İsmet İnönü

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Millî Şef (Yang Terutama)
İsmet İnönü
Inonu Ismet.jpg
Presiden Turki ke-2
Dalam jawatan
11 November 1938 – 27 May 1950
Perdana MenteriCelal Bayar
Refik Saydam
Ahmet Fikri Tüzer
Şükrü Saracoğlu
Recep Peker
Hasan Saka
Şemsettin Günaltay
Didahului olehMustafa Kemal Atatürk
Digantikan olehCelal Bayar
Perdana Menteri Turki Pertama
Dalam jawatan
20 November 1961 – 20 Februari 1965
PresidenCemal Gürsel
Didahului olehEmin Fahrettin Özdilek
Digantikan olehSuat Hayri Ürgüplü
Dalam jawatan
4 Mac 1925 – 25 Oktober 1937
PresidenMustafa Kemal Atatürk
Didahului olehAli Fethi Okyar
Digantikan olehCelal Bayar
Dalam jawatan
30 Oktober 1923 – 22 November 1924
PresidenMustafa Kemal Atatürk
Didahului olehAli Fethi Okyar (sebagai Perdana Menteri Perhimpunan Kebangsaan Agun g)
Digantikan olehAli Fethi Okyar
Ketua Parti Rakyat Republik ke-2
Dalam jawatan
10 November 1938 – 8 Mei 1972
Didahului olehMustafa Kemal Atatürk
Digantikan olehBülent Ecevit
Ketua Turus Am Turki
Dalam jawatan
20 Mei 1920 – 3 Ogos 1921
Didahului olehJawatan kedua ditubuhkan
Digantikan olehFevzi Çakmak
Menteri Luar Negeri Turki
Dalam jawatan
26 Oktober 1922 – 21 November 1924
Perdana MenteriRauf Orbay
Ali Fethi Okyar
Didahului olehYusuf Kemal Tengirşenk
Digantikan olehŞükrü Kaya
Butiran peribadi
LahirMustafa İsmet
(1884-09-24)24 September 1884
İzmir, Vilayet Aidin, Empayar Uthmaniyah
Meninggal dunia25 Disember 1973(1973-12-25) (umur 89)
Ankara, Turki
Sebab kematianSerangan jantung
Tempat persemadianAnıtkabir, Ankara
KerakyatanTurki
Parti politikParti Rakyat Republik
PasanganMevhibe İnönü
Anak-anak4, termasuk Erdal İnönü
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Uthmaniyah (1903–1920)
 Turki (1920–1926)
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Turki Tentera Darat Turki
PangkatJeneral
PertempuranPerang Dunia Pertama
Perang Kemerdekaan Turki

Mustafa İsmet İnönü (sebutan Turki: [isˈmet ˈinœny]; 24 September 1884 – 25 December 1973) merupakan seorang jeneral tentera[1] dari Turki yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut kedua dari 10 November 1938 sehingga 27 Mei 1950.

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

İsmet İnönü lahir di İzmir, Vilayet Aidin; ayahnya Hacı Reşit merupakan seorang pegawai dalam Kementerian Perang Kerajaan Uthmaniyah[2] berbangsa Kurdi manakala ibunya Cevriye berbangsa Turki.[3][4][5][6][7]

Kerjaya dalam tentera Uthmaniyah[sunting | sunting sumber]

Beliau lulus Sekolah Kejuruteraan Tentera Imperial (Mühendishane-i Berrî-i Hümâyûn) dengan pangkat pegawai senjata pada tahun 1903 serta ditugaskan dalam Tentera Uthmaniyah. Beliau turut menyertai Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan, suatu badan rahsia yang memperjuangkan pembaharuan cermatan atau dasar pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, İsmet ke Constantinople (kini Istanbul) di mana beliau diberikan tugasan sebagai Naib Setiausaha Kementerian Perang dan Setiausaha Pencatitian Majlis Tentera Uthmaniyah.

Constantinople dikepung oleh pihak British pada 16 Mac 1920 serta disusuli beberapa tindakan yang melemahkan kerajaan Uthmaniyah sehingga Sultan Uthmaniyah dijadikan seakan pemerintah boneka British. Atas rasa tidak senang inilah İsmet memutuskan berpaling tadah menyertai gerakan nasional Turki di Anatolia.

Keterlibatan dalam gerakan nasionalis dan Republik Turki[sunting | sunting sumber]

Setelah Perang Kemerdekaan dimenangi pihak Republik, İsmet dilantik sebagai ketua perunding delegasi Turki dalam urusan antara mereka dan pihak-pihak Barat; salah satunya Perjanjian Lausanne 1922 di mana syarat baru digubal bertujuan untuk menggantikan kandungan termaktub dalam Perjanjian Sèvres - Inönü mengukuhkan pendirian Republik Turki dengan sangat tegasnya bagi pihak Repuyblik sehingga sengaja tidak mahu mendengar bicara berkaitan kerajaan Uthmaniyah oleh pihak-pihak asing.[8]

Kerjaya pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Ismet dilantik sebagai Perdana Menteri Republik Turki oleh Mustafa Kemal Atatürk untuk mengetuai pemerintahan ekapartinya di bawah Parti Rakyat Republik. Beliau banyak me

Sebagai Presiden[sunting | sunting sumber]

Beliau mengambil alih jawatan Presiden Republik berikutan kematian Atatürk pada 10 November 1938.[9] Pada tempoh ini, beliau membuka keterlibatan politik yang lebih meluas melalui pengenalan sistem berbilang parti.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Disember 1973 ketika berusia 89 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah tapak berdekatan makam Atatürk di Anıtkabir, Ankara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TSK Genel Kurmay Baskanlari
  2. ^ T.C. Genelkurmay Harp Tarihi Başkanlığı Yayınları, Türk İstiklâl Harbine Katılan Tümen ve Daha Üst Kademlerdeki Komutanların Biyografileri, Genkurmay Başkanlığı Basımevi, Ankara, 1972. (dalam bahasa Turki)
  3. ^ N. Pope, H. Pope, Turkey Unveiled: A History of Modern Turkey, Overlook Press, 1998, ISBN 1-58567-096-0, ISBN 978-1-58567-096-3, p.254 (... president of republic, including Ismet Inönü and Turgut Özal, had Kurdish blood. Several cabinet ministers in 1980s and 1990s had been Kurdish...) – reference found in Turkish Wikipedia article
  4. ^ Romano, David, The Kurdish nationalist movement: opportunity, mobilization, and identity, (Cambridge University Press, 2006), 118; Despite his own Kurdish ancestry, Inonu had apparently embraced Ziya Gokalp's notions of Turkism, which allowed him to advance to the highest post of the new republic.
  5. ^ Erik Jan Zürcher, "The Young Turks – Children of the Borderlands?" di Wayback Machine (diarkibkan pada 12 January 2008) (October 2002)
  6. ^ Riza Nur (1992). Hayat ve Hatıratım: Rıza Nur-İnönü kavgası, Lozan ve ötesi (dalam bahasa Turki). İşaret Yayınları. m/s. 235. Demek İsmet Kürttür. Hem de koyu Kürt! Biz bu heyetin başından Abaza diye Rauf’u attırdık. Türk diye bir halis Kürt getirmişiz, vah yazık! 
  7. ^ "Even Ismet Inonu, Ataturk's long time ally and successor, was discouraged from revealing his Kurdish heritage.", Nader Entessar, "The Kurdish Mosaic of Discord", Third World Foundation, Third World Quarterly, Vol. 11, No. 4, Ethnicity in World Politics (Oct. 1989), Carfax Publishing Co., 1989, p. 93.
  8. ^ Cleveland, William L.; Bunton, Martin P. (2013). A History of the Modern Middle East. Boulder: Westview. 
  9. ^ Nicole Pope and Hugh Pope, Turkey Unveiled: A History of Modern Turkey (New York: The Overlook Press, 2004) p. 68.