Abdullah Awang Nuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Abdullah Awang Nuh
Gelaran: Maulana Abdullah Nuh
Lahir: 1905
Wafat: 1947[1]
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Abdullah Awang Nuh (1905 - 1947) atau lebih dikenali sebagai Maulana Abdullah Nuh merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.[2]

Abdullah Awang Nuh atau nama penuhnya Haji Abdullah Awang Nuh merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Alias Muhammad, "Sastera dan politik: penulis, akhbar, dan Gapena" Gateway Publishing House, 2005 - Authors, Malay - 266 pages. Diambil 04 Disember 2018
  2. ^ Oleh Malaysian Studies, "Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies" Volumes 8-9. Universiti Sains Malaysia, 1990 - Malaysia. Diambil 04 Disember 2018

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]