2 by 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2 by 2
Kumpulan 2 by 2.jpg
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop retro
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1996 - 2000
Syarikat rakaman
Suria Records
Kegiatan berkaitan
Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, Mazleela, Anis Suraya
Bekas ahli Zul
Halim
Man
Faizal

Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan 2 By 2 pernah popular suatu masa dulu dengan lagu Mawarku yang didendangkan bersama-sama penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu Mawarku pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.[1]

Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran. Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.

Bagaimanapun ketika album ketiga mereka dikeluarkan, mereka terbabit dengan kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja.

Selepas pengeluaran album ketiga, kumpulan 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai. Bahkan penyanyi utamanya, Zul telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.

Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Ali Khan. Sementara itu dua anggota kumpulan ini, Faizal dan Man lebih senang menguruskan perniagaan mereka di luar Kuala Lumpur.

Selepas itu mereka masih menghasilkan 23 album, iaitu album The Best of 2 By 2 (2001) dan album Mawar Mawar Ku (2007).

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Zulkefli Majid (Zul) [2]
  • A Halim Mamat (Halim) [3]
  • Man
  • Faizal

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album

  1. Album Rindu (1996)
  2. Album Pak Pung Pak Mustafe (1997)
  3. Album Juwitaku (1998)
  4. Album The Best of 2 By 2 (2001)
  5. Album Mawar Mawar Ku (2007)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Tragedi Tenda Biru - duet Liza Hanim
  2. Amoi-Amoi
  3. Tanda Kasih - duet Noraniza Idris
  4. Jangan Engkau Berjanji
  5. Siapa Dia Sebelum Daku - duet Anis
  6. Suraya
  7. Simalakama
  8. Seiring Sejalan - duet Asha Malik
  9. Kau Selalu Di Hatiku - duet Maz
  10. Jangan Tunggu Lama-Lama
  11. Ingin Tahu - duet Candy
  12. Jangan Main Asmara - duet Asha Malik
  13. Selendang Sayang - duet Liza Hanim
  14. Nostalgia Cinta - duet Maz & Anis Suraya
  15. Juwitaku (Semarak Hati) - duet Anis
  16. Suraya
  17. Anak Zaman Ini
  18. Bukan Jodoh Kita
  19. Dunia Belum Kiamat
  20. Gubahan Ku
  21. Kau Tetap Di Hati
  22. Lagu Gembira
  23. Mawar Ku - duet Siti Nurhaliza
  24. Menanti Kehadiran
  25. Pak Pung Pak Mustafe
  26. Rindu
  27. Siapa Dia Sebelum Aku
  28. Tiga Malam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]