Agama di Mauritania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agama di Mauritania

  Islam (99.9%)
Koleksi Al-Quran di perpustakaan di Chinguetti

Penduduk Mauritania hampir semua penganut Islam Sunni dari mazhab Maliki, terpengaruh dengan tasawuf. Mauritania ialah sebuah negara di Afrika, bersempadan dengan Algeria, Mali, Senegal, dan Sahara Barat (kini dikawal oleh Maghribi).[1] Secara rasmi, 100% warga Mauritania beragama Islam,[2] walaupun terdapat sebilangan kecil masyarakat Kristian, terutamanya warganegara asing.[3][4] Dua tarekat Sufi Muslim terbesar di Mauritania ialah Tijaniyyah dan Qadiriyyah.[5] Kerana perpecahan etnik dan puak di negara ini, agama dilihat oleh kerajaan sebagai penting untuk perpaduan negara.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thomas M. Leonard (2006). Encyclopedia of the Developing World. Taylor & Francis. m/s. 1003–1004. ISBN 978-0-415-97662-6. Dicapai pada 1 Ogos 2012.
  2. ^ "Mauritania". CIA World Factbook. Dicapai pada 1 Ogos 2012.
  3. ^ Britannica, Dicapai pada 25 April 2023
  4. ^ Taylor & Francis Group (September 2004). Europa World Year Book 2. Taylor & Francis. m/s. 2851. ISBN 978-1-85743-255-8. Dicapai pada 1 Ogos 2012.
  5. ^ John L. Esposito (21 Oktober 2004). The Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press. m/s. 196. ISBN 978-0-19-512559-7. Dicapai pada 1 Ogos 2012.
  6. ^ Annual Report on International Religious Freedom, 2004. Government Printing Office. 4 Ogos 2005. m/s. 75–77. ISBN 978-0-16-072552-4. Dicapai pada 1 Ogos 2012.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]