Abdou Diallo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abdou Diallo
Abdou Diallo (PSG).jpg
Diallo bersama PSG pada 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdou-Lakhad Diallo[1]
Tarikh lahir (1996-05-04) 4 Mei 1996 (umur 24)
Tempat lahir Tours, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 22
Kerjaya remaja
2002–2003 OC Saint-Herblain
2003–2004 Grand Font
2004–2005 AS Angoulême-Charente 92
2005–2007 Angoulême Charente
2007–2009 Tours
2009–2011 US Chambray-les-Tours
2011–2014 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Monaco 10 (0)
2015–2016Zulte Waregem (pinjam) 33 (3)
2017–2018 Mainz 05 27 (2)
2018–2019 Borussia Dortmund 28 (1)
2019– Paris Saint-Germain 16 (0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Perancis B16 13 (0)
2012–2013 Perancis B17 8 (0)
2013–2014 Perancis B18 4 (0)
2014–2015 Perancis B19 16 (1)
2016 Perancis B20 4 (2)
2016–2019 Perancis B21 16 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Januari 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Mac 2019

Abdou-Lakhad Diallo (lahir 4 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain.[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco[sunting | sunting sumber]

Diallo menyertai akademi kelab Monaco ketika beliau berusia 15 tahun.[4] Pada 28 Mac 2014, beliau menandatangani kontrak pertamanya dengan kelab. Pada 14 Disember, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama dengan menggantikan Bernardo Silva pada masa tambahan permainan ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Olympique Marseille dalam saingan liga.[5]

Pada Jun 2015, Diallo telah dipinjam ke kelab Belgium, Zulte Waregem untuk menghadapi musim 2015–16.[6] Sepanjang tempohnya bersama kelab itu, beliau telah digunakan di posisi serangan dan beliau berjaya menjaringkan tiga gol dalam 33 perlawanan liga. Pada Disember 2016, media melaporkan kelab dari Sepanyol iaitu Real Betis menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.[7] Malangnya, beliau hanya melakukan lima penampilan liga ketika musim 2016–17 tetapi pasukannya dinobatkan sebagai juara liga.[4]

Mainz[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Julai 2017, Diallo berpindah ke kela Bundesliga, Mainz dan menandatangani kontrak selama lima tahun.[8] Pada 9 September, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Mainz ketika aksi kemenangan liga 3-1 ke atas pasukan Bayer Leverkusen.[9] Pada bulan Disember, Mirror.co.uk melaporkan bahawa Arsenal sedang mengikuti perkembangannya dan sudi melakukan bidaan untuk menggantikan pemain bersara, Per Mertesacker.[10] Pada musim itu, beliau diletakkan di posisi bek dan mempunyai kadar hantaran sebanyak 80 peratus. Beliau seterusnya tampil dalam 27 perlawanan liga pada musim itu.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2018, Diallo menyertai kelab Borussia Dortmund dengan menandatangani kontrak selama lima tahun pada perpindahan yang bernilai 28 juta euro.[11][12] Dalam satu temu ramah, beliau menyatakan bahawa Ousmane Dembélé telah menasihatinya untuk menyertai Dortmund.[13] Pada 15 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund ketika aksi liga menewaskan Eintracht Frankfurt 3-1.[14]

Paris Saint-Germain[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2019, Diallo menyertai Paris Saint-Germain dalam rundingan yang menetapkannya bersama kelab itu sehingga Jun 2024.[15] Nilai perpindahan pemain itu bernilai 32 juta euro.[16]

Pada 3 Ogos 2019, Diallo melakukan penampilan sulungnya untuk Paris Saint-Germain dalam kejohanan Trophée des Champions yang berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada PSG mengatasi Rennes.[17] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 bersama PSG ketika menentang Nîmes yang menyaksikan PSG menang 3-0 pada 11 Ogos 2019.[18] Diallo melakukan penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara UEFA pada 18 September 2019 semasa menumbangkan Real Madrid 3-0.[19]

