Pergi ke kandungan

Ahmad Fuad Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (lahir 16 Julai 1953) ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, yang Ke - 9[1].

Ahmad Fuad Ismail
Dalam jawatan
14 Disember 2008 – 13 Julai 2012
Didahului olehAbdul Hakim Borhan
Digantikan olehAhmad Phesal Talib
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad Fuad bin Ismail

(1953-07-16) 16 Julai 1953 (umur 72)
Malaysia

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Kedah dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Awam Antarabangsa dari University of Denver di Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan tujuh sebagai ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya. Beliau berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam selama enam tahun dan mengambil alih sebagai Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 2003.

Beliau telah dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2006. Datuk Ahmad Fuad Ismail pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Namanya pernah disebut-sebut menggantikan bekas Datuk Bandar, Datuk Mohamad Shaid Mohd Taufek[2]

  1. ^ https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/01/12/jubli-emas-kenali-datuk-bandar-kuala-lumpur/
  2. ^ Bavani, M (12 December 2008). "Ahmad Fuad is new mayor of KL". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 24 October 2011.