Fatini Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puan Sri Fatini Yaakob ialah seorang wartawan / editor majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1981-1993). Beliau pernah menyiasat tentang Tragedi Natrah sehingga menemui Natrah di Amerika Syarikat tahun 1990-an.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Kewartawanan/Penyiaran (1981) dan University College Cardiff, Wales, United Kingdom untuk ijazah Sarjana Pengajian Kewartawanan (1987). Fatini tinggal di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Buku Natrah[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Fatini Yaacob menulis buku 'Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata' terbitan Penerbit UTM . Buku ini hanya diterbitkan selepas Bertha / Natrah meninggal dunia pada 8 Julai 2009 .Fatini(50) pernah menemubual Maria Bertha Hertogh, (72) di Lake Tahoe, Nevada, Amerika Syarikat pada Januari, 1989.

Kajian itu bagi memperbetulkan persepsi Barat terhadap Timur tentang isu Natrah yang pernah menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950 . Majalah Dewan Masyarakat keluaran Februari - Mei 1989 menyiarkan kajian biografi Natrah . Fatini telah menemui pelbagai individu yang terlibat. Fatini sedang mengusahakan bentuk dokumentari drama dan filem tentang Natrah. Natrah begitu signifikan kerana menjadi tokoh utama dalam Rusuhan Natrah 1950 atau Rusuhan Singapura 1950.

Dari tahun 1989 hingga 2009, Fatini tidak lagi menemui Bertha. Bertha pernah datang ke Kemaman, Terengganu pada Hari Raya Aidilfitri tahun 1997 tetapi tidak berkesempatan menemui Fatini. Bertha menziarahi Kamariah iaitu anak angkat keturunan Jepun, Che Aminah Mohamed, ibu angkat Natrah dan dia juga sempat ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura.[1]

Karyawan Tamu[sunting | sunting sumber]

6 Mac 2010, Naib Canselor UTYM, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang mengumumkan Fatini Yaakob dilantik semula sebagai Karyawan Tamu UTM . Biografi Tan Sri Ainuddin Wahid, Naib Canselor pertama UTM sedang diusahakan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]