Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Ibrahim
Sultan Johor Era Moden ke-II
Johor Darul Takzim
Pemerintahan 4 Jun 1895 - 8 Mei 1959
Pendahulu Sultan Abu Bakar
Pengganti Sultan Ismail
Raja Muda Tunku Ismail
Pasangan Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abd Majid
Sultanah Rogayah
Che Puan Hasana bt Dato' Ja'afar
Ungku Intan bt Ungku Ahmad
Helen Bartholomew Wilson
Marcella Mendl
Anakanda
(4 putera dan 1 puteri), iaitu:
1. anakanda lelaki, mangkat Ogos 1893
2. Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor)
3. Tunku Abu Bakar
4. Tunku Ahmad
5. Tunku Meriam
Nama penuh
Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil
Kediaman Wangsa Temenggong
Ayahanda Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim
Bonda Inche Besar Zubaidah binti Abdullah
Keputeraan 17 September 1873(1873-09-17)
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri Selat
Kemangkatan 8 Mei 1959 (umur 85)
Grosvenor House, London, United Kingdom
Dimakamkan 6 Jun 1959
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Agama Islam
Gelaran hormat bagi
Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Lambang peribadi Sultan Johor.png
Bendera Sultan Johor.gif
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil (17 September 1873 - 8 Mei 1959): gelaran penuh: Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-22, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi. Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Baginda dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris sejak kecil, baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan[sunting | sunting sumber]

  • Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.
  • Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)
  • Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar
  • Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

Pelayaran dan pengembaraan[sunting | sunting sumber]

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.

Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand London of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.

Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.

Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England atas jemputan King George V dan Queen Mary.

Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda berkahwin sebanyak enam kali, ia itu dengan:

  1. Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid (sepupu baginda di mana Ungku Abdul Majid dan Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan saudara sebapa) (15 November 1876 - 2 September 1909): Berkahwin di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimuna ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni al-Marhum Tengku Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim. Beliau dimahkotai sebagai Sultanah Johor pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.
  2. Sultanah Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920.
  3. Che Puan Hasana binti Dato' Ja'afar: Hasana ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.
  4. Ungku Intan binti Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.
  5. Helen Bartholomew Wilson (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977): Dilahirkan di Glasgow, Bartholomew berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember 1938. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.
  6. Sultanah Fawzia (7 November 1915 - 1 Jun 1982): Sultanah Fawzia dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Rumania. Berkahwin di London pada 6 November 1940, beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 17 September 1955.

Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

  1. Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimunah dan yang mangkat pada Ogos 1893:
  2. Tunku Ismail ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah;
  3. Tunku Abu Bakar ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Sultanah Rogayah:
  4. Tunku Ahmad ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan Hasana.
  5. Tunku Meriam binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh Sultanah Fawzia.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim pada 8 Mei 1959 di Grosvenor House, London, United Kingdom dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar
Sultan Johor ke-22
1895-1959
Diikuti oleh:
Sultan Ismail

Pautan luar[sunting | sunting sumber]