Pada penghujung musim 2019–20, Diallo meraih pingat kemenangan Ligue 1 pertamanya pada musim itu yang tamat dengan lebih awal iaitu pada 30 April 2020 berikutan pandemik COVID-19.[20]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Diallo telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Senegal.[21] Beliau merupakan kapten bagi pasukan bawah-21 Perancis.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adik Diallo Ibrahima juga merupakan pemain bola sepak.[22]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Januari 2020.[23]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Monaco 2014–15 5 0 1 0 2 0 0 0 8 0
Belgium Zulte Waregem 2015–16 33 3 2 0 35 3
Perancis Monaco 2016–17 5 0 4 0 1 0 1[b] 0 11 0
Jerman Mainz 2017–18 27 2 3 1 30 3
Jerman Borussia Dortmund 2018–19 28 1 3 0 7[b] 0 38 1
Perancis Paris Saint-Germain 2019–20 16 0 1 0 1 0 3[b] 0 1[c] 0 22 0
Jumlah kerjaya 114 6 14 1 4 0 11 0 1 0 144 7
  1. ^ Termasuk Coupe de France, Piala Belgium dan DFB-Pokal.
  2. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Penampilan di Piala Super Perancis.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Monaco
Paris Saint-Germain

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abdou Diallo". Onze Mondial (dalam bahasa French). Dicapai pada 26 November 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "Profis: Abdou Diallo" [Pros: Abdou Diallo] (dalam bahasa German). Paris Saint-German. Diarkib daripada yang asal pada 7 January 2019. Dicapai pada 7 January 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  3. ^ "Abdou Diallo signs for Paris Saint-Germain". Dicapai pada 16 July 2019.
  4. ^ a b "Abdou Diallo: Mainz's natural-born defensive leader with an eye for goal". Bundesliga. 27 May 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  5. ^ "MATCH REPORT: AS Monaco 1-0 AS Monaco". AS Monaco FC. 14 December 2014. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  6. ^ "Abdou Diallo joins Zulte Waregem". Get French Football News. Dicapai pada 29 July 2015.
  7. ^ Moran, Miguel A. (31 December 2016). "Abdou Diallo, central zurdo del Mónaco, otra opción para la defensa del Betis" [Abdou Diallo, left-back at Monaco, another option for Betis defense] (dalam bahasa Spanish). Marca. Dicapai pada 12 September 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  8. ^ "Mainz sign France Under-21 captain Abdou Diallo". Bundesliga. 14 July 2017. Dicapai pada 12 September 2018.
  9. ^ "Mainz off the mark with 3-1 victory over winless Leverkusen". Bundesliga. 9 September 2017. Dicapai pada 12 September 2018.
  10. ^ Prenderville, Liam (21 December 2017). "Arsenal scouting Abdou Diallo with Mainz defender high on Arsene Wenger's January wishlist". Mirror. Dicapai pada 12 September 2018.
  11. ^ "Wechsel perfekt: Diallo der zweitteuerste BVB-Neuzugang" (dalam bahasa German). 26 June 2018. Dicapai pada 26 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  12. ^ "Borussia Dortmund sign Abdou Diallo, France under-21 defender, from Mainz". ESPN. 26 June 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
  13. ^ "Wolf, Diallo, Delaney, Hakimi and Hitz: meet the Borussia Dortmund new boys". Bundesliga. 4 August 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
  14. ^ "Dortmund overpower Frankfurt 3-1 in German Bundesliga - Xinhua | English.news.cn". www.xinhuanet.com. 15 September 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
  15. ^ "Paris Saint-Germain Confirm Signing of Abdou Diallo from Borussia Dortmund on Five-Year Deal". 90Min. 16 July 2019.
  16. ^ "Dortmund confirm €32M Diallo deal with PSG". Goal.com. Dicapai pada 12 May 2020.
  17. ^ "French Trophy of Champions: Paris Saint-Germain vs Rennes". Xinhuanet. Dicapai pada 12 May 2020.
  18. ^ "Starting Lineups - PSG vs Nimes". Sky Sports. Dicapai pada 12 May 2020.
  19. ^ "Paris-Real Madrid". UEFA.com. Dicapai pada 12 May 2020.
  20. ^ "Grading PSG: Decent Debut For Diallo in Paris". PSG Talk. Dicapai pada 12 May 2020.
  21. ^ "ABDOU DIALLO, LE RETOUR DU "PRINCE" !". 30 June 2016.
  22. ^ "Monaco prête le jeune Ibrahima Diallo à Brest". 13 August 2018.
  23. ^ "A.Diallo". soccerway.com. Soccerway. Dicapai pada 12 August 2017.
  24. ^ "PSG champions as season ended". Ligue 1. 30 April 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  25. ^ "Mbappé and Di Maria Earn PSG First 2019-20 Trophy". www.ligue1.com. 3 August 2019. Dicapai pada 3 August 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]