1/. Capaian 18 Oktober 2009. 
  43. (Jepun) "Oricon Style – BIGBANG(初回限定盤)/BIGBANG". Oricon. 5 Disember 2012. http://www.oricon.co.jp/music/release/d/828170/1/. Capaian 18 Oktober 2009. 
  44. (Inggeris) "Big Bang menyanyikan lagu pembukaan "Ohitorisama"". tokyograph.com. 14 Oktober 2009. http://www.tokyograph.com/news/big-bang-does-ohitorisama-opening/. Capaian 18 November 2013. 
  45. (Inggeris) "Big Bang Akan Menyanyikan Lagu Pembukaan untuk Drama Jepun". The Korea Times. 16 Oktober 2009. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2009/11/178_53692.html. Capaian 18 November 2013. 
  46. (Korea) "빅뱅, 데뷔 첫 일본 드라마 OST 참여". mydaily.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013. http://archive.is/hwtxm. Capaian 11 Januari 2010. 
  47. (Inggeris) Han, Sang-hee (16 Disember 2009). "Big Bang akan mengadakan Big Show pada Januari". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2010/02/178_57407.html. Capaian 11 Januari 2010. 
  48. (Inggeris) Han, Sang-hee (5 Januari 2009). "Kumpulan Idola Big Bang Akan Mengadakan 'Big Show". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/art/2009/09/201_37307.html. Capaian 11 Januari 2010. 
  49. (Korea) "日언론 “‘2관왕’ 빅뱅, 동방신기 따라잡을 기세”". Newsen. 31 November 2009. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200912311056561001. Capaian 11 Januari 2010. 
  50. (Korea) "빅뱅의 도발적인 유혹, ‘롤리팝 2’ 음원-TV CF 공개". YTN. 18 Februari 2010. http://newswire.ytn.co.kr/newsRead.php?md=A01&tm=1&no=457831. Capaian 21 Februari 2010. 
  51. (Korea) Hou, Jingjia (18 Februari 2010). "빅뱅 신곡 ‘롤리팝Pt.2’ 공개해보니···". KW News. http://www.kwnews.co.kr/nview.asp?s=801&aid=210021800168&t=. Capaian 21 Februari 2010. 
  52. 52.0 52.1 (Korea) "유인나, 한솥밥 YG 빅뱅 뮤비 ‘텔미 굿바이’ 출연". Joins. 20 Mei 2010. http://article.joinsmsn.com/news/article/article.asp?total_id=4184887&ctg=15. Capaian 20 Mei 2010. 
  53. (Inggeris) Hong, Lucia (22 November 2010). "Big Bang akam menerima pengiktirafan di Anugerah Rakaman Jepun". 10asiae. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2010. http://web.archive.org/web/20101126144842/http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=ent0&a_id=2010112211113414254. Capaian 18 November 2013. 
  54. (Korea) Cho, Sangwon (16 Mei 2010). "빅뱅-김연아-트랜스픽션 월드컵 응원가 ‘승리의 함성’ 공개". KW News. http://www.kwnews.co.kr/nview.asp?s=801&aid=210051500015&t=. Capaian 20 Mei 2010. 
  55. (Korea) Kim, Hyung Woo (21 Januari 2010). "탑, 빅뱅 단독공연서 솔로곡 깜짝 발표". Star News. http://star.mt.co.kr/stview.php?no=2010012109410130214&type=3. Capaian 21 Januari 2011. 
  56. (Inggeris) "G-Dragon dan Top akan melancarkan album duet pada Disember". KBS World. 30 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2012. http://archive.is/1Jnc. Capaian 20 Januari 2011. 
  57. (Jepun) "ビッグバン・東方神起、日本ゴールドディスク賞受賞 [BIGBANG & Tohoshinki menang Anugerah Cakera Emas Jepun]". Japan Joins. 25 Februari 2010. http://japanese.joins.com/article/article.php?aid=126622&servcode=700&sectcode=720. Capaian 25 Februari 2010. 
  58. (Inggeris) "Big Bang mencetuskan ledakan Korea di Anugerah Rakaman Jepun". Japan Today. 31 Disember 2009. http://www.japantoday.com/category/entertainment/view/korean-boom-hits-the-japan-record-awards-with-big-bang. Capaian 23 Februari 2011. 
