A Thousand Suns

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A Thousand Suns
Album studio oleh Linkin Park
Dikeluarkan pada September 14, 2010 (2010-09-14)
(rujuk sejarah pelancaran)
Dirakam pada 2008–2010
Genre Rock alternatif, rock elektronik, rap rock
Masa 47:56
Syarikat Warner Bros.
Penerbit Rick Rubin, Mike Shinoda[1]
Kronologi Linkin Park
Road to Revolution: Live at Milton Keynes
(2008)
A Thousand Suns
(2010)
Living Things
(2012)
Single daripada album A Thousand Suns
  1. "The Catalyst"
    Dikeluarkan pada: 2 Ogos 2010
  2. "Waiting for the End"
    Dikeluarkan pada: 5 Oktober 2010

A Thousand Suns (Seribu Matahari) merupakan album studio keempat oleh kumpulan rock Amerika Linkin Park. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 10 September 2010 oleh Warner Bros. Records. Album ini diterbitkan bersama oleh vokalis Linkin Park Mike Shinoda dan Rick Rubin, yang sebelum ini bekerjasama bagi menerbitkan album Minutes to Midnight (2007). Single pertama bagi album ini, "The Catalyst", dilancarkan pada 2 Ogos 2010.

Proses penulisan dan rakaman[sunting | sunting sumber]

Mike Shinoda, Phoenix dan Joe Hahn mula bekerja dengan dua idea lagu baru di rumah Hahn, seterusnya proses rakaman di studio bermula kemudian.[2] Linkin Park mahukan album ini sebagai album konsep. Pada November 2008 Chester Bennington menyatakan bahawa ia "berbunyi sedikit menggentarkan saya, jadi, saya fikir tahap keyakinan saya akan menurun, tetapi setelah dipersembahkan oleh kawan kami, kami sukakan idea ini. Ia merupakan idea yang memberi inspirasi, dan ia adalah sesuatu yang kami boleh kaitkan banyak perkara yang kami ingin tulis."[3] Dia menambah bahawa kumpulan tersebut merancang untuk memulakan rakaman pada Disember selama enam minggu. Asalnya album tersebut sepatutnya dikeluarkan pada pertengahan 2009, tetapi pada lewat Mac pula Shinoda menulis di dalam blognya dengan menyatakan "Kami berharap album Dead by Sunrise Chester akan keluar pada musim luruh ini, dan seterusnya album baru Linkin Park awal tahun depan."[4]

Semasa temu ramah dengan Rolling Stone pada Mei 2009, Mike Shinoda mendedahkan bahawa kumpulan tersebut sedang dalam proses menulis dan merakam bahan untuk album ini.[5] Album tersebut sepatutnya dijadualkan keluar pada awal 2010, tetapi Shinoda sangat mementingkan "kualiti nada" dan menyatakan bahawa "kalau kami perlu berundur setapak ke belakang bagi memastikan segalanya bermutu tinggi mengikut standard kami, kami akan lakukannya."[5] Shinoda juga menyatakan bahawa, jika dibandingkan dengan Minutes to Midnight, album baharu ini akan mempunyai "aliran konsistensi" yang lebih besar serta lebih eksperintal dan "diharapkan lebih terkini".[6] Album ini turut menampilkan sampel petikan ucapan terkenal oleh beberapa ahli politik tersohor Amerika Syarikat.[7] Album ini mendapat namanya daripada teks Sanskrit India, "Bhagvad Gita" yang menyatakan "Jika sinaran seribu matahari (a thousand suns) akan meletup sekaligus di langit yang akan menjadi seperti keagungan Yang Maha Besar...." ("If the radiance of a thousand suns were to burst at once into the sky that would be like the splendor of the Mighty one....").[8]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Semua lagu ditulis dan digubah oleh Linkin Park

No. Tajuk Masa
1. "The Requiem"   2:01
2. "The Radiance"   0:57
3. "Burning in the Skies"   4:13
4. "Empty Spaces"   0:18
5. "When They Come for Me"   4:53
6. "Robot Boy"   4:29
7. "Jornada del Muerto"   1:34
8. "Waiting for the End"   3:51
9. "Blackout"   4:39
10. "Wretches and Kings"   4:10
11. "Wisdom, Justice, and Love"   1:38
12. "Iridescent"   4:56
13. "Fallout"   1:23
14. "The Catalyst"   5:39
15. "The Messenger"   3:01
Jumlah masa:
47:56

