Ahmad Patria Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Patria Abdullah
Kelahiran(1968-05-26)26 Mei 1968
Petaling Jaya, Selangor
WarganegaraMalaysia
PendidikanUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanNovelis
Karya terkenal
Saga Artakusiad
Kronika Nashan

Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Abdullah Hussain[1][2].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Mei 1968 di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling (1975-1980) sebelum melanjutkan pelajaran di MRSM Kuantan (1981-1985). Pada tahun 1988 hingga 1992, beliau melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang[3].

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad, diterbitkan pada 1987, sewaktu beliau berumur 17 tahun[4]. Novel ini terpilih sebagai novel remaja terbaik oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan dan disifatkan sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu[1].

Novel[sunting | sunting sumber]

Saga Artakusiad[sunting | sunting sumber]

Siri Saga Artakusiad Versi Awal 1987–2017

  1. Permata Aurorius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987. ISBN 9789836215802.
  2. Kota Arialun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. ISBN 9836200320.
  3. Kembar Artakus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. ISBN 9789836202604.
  4. Petua Azkram. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220981.
  5. Puteri Alindalia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220387.
  6. Pedang Aurora. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. ISBN 9789836220301.
  7. Legenda Numerius. Seremban: Penerbitan Pustaka Nusa. 2004. ISBN 9839456326.
  8. Cabaran Lodra. Seremban: Penerbitan Pustaka Nusa. 2012.
  9. Seru Katanaga. Seremban: Saga Artakusiad Enterprise. Mac 2017.

Siri Saga Artakusiad Versi Baru 2017–kini

  1. Korona Imperium - Seremban, Saga Artakusiad Enterprise, 2017
  2. Aurora Prinsipalis - Seremban, Saga Artakusiad Enterprise, 2019

Kronika Nashan[sunting | sunting sumber]

Siri Kronika Nashan

  1. Aristokra. Kuala Lumpur: Penerbit X. Mac 2016. ISBN 9789673693184.
  2. Wizra. Kuala Lumpur: Penerbit X. Januari 2017. ISBN 9789673693580.
  3. Kesatria. Kuala Lumpur: Penerbit X. April 2017. ISBN 9789673693733.
  4. Imperia. Kuala Lumpur: Penerbit X. Mac 2019. ISBN 9789673693986.

Novel-novel lain[sunting | sunting sumber]

  1. Bunga Arianur. Penerbitan Fajar Bakti. 1987. ISBN 9676503134.
  2. Spesimen Alfa - Kuala Lumpur, Pustaka Cipta, 1993.

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. AMUK 1 - Dewan Kosmik, DBP, Mei 1993.
  2. AMUK 2 - Dewan Kosmik, DBP, Jun 1993.
  3. AMUK 3 - Dewan Kosmik, DBP, Julai 1993.
  4. Maisara 1 - Dewan Kosmik, DBP, Ogos 1993.
  5. Maisara 2 - Dewan Kosmik, DBP, September 1993.
  6. Maisara 3 - Dewan Kosmik, DBP, Oktober 1993.
  7. Maisara 4 - Dewan Kosmik, DBP, November 1993.
  8. Kala Merah 1 - Dewan Kosmik, DBP, Ogos 1994.
  9. Kala Merah 2 - Dewan Kosmik, DBP, September 1994.
  10. Kala Merah 3 - Dewan Kosmik, DBP, November 1994.
  11. Kala Merah 4 - Dewan Kosmik, DBP, Disember 1994.
  12. Obelisk 1 - Dewan Kosmik, DBP, Januari 1995.
  13. Obelisk 2 - Dewan Kosmik, DBP, Februari 1995.
  14. Obelisk 3 - Dewan Kosmik, DBP, Mac 1995.
  15. Mustang 1 - Dewan Kosmik, DBP, April 1995.
  16. Mustang 2 - Dewan Kosmik, DBP, Mei 1995.
  17. Mustang 3 - Dewan Kosmik, DBP, Jun 1995.
  18. Mustang 4 - Dewan Kosmik, DBP, Julai 1995.
  19. Mustang 5 - Dewan Kosmik, DBP, Ogos 1995.
  20. Epsilon - Dewan Kosmik, DBP, September 1995.
  21. Epsilon 2 - Dewan Kosmik, DBP, Oktober 1995.
  22. Epsilon 3 - Dewan Kosmik, DBP, November 1995.
  23. Epsilon 4 - Dewan Kosmik, DBP, Disember 1995.
  24. Pedang Democles - Dewan Sastera, DBP, Mei 2007.
  25. Perang Bayang Akta 1.
  26. Perang Bayang Akta 2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Fadli Al-Akiti (29 April 2016). "Wawancara Bersama Ahmad Patria Abdullah". Pena Sai Fai. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  2. ^ Ifwan Tun Tuah (2 Oktober 2016). "Anak Sasterawan Negara cedera ditetak". BHarian. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  3. ^ "Ahmad Patria". PTS. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  4. ^ Siti Haliza Yusop (Mac 26, 2017). "Hadam karya `berat' pada usia 12 tahun". BHarian. Dicapai pada 16 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]