Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten berasal dari Banten iaitu sebuah daerah di Jawa Barat. Beliau lama menuntut di Mekah dan telah sampai di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1915. Beliau kemudiannya tinggal menetap di Lenga yang terletak kira-kira 48 km dari Bandar Maharani.

Semasa tinggal di sana, beliau mengajar agama di masjid-masjid dan di surau-surau. Selepas mengajar beliau berwirid begitulah caranya beliau mengembangkan Wirid Khaujakan iaitu satu daripada amalan Tariqat Naqshabandiayah disamping Tariqat Tijaniyah.

Beliau kemudiannya berpindah ke Muar selepas kematian isterinya. Di Muar, beliau tinggal di Batu 2 1/2 Jalan Bakri, di sana beliau meneruskan aktivitinya mengajar agama disamping mengembangkan Wirid Khaujakan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Muar termasuk di Masjid Jamek Muar (sekarang dikenali dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim).

Kira-kira pada tahun 1942, semasa Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sangat bimbang terhadap keselamatannya, keluarganya dan rakyat jelata seluruhnya. Beliau telah menitahkan Pegawai Daerah Muar ketika itu, Dato' Osman Buang, untuk mencari seorang ulama yang boleh membantunya dalam mengatasi masalah itu. Dato' Osman telah mencadangkan Haji Fadhil Banten yang sanggup berdoa seperti yang dihajatkan oleh Baginda Sultan.

Haji Fadhil Banten kemudiannya telah dibawa ke Johor Bahru dan Sultan Ibrahim telah menawarkan kepada beliau supaya tinggal disebuah rumah berhampiran dengan istana, tetapi beliau telah memilih untuk tinggal di Masjid Pasir Pelangi, kerana suasana di masjid lebih memudahkan dan lebih baik baginya untuk beribadah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Panduan Wirid Khaujakan disusun oleh Ahli Jawatankuasa Khaujakan bersama Ahli Majlis Fatwa Johor

Pautan luar[sunting | sunting sumber]