Zaiton Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zaiton Abdullah
Zaitonabdullah01.jpg
Gambar dalam filem Anakku Sazali
Kelahiran Zaiton Abdul Hamid
2 April 1937 (77 tahun)
Tahun aktif 1955 - 1971
Pasangan Abdullah Alkaff
Anak 5
Anugerah Festival Filem Asia ke-3 - Pelakon Pembantu Terbaik (Hang Tuah)

Zaiton Abdullah (lebih dikenali sebagai Zaiton), adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau adalah heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Roseyatimah dan Sarimah.

Dilahirkan pada 2 April 1937 (77 tahun) . Berasal dari di Changi Road, Singapura.

Filem Hang Tuah (1955) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.

Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.

Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem Kacha Permata dan Aksi Kucing pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu Raja Bersiong pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.

Filem[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Album EP TRC1066 rakaman Zaiton Abdullah bersama penyanyi S. Jibeng

Zaiton Abdullah pernah merakamkan piring hitam bersama penyanyi S. Jibeng dengan judul EP TRC1066. Antara lagu yang terkandung di dalamnya adalah:-

  • S. Jibeng & Zaiton Abdullah - Janji Palsu
  • Zaiton Abdullah - Azam dan Azab-ku
  • S. Jibengs - Che Ainon Janda Muda
  • S. Jibeng- Mengapa-lah Hidup-ku

Pautan luar[sunting | sunting sumber]