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh pelancaran
Australia[13] Austria[14] 10 September 2010
Belgium[15] Jerman[16]
Hungary[17] Ireland[18]
Luxembourg[19] Belanda[20]
Switzerland[21]
Denmark[22] Finland[23] 13 September 2010
Perancis[24] Greece[25]
New Zealand[26] Norway[27]
Poland[28] Portugal[29]
Sweden[30] United Kingdom[31]
Brazil[32] Kanada[33] 14 September 2010
Itali[34] Korea[35]
Mexico[36] Sepanyol[37]
Amerika Syarikat[38]
China India 15 September 2010
Jepun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New Linkin Park Album Due September 14". FMQB. July 8, 2010. Dicapai pada July 8, 2010. 
  2. ^ "Mike Shinoda / Blog". Mikeshinoda.com. Dicapai pada October 28, 2008. 
  3. ^ "Linkin Park Are Writing 'Delicious' Concept Album To Follow Minutes To Midnight". November 7, 2008. Dicapai pada September 3, 2010. 
  4. ^ "In Studio: March 2009". Linkin Park. Mike Shinoda. March 24, 2009. 
  5. ^ a b Harris, Chris (2009-05-26). "Linkin Park Cooking Up Genre-Busting Album for 2010". Rolling Stone. Dicapai pada 2010-03-12. 
  6. ^ Carle, Chris (2009-05-22). "Linkin Park's Mike Shinoda". IGN. Dicapai pada 2010-03-12. 
  7. ^ Montgomery, James (September 1, 2010). "Linkin Park's A Thousand Suns: Kid A, All Grown Up?". MTV. Dicapai pada Septemeber 7, 2010. 
  8. ^ "Linkin Park 'A Thousand Suns' Preview". 
  9. ^ A Thousand Suns - Best Buy Exclusive - CD - Linkin Park, Best Buy, dicapai pada 2010-09-07 
  10. ^ A Thousand Suns (Deluxe Version) by Linkin Park, iTunes, dicapai pada 2010-09-07 
  11. ^ A Thousand Suns (Japan) - Linkin Park, Amazon.com, dicapai pada 2010-09-07 
  12. ^ A Thousand Suns (Limited Edition)(CD/DVD), Amazon.com, dicapai pada 2010-09-07 
  13. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Australia). Dicapai pada August 31, 2010. 
  14. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Austria). Dicapai pada August 31, 2010. 
  15. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Belgium). Dicapai pada August 31, 2010. 
  16. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Germany). Dicapai pada August 31, 2010. 
  17. ^ "A Thousand Suns - Linkin Park". CD Pince. Dicapai pada August 31, 2010. 
  18. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Ireland). Dicapai pada August 31, 2010. 
  19. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Luxembourg). Dicapai pada August 31, 2010. 
  20. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Netherlands). Dicapai pada August 31, 2010. 
  21. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Switzerland). Dicapai pada August 31, 2010. 
  22. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Denmark). Dicapai pada August 31, 2010. 
  23. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Finland). Dicapai pada August 31, 2010. 
  24. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (France). Dicapai pada August 31, 2010. 
  25. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Greece). Dicapai pada August 31, 2010. 
  26. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (New Zealand). Dicapai pada August 31, 2010. 
  27. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Norway). Dicapai pada August 31, 2010. 
  28. ^ "A Thousand Suns - Linkin Park". empik.com. Dicapai pada August 31, 2010. 
  29. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Portugal). Dicapai pada August 31, 2010. 
  30. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Sweden). Dicapai pada August 31, 2010. 
  31. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (United Kingdom). Dicapai pada August 31, 2010. 
  32. ^ Linkinparkbr.com. "A CD/DVD version of A Thousand Suns will be released in Brazil". Warner Music (Brazil). Dicapai pada August 31, 2010. 
  33. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Canada). Dicapai pada August 31, 2010. 
  34. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Italy). Dicapai pada August 31, 2010. 
  35. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". Hyang Music (South Korea). Dicapai pada September 4, 2010. 
  36. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Mexico). Dicapai pada August 31, 2010. 
  37. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (Spain). Dicapai pada August 31, 2010. 
  38. ^ "A Thousand Suns by Linkin Park". iTunes (United States). Dicapai pada August 31, 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]