10 Downing Street

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nombor 10 Downing Street
10 Downing Street. MOD 45155532.jpg
Maklumat umum
Gaya seni bina Georgian
Bandar atau pekan Kota Westminster
London, SW1
Negara United Kingdom
Koordinat 51°30′12″N 0°07′40″W / 51.503396°N 0.127640°W / 51.503396; -0.127640Koordinat: 51°30′12″N 0°07′40″W / 51.503396°N 0.127640°W / 51.503396; -0.127640
Penyewa semasa
Pembinaan bermula 1682; 334 tahun yang lalu (1682)
Disiapkan pada 1684; 333 tahun dahulu
Reka bentuk dan pembinaan
Arkitek Kenton Couse

10 Downing Street, dikenali juga di kalangan masyarakat tempatan sebagai Number 10, adalah ibu pejabat Kerajaan United Kingdom serta kediaman dan pejabat rasmi bagi Tuan Perbendaharaan Pertama negara tersebut (yang turut dipegang oleh Perdana Menteri sejak tahun 1905).

Bangunan yang terletak di Downing Street, Kota Westminster, London ini berusia lebih 300 tahun dan mengandungi kira-kira 100 buah bilik. Kediaman peribadi menduduki lantai ketiga dan ada dapur di ruang bawah tanah. Tingkat-tingkat yang lain mempunyai pejabat dan bilik-bilik bagi fungsi persidangan, penerimaan, duduk dan makan di mana Perdana Menteri melakukan kerja-kerjanya, dan di mana para menteri kerajaan serta pemimpin-pemimpin negara dan orang kenamaan asing akan dilayan. Di belakang bangunan pula adalah halaman dalaman serta teres yang menghadap ke taman seluas 0.5 ekar (2,000 meter persegi). Bangunan ini terletak bersebelahan Taman St James di mana ia berdekatan dengan Istana Buckingham yang merupakan kediaman rasmi Raja atau Ratu Britain di London serta Istana Westminster, tempat perjumpaan ahli kedua-dua dewan Parlimen British.

Bangunan ini juga seringkali menjadi tempat berkumpul para penunjuk perasaan kerana fungsinya sebagai simbol kerajaan British. Emmeline Pankhurst dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain dari gerakan suffragette menyerbu Downing Street dalam tahun 1908;[1] terdapat juga perarakan membantah Perang Vietnam hadir di sana pada tahun 1960-an, serta juga kegiatan yang sama ketika -Perang Iraq dan Afghanistan pada tahun 2000-an. Bangunan Nombor 10 juga turut menjadi persinggahan wajib para pelancong yang bersiar-siar di London, biasanya sebagai tempat bergambar.

Sejarah bangunan[sunting | sunting sumber]

Nombor 10 Downing Street pada asalnya merujuk kepada tiga buah bangunan: sebuah rumah agam di hadapan Taman St James dipanggil "the House at the Back" ("Rumah Belakang"), sebuah rumah kecil di belakang rumah itu serta sebuah kotej. "Rumah di Belakang" merupakan rumah yang terbesar di antara tiga rumah yang digabungkan sebagai bangunan Nombor 10, dibina sekitar tahun 1530 sebelah Istana Whitehall. Ia asalnya merupakan salah satu dari beberapa bangunan dipanggil Cockpit Lodgings ("Rumah Tumpang Ayam") kerana setiap satu darinya mempunyai binaan tambahan bersegi lapan yang digunakan sebagai tempat menyabung ayam. Pada awal abad ke-17, bangunan ini telah ditukarkan menjadi dewan konsert dan teater. Setelah berlakunya Revolusi 1688 pula, beberapa persidangan kabinet rahsia turut diadakan di sana.[2]

Pintu pagar di hadapan jalan masuk Downing Street

"Rumah" ini selama bertahun-tahun dihuni Penjaga Istana Whitehall bernama Thomas Knevett yang terkenal atas penangkapan Guy Fawkes serta penggagalan plot Fawkes membunuh Raja James VI dan I. Pada tahun sebelumnya, Knevett berpindah ke sebuah rumah yang berdekatan, yang dianggarkan merupakan lokasi Nombor 10 pada hari ini.[3][4]

Pada asalnya, tidak banyak Tuan-tuan Bendahara yang memilih untuk hidup di bangunan Nombor 10 ini kerana mereka juga memiliki rumah-rumah yang lebih besar dan megah berbanding dengan bangunan tersebut. Mereka biasanya akan meminjamkan rumah ini kepada orang-orang tertentu sebagai ganjaran, meskipun pemilikan rumah ini hanyalah sementara sahaja - sama ada ia dipinjamkan kepada Canselor Perbendaharaan, pegawai bawahan mahupun sahabat handai dan saudara mara mereka.[5][6][7][8][9][10] Tambahan lagi, bangunan Nombor 10 pada ketika itu berada dalam keadaan yang uzur - asas rumah tersebut berisiko tenggelam kerana pembinaannya di atas tanah lembut, lantainya berjongket serta dinding dan serombongnya banyak yang retak; justeru banyak kerja pembaikkan yang sering kali dilakukan di sana (Lihat "Kent's Treasury and No. 10, Downing Street, circa 1754).[11]

Ketika Arthur James Balfour menjadi Perdana Menteri pada tahun 1902, beliau telah memegang kedua-dua tugas sebagai Tuan Pebendaharaan dan Pemimpin Dewan Rakyat, bahkan dia sudahpun menghuni rumah tersebut. Balfour menghidupkan semula Nombor 10  kediaman rasmi Perdana Menteri dan amalan tersebut kekal sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, telah ada banyak kali ketika Perdana Menteri telah secara tidak rasminya hidup di tempat lain atas sebab-sebab yang perlu. Winston Churchill misalnya begitu sayangkan bangunan tersebut namun dia terpaksa mendiami bunker yang bersambung pada bangunan itu atas faktor keselamatan beliau semasa Perang Dunia Kedua, bahkan beliau jarang tidur di bilik bawah tanah di Bilik Perang Kabinet.[12] Meskipun begitu, beliau tekad memasuki dan meninggalkan bangunan itu pad waktu-waktu tertentu untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaannya berfungsi dengan lancar.[13] Semasa tempoh perkhidmatan kedua Harold Wilson dari tahun 1974 hingga 1976, beliau tinggal di rumahnya di Lord North Street kerana isterinya Mary Wilson mahukan "rumah yang sebenar-benarnya".[14] Walau bagaimanapun dia tetap bekerja di sana, mengadakan pertemuan serta menghiburkan tetamu di Ruang Makan Negeri.

Nota-nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Minney, pp. 333–334
  2. ^ Minney, p. 23.
  3. ^ Jones, pp. 16–18.
  4. ^ Minney, pp. 23–24.
  5. ^ Minney, p. 29.
  6. ^ Jones, p. 52.
  7. ^ Minney, pp. 173 and 179.
  8. ^ British History Online, Letter (B.M. Addl.
  9. ^ Bolitho, p. 116.
  10. ^ At the end of the 19th century, Lord Salisbury lived in his house on Arlington Street and the Cecil estate Hatfield House.
  11. ^ fig52, british-history.ac.uk
  12. ^ Holmes, pp. 106–107
  13. ^ Minney, p. 409.
  14. ^ Jones, p. 156.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]