Abdul Aziz Yeop
Tan Sri Abdul Aziz Yeop P.S.M. | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Padang Rengas | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Umar Ismail |
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Ke-5 | |
Dalam jawatan 1 Julai 1975 – 23 Ogos 1978 | |
Didahului oleh | Sulaiman Osman |
Digantikan oleh | Nawawi Mat Awin |
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia | |
Dalam jawatan 1967–1973 | |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Digantikan oleh | Mazlan Nordin |
Butiran peribadi | |
Anak-anak |
|
Tan Sri Abdul Aziz bin Yeop ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Rengas pada 1974 hingga 1978. Dalam pada itu, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-8 dari Julai 1975 hingga Ogos 1978.
Beliau ialah pengerusi pertama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang ditubuhkan pada 1967[1].
Abdul Aziz adalah rakyat Malaysia pertama lulus Undang-undang di Lincoln Inn London . Setelah lulus undang-undang dan menjadi peguam , beliau menjadi pegawai kerajaan sebagai peguam, diplomat dan ahli parlimen.
Anak beliau ialah Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, seorang menteri kabinet sejak era Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Senama
[sunting | sunting sumber]Di atas jasanya, nama beliau telah diabadikan di beberapa bangunan dan kemudahan, antaranya:
- SMK Tan Sri Abdul Aziz, Lenggong, Perak
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "30/08/1967 - PELANCARAN PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)". hariinidalamsejarah.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-08.