Everton F.C.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Everton F.C. adalah kelab bola sepak Inggeris dari bandar Liverpool yang ditubuhkan pada tahun 1878. Gelaran kelab adalah The Toffees dan stadium kelab adalah Goodison Park yang mempunyai kapasiti sebanyak 40,269. Everton F.C. adalah antara kelab yang terbaik di England, iaitu dengan memegang rekod bilangan musim dalam liga utama bola sepak Inggeris paling banyak iaitu 107 musim, dan telah mengutip mata terbanyak di dalam liga utama bola sepak Inggeris berbanding kelab lain dalam sejarah. Peminatnya dikenali dengan gelaran Evertonian.
Kelab ini berasal dari jemaah Geraja Methodist St. Domingo bernama New Connexion, yang telah membina gereja di Liverpool pada tahun 1868. Setahun kemudian, gereja tersebut membeli tanah di Breckfield Road North, di antara St. Domingo Vale dan St. Domingo Grove. Tempat ini hampir dengan kawasan yang bernama Everton, yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada bandar Liverpool pada 1835.
[sunting] Skuad semasa
- Sehingga 15 Julai 2010: