Yuri Zhirkov
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Yuri Valentinovich Zhirkov | ||
| Tarikh lahir | 20 Ogos 1983 (29 tahun) | ||
| Tempat lahir | Tambov, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet | ||
| Tinggi | 1.78 m (5 ka 101⁄8 in) | ||
| Posisi permainan | Sayap kiri, Pertahanan kiri | ||
| Maklumat kelab | |||
| Kelab terkini | Chelsea | ||
| Nombor | 18 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1997–2001 | Spartak Tambov | ||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 2001–2003 2004–2009 2009– |
Spartak Tambov CSKA Moscow Chelsea |
74 (26) 139 (15) 6 (0) |
|
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2005– | Rusia | 32 (0) | |
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21:25, 8 Ogos 2009 (UTC). † Kemunculan (Gol). |
|||
Yuri Valentinovich Zhirkov (lahir 20 Ogos 1983 di Tambov) adalah seorang pemain bola sepak untuk kelab Chelsea F.C. dan pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi sayap kiri. Zhirkov juga boleh bermain di keduudkan pertahanan kiri.
Zhirkov memulakan kerjanya dengan kelab Rusia, Spartak Tambov sebelum disambar oleh kelab CSKA Moscow. Zhirkov berjaya menarik perhatian Chelsea F.C. yang telah membelinya pada 6 Julai 2009 dengan harga £18 juta. Beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun. Sehingga kini, Zhirkov memegang rekod sebagai pemain Rusia paling mahal mengatasi rakan senegaranya yang lain seperti Andrei Arshavin (Arsenal F.C.), Roman Pavlyuchenko (Tottenham Hotspur F.C.) dan Diniyar Bilyaletdinov (Everton F.C.). Pada kemunculan sulungnya bersama Chelsea, Zhirkov telah menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang A.C. Milan dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi malang bagi Zhirkov, kecederaan lutut ketika aksi pra-musim memaksanya berehat sehingga suatu tempoh. Zhirkov masih belum membuat walau satu pun kemunculan dalam Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea F.C.Namun, pada musim 2009-10 beliau telah membuat kemunculan pertamanya di Liga Perdana Inggeris ketika Chelsea F.C. menang 2-1 menentang Fulham pada 27 disember.