Adi Priyo Sambodo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adi Priyo Sambodo
Juga dikenali sebagai
Adi 6ixth Sense
Kelahiran (1983-10-01) 1 Oktober 1983 (umur 40)
Jember, Indonesia
GenreHard rock, pop rock
PekerjaanPemuzik, penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu, penerbit rakaman
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
6ixth Sense Production
Pengkarya berkait
6ixth Sense, Manusia Putih

Adi Priyo Sambodo (lahir 1 Oktober 1983) ialah seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu dan penerbit rakaman Indonesia Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik gabungan Malaysia Indonesia, 6ixth Sense.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adi dilahirkan pada 1 Oktober 1983 di Kabupaten Jember, Indonesia. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia dan menerima taraf penduduk tetap negara ini.

Beliau berkahwin dengan Natasha Januari pada 2016.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

6ixth Sense[sunting | sunting sumber]

Adi merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense sewaktu penubuhannya pada 2005. Beliau menjadi ahli tetap kumpulan ini dan bertanggungjawab mengarang dan menulis kebanyakan lagu untuk kumpulan ini.[4]

Manusia Putih[sunting | sunting sumber]

Selain 6ixth Sense, Adi ialah salah seorang ahli kumpulan Manusia Putih. Manusia Putih pada awalnya ialah nama pena Adi yang dikenali kerana mencipta lagu "Kisah Hati" nyanyian Alyah. Kumpulan ini juga telah mencipta dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi lain.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

6ixth Sense[sunting | sunting sumber]

Secara solo[sunting | sunting sumber]

2017 - Pinjamkan Hatiku - duet bersama Ayda Jebat (OST Pinjamkan Hatiku)

2019 - Aku Cinta Mati

2021 - Farfalla

2021 - Cintai Aku (OST Kekasih Hati Mr BodyGuard)

2022 - Rinduku Ini (OST Kerana Aku Isteri Bidaan)

2023 - Tulus - duet bersama Nabila Razali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adi sukses jadi penyanyi di Malaysia Antara News (24 September 2012). Diperoleh pada 28 Oktober 2012.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (15 Jun 2016). Muka Adi 6ixth Sense tambah bulat Berita Harian. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  3. ^ Wanita biasa idaman Adi 6ixth Sense Diarkibkan 2018-10-28 di Wayback Machine Kosmo! (2 November 2014). Dicapai pada 1 Disember 2014.
  4. ^ 6ixth Sense bebas bergeram sendiri Diarkibkan 2018-10-28 di Wayback Machine Harian Metro (10 Mac 2015). Dicapai pada 28 Oktober 2015.
  5. ^ Manusia Putih gabungan 4 pemuzik berlainan genre Malaysia Gazette (1 November 2017). Dicapai pada 1 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]