Agave

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agave
Agave americana
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Agave

Spesies jenis
Agave americana
Spesies

Lihat teks

Sinonim[1]
  • Allibertia Marion ex Baker
  • Bonapartea Haw.
  • × Bravanthes Cif. & Giacom.
  • Bravoa Lex.
  • Coetocapnia Link & Otto
  • Cotocapnia Link & Otto
  • Delpinoa H.Ross
  • Ghiesbreghtia Roezl
  • Leichtlinia H.Ross
  • Littaea Tagl.
  • Manfreda Salisb.
  • × Mangave D.Klein
  • Polianthes L.
  • × Polifreda W.Ritchie & J.T.Lindstr.
  • Pothos Adans.
  • Prochnyanthes S.Watson
  • Pseudobravoa Rose
  • Robynsia Drapiez
  • Runyonia Rose
  • Tuberosa Heist. ex Fabr.
  • Zetocapnia Link & Otto

Agave ialah genus tumbuhan berbunga monokotiledon yang tumbuh asli di kawasan-kawasan panas dan gersang benua Amerika, walaupun ada beberapa spesies genus ini yang tumbuh asli di kawasan-kawasan tropika Amerika Selatan. Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai daun dan batang tebal mengandungi banyak air untuk mandiri dalam persekitaran sedikit air.[3]

Banyak spesies genus Agave tumbuh sangat perlahan.[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama genus Agave dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba αγαυή agauê daripada ἀγαυός agauós bermaksud "ternama, mulia"[4][5] kerana bulir-bulir bunga yang sangat tinggi ditemukan pada banyak spesies genus ini.[6] Nama tersebut diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1753 kepada empat spesies.[2]

Botani[sunting | sunting sumber]

Daun-daun pokok genus ini disusun melingkar dan rapat.[3] Setiap helai daun ini tebal, bergerigi di sisi dengan duri sangat tajam di hujung dan banyak serat dalamnya.[7] Batang pokok genus sangat pendek menjadikan ia nampak seperti tidak berbatang.

Sebatang bulir tumbuh daripada tengah lingkaran daun mencecah ketinggian hingga 12 meter (40 kaki),[8] bulir ini mengeluarkan bunga yang kecil dan berbentuk torak. Kadang-kadang, batang bulir ini juga menumbuhkan anak pokok pada ketiaknya. Ada jenis pokok Agave yang berbunga selepas 60 tahun.[8]

Selepas batang bulir ini didebungakan dan menghasilkan buah, lingkaran daun spesies monokarpik mati. Walau bagaimanapun, banyak spesies Agave menumbuhkan sulur berimpang atas akar pangkal lingkaran daun tersebut;[3](p30) sulur-sulur tersebut tumbuh menjadi tumbuhan baru selepas lingkaran ini layu dan mati.[3][halaman diperlukan]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga spesies Agave yang tumbuh pada musim terakhirnya boleh dimakan. Tangkai bulirnya dipanggang dan dikunyah untuk mengekstrak airnya atau aguamiel yang manis seperti tebu.

Semasa pembentukan bulir, cecair pokok seperti nira masuk ke pangkal batang bulir. Cecair ini dijadikan sirap yang digunakan sebagai pemanis alternatif menggantikan gula dalam masakan, dan boleh ditambahkan ke dalam bijirin sarapan sebagai agen penyatu.[9] Cecair dari spesies-spesies seperti A. americana atau A. tequilana juga ditapai menghasilkan arak mezcal; salah satu jenis arak ini yang paling terkenal ialah tequila.[3]

Serat[sunting | sunting sumber]

Serat daun spesies Agave americana dikenali sebagai pita sesuai menghasilkan tali, jala, beg, karung, tikar atau kain kasar.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Agave L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 20 Ogos 2022.
  2. ^ a b "Agave L." The International Plant Names Index. The Royal Botanic Gardens, Kew; Harvard University Herbaria & Libraries; Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 20 Ogos 2022.
  3. ^ a b c d e f Gentry, Howard Scott (2004) [1982]. Agaves of Continental North America. Tucson: University of Arizona Press. ISBN 978-0-8165-2395-5.
  4. ^ Harper, Douglas (3 Disember 2016). "Etymology of agave". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 20 Ogos 2022.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἀγαυός". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ "Agave americana". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. n.d. Dicapai pada 20 Ogos 2022.
  7. ^ Irish, Mary; Irish, Gary (2000). Agaves, yuccas, and related plants : a gardener's guide. Portland, Oregon: Timber Press. ISBN 978-0881924428. OCLC 41966994.
  8. ^ a b The Young people's encyclopedia of the United States. Shapiro, William E. Brookfield, Connecticut: Millbrook Press. 1993. ISBN 1-56294-514-9. OCLC 30932823.CS1 maint: others (link)
  9. ^ Chomka, Stefan (30 Julai 2007). "Dorset Cereals". The Grocer. Dicapai pada 20 Ogos 2022.
  10. ^ Hulle, Ashish; Kadole, Pradyumkumar; Katkar, Pooja (Mac 2015). "Agave Americana Leaf Fibers". Fibers (dalam bahasa Inggeris). 3 (1): 64–75. doi:10.3390/fib3010064. ISSN 2079-6439.