Pergi ke kandungan

6ixth Sense (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
6ixth Sense
Juga dikenali
sebagai
Tirta
AsalKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop / Rock / Emo
Tahun aktif2005–kini
Syarikat rakamanRumpun Records
Anggota semasaAdi
Gjie
Wan
Ayoy
Athan
Bekas anggotaAirbone
Pautan berkaitan
Pautan lainSpotify: 5AUIOCOwfhbmaASDMPjvhw Apple Music: 440017300 Deezer: 519800 Last.fm: 6ixth+Sense MusicBrainz: 316280cb-6835-45a0-9bc1-e87834062c5b Discogs: 1780540 AllMusic: mn0002672681
Facebook: 6ixthsense X: 6ixthsenseband Instagram: 6ixthsenseofficial YouTube (pengguna): 6ixthsenseofficial YouTube: UC14VnOFQ1HyTf4Q5Q77mHVA Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

6ixth Sense merupakan kumpulan gitar rancak yang dianggotai oleh 5 anak muda asal Malaysia dan Indonesia yang mula aktif di persada seni Nusantara sejak 2005. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tirta di Indonesia. Ia diasaskan oleh Mujahid Abdul Wahab, Mohd Khairil Azrin dan Jeff Hazimin Jaafar, bernaung dibawah syarikat Rumpun Records Sdn Bhd. Kemudian syarikat ini menjadi penasihat A&R Universal Music Malaysia. Kumpulan ini juga telah mendapat sentuhan dari AnR terkemuka Malaysia iaitu saudara Arab. Sejak pengeluaran album pertama pada 2006, kumpulan ini telah berjaya menjual lebih 100,000 unit album fizikal dan lebih 2 juta muat turun secara digital menerusi 4 buah album studio mereka. Kumpulan ini disifatkan sebagai antara artis dengan jualan album terbaik di rantau ASEAN pada lewat 2000an dan awal 2010an. Mereka telah memenangi trofi di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010.

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada enam orang iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safwan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (AirBone) selaku pemain gitar irama yang kemudiannya digantikan dengan Shahrul Effendy (Athan) pada tahun 2007, Mohd Fairos (Ayoy) selaku pemain bass, dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia. Sebelum Adi menjadi vokalis, ada dua lagi vokalis yang telah mencuba untuk menjadi solo kepada kumpulan ini namun tidak bertepatan dengan kehendak band.

Kumpulan ini menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik, malah mereka dinamakan sempena tajuk filem arahan M. Night Shyamalan. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.

Para peminat 6ixth sense biasa di sebut dengan 6ixth lovers. Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.

Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.

Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album pertama mereka iaitu Hari Ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan ini yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, ‘Hari Ini Dan Semalam’ sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut berada di tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk ‘Maafkanku’, ‘Berjanjilah’, ‘Seandainya’, ‘Mama Papa’, ‘Pesona’ dan ‘Pawana’.

Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.

Ahli Sekarang

[sunting | sunting sumber]
  • Adi- penyanyi utama, gitar irama, piano (2005-sekarang)

Adi Priyo Sambodo merupakan penyanyi utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Jember, Indonesia. Beliau lahir pada 1 Oktober 1983 (umur 43). Antara lagu ciptaanya adalah seperti Khatimah Cinta dan Hikayat Cinta.

  • Gjie Arlis - gitar utama (2005-2020), backing vokal (2005-2020, 2022-sekarang), keyboard (2022-sekarang; hiatus 2020-2022)

Mohd Faiz Azizi Arlis merupakan gitaris utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 23 November 1985 (umur 40). Antara lagu yang diciptanya adalah seperti Tanpa, Maafkanku dan Kelam. Pada tahun 2020, disebabkan jadual terlalu padat dengan pekerjaan di stesen radio serta mengurus rumah tangga pada waktu PKP, Gjie membuat keputusan untuk berehat seketika dari 6ixth Sense. Atas ketiadaannya pada waktu itu, Harry menggantikan tempatnya sebagai pemain gitar utama. Pada tahun 2022, Gjie kembali, tetapi sebagai pemain keyboard, bukan lagi pemain gitar utama.

  • Athan- gitar irama (2007-sekarang), backing vokal (2024-sekarang)

Shahrul Effendy, lahir 22 April 1982, merupakan ahli terbaru 6ixth Sense yang menggantikan Airbone di posisi gitar kedua sejak tahun 2007. Beliau menggantikan Airbone sejak Airbone menyatakan hasratnya untuk menarik diri selepas penghasilan album kedua mereka. Dikhabarkan Atan akan bersama 6ixth Sense untuk album ketiga dan seterusnya nanti. Atan yang sebelum ini memang telah lama mengenali anggota 6ixth Sense dan sentiasa mengikuti persembahan kumpulan itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk menyerasikan diri dalam kumpulan tersebut malah mereka telah berkawan rapat.

  • Wan - dram, gendangan (2005-sekarang)

Mohd Safwan Hasnan merupakan pemain dram 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 25 April 1987 (umur 39). Antara lagu yang diciptanya adalah Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa

  • Ayoy- bass (2005-sekarang)

Mohd Fairos Ramli merupakan pemain bass 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 31 Julai 1985 (umur 41).

  • Harry- gitar utama (2020-sekarang)

Mohd Zairul Azreen Shah Bakhari, lahir 1990, merupakan ahli 6ixth Sense yang terbaru selepas Gjie berehat daripada kumpulan tersebut buat seketika waktu pada tahun 2020 dan Harry menjadi pemain gitar utama sejak itu.[1]

Bekas Ahli

[sunting | sunting sumber]
  • AirBone- gitar irama (2005-2007)

Mohd Azmi Yahaya merupakan bekas pemain gitar 6ixth Sense. Beliau berasal Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 15 Disember 1985 (umur 40). Beliau telah menyatakan hasrat untuk menarik diri sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Tempat yang dikosongkan oleh AirBone kini diganti oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dikenali sebagai Athan.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Hari Ini dan Semalam
  2. Maafkanku
  3. Hikayat Cinta
  4. Tak Bisa Memilihmu
  5. Begitu Indah (Cinta)
  6. Tanpa
  7. Rayuan Gombal
  8. Dari Hati
  9. Cinta Sejati
  10. Pesona
  11. Kasih Sayang
  12. Cinta Yang Sempurna - duet bersama Noe (Letto)
  13. Khatimah Cinta
  14. Mimpi Sepi (OST Filem Gadoh 2009)
  15. Yang Sempurnakanku
  16. Menyesal
  17. Sepi
  18. Cinta Matiku (OST Hani)
  19. Pemilik Hati
  20. Penerang Hati - duet bersama Saujana
  21. Seribu Jelingan - duet bersama Wann
  22. Altar Cinta
  23. Bukan Milik Kita
  24. Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
  25. Sebuah Maksud (OST Aku Isterinya)
  26. Manisnya Cinta (OST Manisnya Cinta Di Cappadocia)
  27. 7 Kali Malam Minggu
  28. Indah Bersanding

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ F8Buzz (2022-12-20), 6ixth Sense Tak Pernah Buat Konsert, Tapi 1200 Tiket Habis Dijual Untuk Konsert 7 Belas!?, dicapai pada 2026-05-11{{citation}}: CS1 maint: numeric names: authors list (pautan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]