Zahariz Khuzaimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zahariz Khuzaimah (34 tahun) adalah rakyat Malaysia yang telah berjaya menjadi pengembara solo mengelilingi dunia. Berdasarkan dua kejayaan beliau mengelilingi dunia, beliau diangkat sebagai ikon generasi muda. Dua laluan sebelum ini ialah laluan China hingga Russia dan di kawasan Artik meliputi negara Iceland, Scotland, Sweden dan Norway.

Dokumentasi kejayaan beliau tersiar di RTM1 dalam rancangan Lensa Kamera pada 24 September 2014. Dokumentari 'Dengan basikal Aku Menjelajah-Hidupku Seorang Nomad' disiarkan oleh TV AlHijrah turut memaparkan kejayaan solo itu.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zahariz Khuzaimah adalah bekas pensyarah sebuah kolej .Penjelajahan itu merupakan impiannya sejak kecil dan cabaran pertama merentasi dunia secara berbasikal lebih empat tahun. Banyak kawasan serta negara telah disinggahinya seperti Gurun Taklamakan , Pergunungan Tian Shan di China, Tibet, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Iceland, Scotland, Sweden dan Norway.

Beliau sanggup berkelana di rantau orang sendirian, berjauhan dengan keluarga, masakan Melayu dan kehidupan selesa di rumah demi merealisasikan impiannya.Beliau seorang jurugambar dan pembikin filem.Beliau sanggup meninggalkan zon selesa di rumah dan rutin kehidupan harian untuk mengembara di seluruh dunia. Tujuannya untuk menimba pengalaman yang tidak ternilai harganya. Jalan raya sebagai ‘rumah’nya

Berbasikal solo 1[sunting | sunting sumber]

Hello.....Pengembaraan Zahariz Khuzaimah bermula di Litang, Chengdu,selatan China pada Mei 2010 menuju ke Omsk di bahagian tengah Rusia sejauh 10,000 kilometer. Pada 10 Mei 2010, Mohd Yasin Mohd Salleh selaku Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan membuat pelepasan simbolik kepada Zahariz Khuzaimah yang membuat kayuhan sejauh 10,000 kilometer di Putrajaya. Penjelajahan selama tujuh bulan itu membabitkan jalan darat merentasi lembah paling dalam di dunia, Tiger Leaping Gorge di Yunan termasuk merentasi Tibet dan Banjaran Himalaya iaitu kawasan tertinggi di dunia. [1]

Beliau turut menawan Pamir, sempadan China dan Kyrgyzstan untuk merasai sendiri kehidupan sebagai seorang nomad. Nomad mengikut Kamus Dewan bermaksud kaum yang berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat lain untuk mencari padang ternak, makanan dan sebagainya.

Malaysian Nomad[sunting | sunting sumber]

Majlis pelepasan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Jamil Salleh dan Pengurus Hal Ehwal Semasa TV AlHijrah, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin. Zahariz dijangka mengayuh basikal dengan muatan seberat 60 kilogram sejauh 29,000 kilometer di 19 buah negara dalam tempoh 30 bulan.Beliau akan menempoh gunung-ganang, bukit-bukau, kawasan pedalaman serta kawasan yang tiada penerimaan talian telefon.

Menjadi seorang nomad membuatkan dirinya tidak mampu mengukur waktu mengikut minit, jam, hari dan minggu bagi menamatkan kayuhan.Beliau dapat merasai tahap kesukaran ketika melalui bentuk muka bumi yang pelbagai, kelajuan angin serta perubahan cuaca. Oleh itu beliau namakan projek barunya sebagai 'Malaysian Nomad' iaitu untuk menakluk tujuh benua dunia yang mana pengalaman berharga itu diharap dapat dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia. Selain itu dapat menghasilkan dokumentari perjalanannya, mengadakan pameran foto dan berkongsi pengalaman melalui program motivasi yang akan diadakan di sekolah serta organisasi korporat.

Beliau menyiapkan kertas kerja untuk mencari penaja bagi tempoh 12 tahun.Antara penaja beliau ialah Fuel Athletics, Kedutaan Norway dan Kolej Poly-Tech Mara dan Kementerian Belia dan Sukan. [2] Pada 7 Mac 2014, Menterinya Khairy Jamaluddin meletakkan pita pelekat KBS di beg kepunyaan Zahariz Khuzaimah pada Majlis pelepasan Pengembaraan Solo Berbasikal di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Berbasikal solo ke-3 bermula dari Mongolia hingga Sepanyol mengambil masa lebih dua tahun. Beliau mengembara dari satu sudut benua Asia hingga ke hujung benua Eropah.Siri pengembaraan itu juga akan dirakamkan sendiri oleh Zahariz untuk disiarkan dalam rancangan 'Dengan basikal Aku Menjelajah Musim 2-Hidupku Seorang Nomad' di TV AlHijrah. [3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]