  59. (Korea) "빅뱅'MTV 뮤직 어워드 재팬'3관왕 [Big Bang menerima "Mahkota Ganda Tiga" di Anugerah Muzik MTV]". iTimes. 30 Mei 2010. http://news.itimes.co.kr/news/articleView.html?idxno=1644. Capaian 30 Mei 2010. 
  60. (Korea) Kim, Hyung Woo (25 Ogos 2010). "빅뱅 25일 日 5번째 싱글 발표 ‘韓 아이돌 열풍 이끄나’". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201008251224461002. Capaian 20 Oktober 2010. 
  61. (Inggeris) Kim, Sunny (16 Disember 2010). "Konsert "2011 Big Show" Big Bang Akan Diadakan Pada Februari!". MTV Korea. http://www.mtvk.com/2010/12/06/big-bangs-concert-2011-big-show-to-be-held-in-february/. Capaian 23 Februari 2011. 
  62. (Korea) Lee, Soo-yeon (26 Februari 2011). "컴백 빅뱅, 엠넷 ‘빅뱅TV 라이브’ 전격 방송 ‘6곡 최초 공개’". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201102260848121002&search=title&searchstring=%EB%B9%85%EB%B1%85. Capaian 27 Februari 2011. 
  63. Kim, Sunny (2011-02-23). "Big Bang Dominates Korean Music Chart With An All Kill". MTV Korea. http://www.mtvk.com/2011/02/23/big-bang-dominates-korean-music-charts-with-an-all-kill/. Capaian 2011-03-03. 
  64. (Inggeris) Mrkic, Mike (26 Februari 2011). "Korean pop the next big thing?". Star Observer. http://www.starobserver.com.au/celebrity-2/2011/02/26/korean-pop-the-next-big-thing/45602. Capaian 27 Februari 2011. 
  65. (Korea) Kim, Sung (22 Februari 2011). "빅뱅, 예약 판매 서태지 넘었다 [Pesanan album Big Bang melebihi Seo Taiji]". Nate. http://news.nate.com/view/20110222n23443. Capaian 3 Mac 2011. 
  66. (Korea) Kil, Hyeseung (2 Mac 2011). "'첫방도 안한' 빅뱅, 컴백 6일만에 매출 '70억' [Big Bang peroleh 7 bilion won ketika jualan sebelum promosi rasmi]". Star News. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2011030210355042601&type=1&outlink=1. Capaian 3 Mac 2011. 
  67. (Korea) Cho, Euna-young (1 Mac 2011). "빅뱅, 오늘 음반판매 10만장 돌파..음원도 돌풍". Daum. http://media.daum.net/entertain/enews/view?cateid=1033&newsid=20110301090904462&p=poctan. Capaian 4 Mac 2011. 
  68. (Korea) "Big Bang di Carta Gaon". Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. 4 April 2011. http://gaonchart.co.kr/main/section/search/list.gaon?Search_str=%EB%B9%85%EB%B1%85&x=0&y=0. Capaian 4 April 2011. 
  69. (Korea) Lee, Eunji (16 April 2011). "빅뱅 '러브송' MV, 전세계 유튜브 점령…이틀만에 100만 클릭 [MV "Love Song" Big Bang mendapat dua juta tontonan dalam dua hari]". My Daily. http://www.mydaily.co.kr/news/read.html?newsid=201104161203371114. Capaian 16 April 2011. 
  70. (Jepun) "BIGBANG mempersembahkan LOVE&HOPE (Jelajah 'LOVE&HOPE' Bigbang menyatukan lebih 90,000 peminat)". YG Entertainment. 2 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2013. http://archive.is/MHV4y. Capaian 6 Mei 2011. 
  71. (Inggeris) VIC (20 Jun 2011). "Album Bahasa Jepun Ke-2 Big Bang Menerima Pensijilan Emas". bigbangupdates. http://bigbangupdates.com/2011/06/big-bangs-2nd-japanese-album-receives.html. Capaian 18 November 2013. 
  72. (Inggeris) "Album Bahasa Jepun Ke-2 Big Bang Menerima Pensijilan Emas". Korea.com. 20 Jun 2011. http://en.korea.com/blog/enter/k-pop/news-big-bang%E2%80%99s-2nd-japanese-album-receives-gold-certificate/. Capaian 18 November 2013. 
  73. (Inggeris) Edwina Mukasa (15 Disember 2011). "Bosan dengan pop Cowell? Cuba K-pop". The Guardian. http://www.theguardian.com/music/2011/dec/15/cowell-pop-k-pop. Capaian 18 November 2013. 
  74. (Inggeris) "Big Bang mendedahkan runut baru untuk album akan datang dan tarikh pelancarannya". allkpop.com. Februari 2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-new-track-from-upcoming-album-and-release-date. Capaian 18 November 2013. 
  75. (Korea) "빅뱅 새앨범 선주문 26만장 [Prapesanan album baharu Big Bang mencecah 260 ribu]". Nate. 27 Februari 2011. http://news.nate.com/view/20120228n02563?mid=e0102. Capaian 18 November 2013. 
  76. (Inggeris) "Big Bang mencapai all-kill". allkpop. 22 Februari 2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-dominates-music-charts-with-blue. 
  77. (Inggeris) "Big Bang melonjak ke tangga teratas carta muzik dengan lagu baharu mereka, "Blue"". Korea.com. http://en.korea.com/bigbang/news/big-bang-jumps-to-top-on-music-charts-with-its-new-song-%E2%80%9Cblue%E2%80%9D/. Capaian 22 Februari 2012. 
  78. (Inggeris) "MV "Blue" Big Bang memperoleh 8 juta tontonan, memenangi dua pingat emas 2 YouTube". allkpop. 27 Februari 2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bangs-blue-mv-draws-8-million-views-wins-2-youtube-gold-medals. 
  79. (Inggeris) "MV "Fantastic Baby" Big Bang Memeperoleh Dua Pingat Emas Di YouTube". allkpop. 16 Mac 2012. http://www.allkpop.com/2012/03/big-bangs-fantastic-baby-mv-earns-two-gold-medals-on-youtube. 
  80. (Inggeris) "Big Bang, 2NE1 dan Rainbow menduduki Tangga 5 Teratas di Carta Oricon". allkpop. http://www.allkpop.com/2012/03/big-bang-2ne1-and-rainbow-place-in-top-5-on-oricon-charts. Capaian 18 November 2013. 
  81. 81.0 81.1 (Inggeris) "Big Bang, 2NE1 mengungguli carta album iTunes di Jepun". allkpop. http://www.allkpop.com/2012/03/big-bang-2ne1-top-the-itunes-album-chart-in-japan. Capaian 18 November 2013. 
  82. (Inggeris) YGFAN25 (8 Januari 2013). "Album 'Alive' Big Bang menang dalam Anugerah Cakera Emas Jepun". bigbangupdates. http://bigbangupdates.com/2013/01/big-bangs-alive-wins-a-japan-gold-disc-award.html. Capaian 18 November 2013. 
  83. (Inggeris) "Big Bang menang dalam Anugerah TRL MTV Itali 2010". KpopStarz. 5 Mei 2012. http://www.kpopstarz.com/articles/7937/20120505/big-bang-wins-best-fan-at-2012-mtv-italy-trl-awards.htm. Capaian 18 November 2013. 
  84. (Inggeris) "Big Bang menang anugerah "Peminat Terbaik", Anugerah TRL MTV di MTV Itali". MTV Asia. 8 Mei 2012. http://www.mtvasia.com/news/big-bang-wins-best-fan-mtv-trl-award-in-italy/. Capaian 18 November 2013. 
  85. (Inggeris) "Daesung akan menyanyikan lagu asal dalam album solo pertamanya?? YG Entertainment melancarkan senarai runut". 30 Januari 2013. http://www.kpopstarz.com/articles/19895/20130130/daesung-to-cover-songs-in-his-solo-album-yg-entertainment-releases-tracklist.htm. Capaian 15 Januari 2014. 
  86. (Inggeris) Hong, Grace Danbi. "Big Bang akan mengadakan jelajah konsert 6 kubah di Jepun mulai bulan November". CJ E&M enewsworld. http://enewsworld.interest.me/enews/contents.asp?idx=37642. Capaian 5 Jun 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]