Adrianus Petrus Hertogh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Adrianus Petrus Hertogh merupakan seorang Sarjan keturunan Belanda yang berkahwin dengan Adeline Hunter. Antara anaknya adalah Wiesje, Corrie, Bertha Hertogh, Benny dan Karel.

Bertha, atau lebih dikenali sebagai Natrah adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Semasa Perang Dunia II, Adrianus Petrus Hertogh yang berpangkat Sarjan telah ditawan oleh pihak Jepun. Akibat kesempitan hidup, ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha yang berusia 5 tahun dan Benny kepada Che Aminah atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu, tanpa pengetahuannya.

Apabila Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia kembali ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

Pada September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Pada 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Pada 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura.

Pada 12 Disember 1950 Adrianus Petrus Hertogh diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katolik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]