A+ (bahasa pengaturcaraan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk program pensijilan komputer A+, lihat Pensijilan A+.
A+
Aplus logo.jpg
Paradigma Tatasusunan
Muncul pada 1988
Direka oleh Arthur Whitney
Pembangun Morgan Stanley
Lepasan stabil 4.20-2 (November 2006)
Disiplin penjenisan Dinamik, kuat
Pelaksanaan utama A+
Dipengaruhi APL
Mempengaruhi K

A+ ialah bahasa pengaturcaraan tatasusunan, salah satu dialek APL. Arthur Whitney dan pembina lain di Morgan Stanley membinanya untuk kerja pengiraan yang berat, terutamanya dalam gunaan kewangan. A+ dapat dijalankan di atas banyak pelantar selain Unix termasuklah Linux. A+ adalah bahasa tafsiran, bertahap-tinggi, serta interaktif.

A+ membekalkan set fungsi dan pengendali tambahan, antara muka pengguna grafik dengan penyelarasan automatik pada widget dan pembolehubah, pelakuan tak segerak bagi fungsi yang bersangkutan dengan pembolehubah dan peristiwa (event), memuatkan subrutin kompilan pengguna secara dinamik, dan ciri-ciri lain. Sebuah antara muka pengguna grafik yang lebih baru belum lagi dilabuhkan pada semua pelantar yang disokong.

A + bahasa melaksanakan perubahan berikut kepada bahasa APL ini:

  • Fungsi A+ mungkin mempunyai sehingga sembilan parameter formal
  • Kenyataan dalam kod A+ dipisahkan dengan koma bertitik, jadi satu kenyataan boleh dibuat dalam dua atau lebih barisan
  • Hasil jelas sesebuah fungsi atau pengendali adalah hasil daripada kenyataan terakhir yang dilakukan
  • A+ melaksanakan objek dipanggil sandaran, yang merupakan satu pembolehubah sejagat (pembolehubah bersandar) beserta satu definisi bersangkutan yang sama seperti fungsi tanpa hujah. Nilai-nilainya boleh ditetapkan dan dirujuk secara jelas dalam cara yang sama bagi pembolehubah sejagat, tetapi ia juga boleh ditetapkan melalui definisi yang berkaitan.

Pembangunan A+ secara interaktif kebanyakannya dibuat menggunakan penyunting Xemacs, melalui sambungan untuk penyunting tersebut. Kerana kod A+ menggunakan simbol APL asal, A+ memerlukan fon dengan aksara khas untuk dipaparkan; fon yang dikenali sebagai "kapl" disediakan di laman web rasmi A+ untuk tujuan itu.

Arthur Whitney kemudian telah mencipta Bahasa K, sebuah bahasa jujukan berhak milik. Sama semerti bahasa pengaturcaraan J, K mengabaikan set aksara APL. Ia tidak mempunyai beberapa kerumitan yang boleh dilihat pada A+, seperti kewujudan pernyataan dan dua mod sintaksis yang berbeza.


Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, perbandingan, glosari)
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | OCaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic