Anis Suraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Hanez Suraya dan Hanie Soraya.
Rencana ini adalah mengenai Anis Suraya. Untuk album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album, sila lihat Anis Suraya (album).
Anis Suraya
Latar belakang
Nama lahir Tengku Ani Soraya binti Tengku Sulaiman
Juga dikenali sebagai Anis Suraya
Kelahiran 18 Disember 1980 (35 tahun)
Kuala Terengganu, Terengganu Terengganu, Malaysia
Genre Pop, R&B, Balada
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1998 - 2004
Label Suria Records
Kegiatan berkait Shawn Bahrin, 2 by 2, Liza Hanim, Noraniza Idris, Mazleela, Aqasha

Tengku Ani Soraya binti Tengku Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Anis Suraya (lahir 18 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang artis rakaman di Suria Records, bersama-sama dengan Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Mazleela.

Beliau merupakan adik kepada penyanyi Shawn Bahrin dan juga bekas finalis rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 pada 1996.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1998 - 2002: Album pertama, kedua dan kejayaan komersial awal[sunting | sunting sumber]

Selepas menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan, Anis Suraya menerima lamaran daripada Adnan Abu Hassan yang pada masa itu merupakan Pengurus A&R di Suria Records dan menawarkannya kontrak rakaman penuh. Hasilnya, pada 1998, beliau muncul dalam album kumpulan 2 by 2, Juwitaku di mana beliau menyumbangkan tiga lagu dengan salah satunya menampilkan Mazleela.

Pada 1 Februari 1999, album pertama Anis yang menggunakan namanya sebagai tajuk album menjengah di pasaran. Single pertama album ini, Cinta Tersimpul Rapi telah menaikkan nama beliau sekaligus menempa nama dalam dunia seni suara tanah air.

Selepas berjaya dengan album pertamanya, Anis melancarkan album keduanya, Getaran Cinta pada 28 Februari 2000.

2002 - 2005: Album ketiga dan bersara[sunting | sunting sumber]

Dua tahun selepas album kedua, Anis Suraya muncul kembali menerusi album Suara Hati pada 1 April 2002, single pertama album ini, Hadirnya Dirimu yang menampilkan duet beliau bersama Aqasha. Selepas tujuh tahun membina nama sebagai penyanyi, Anis memilih untuk bersara daripada kerjaya muziknya selepas kontraknya bersama Suria Records tamat.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu duet[sunting | sunting sumber]

2 BY 2 - JUWITAKU (1998)[sunting | sunting sumber]

  1. Siapa Dia Sebelum Daku (duet bersama 2 by 2)
  2. Nostalgia Cinta (duet bersama 2 by 2 & Mazleela)
  3. Juwitaku (Semarak Hati) (duet bersama 2 by 2)

2 BY 2 - THE BEST OF 2 BY 2 (2001)[sunting | sunting sumber]

  1. Memori Duka (duet bersama 2 by 2)

Puteri Jelmaan (Liza Hanim - 1999)[sunting | sunting sumber]

  1. Rindu Datang Bertamu (duet bersama Liza Hanim)

Album kompilasi (bersama artis-artis lain)[sunting | sunting sumber]

SRIKANDI (1999)

  1. CINTA TERSIMPUL RAPI (TRACK 2)
  2. SETIAP NAFASKU KERNAMU (TRACK 7)

Gema Hari Raya (2000)[sunting | sunting sumber]

  1. Bersabarlah Sayang
  2. Aidilfitri Di Alaf Baru (bersama Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim & New Boyz)

SRIKANDI 2 (2002)

  1. SELAMILAH HATI INI (TRACK 4)
  2. HADIRLAH (TRACK 8)

Bintang Hati (2005)[sunting | sunting sumber]

  1. Permata

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]