Akta Hak Asasi Manusia 1998

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Hak Asasi Manusia 1998
(Human Rights Act 1998)
Tajuk panjang Suatu Akta untuk memberikan kesan yang lebih berkenaan hak-hak dan kebebasan-kebebasan yang dijamin di bawah Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia; untuk membuat peruntukan mengenai penjawat-penjawat pejabat kehakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah; dan tujuan-tujuan berkenaan.
(An Act to give further effect to rights and freedoms guaranteed under the European Convention on Human Rights; to make provision with respect to holders of certain judicial offices who become judges of the European Court of Human Rights; and for connected purposes.)

Petikan1998 (c.42)
Tarikh
Perkenan diraja9 November 1998
Berkuatkuasa2 Oktober 2000
Undang-undang lain
Berkaitan denganPerintah Akta Hak Asasi Manusia 1998 (Pindaan) 2004, SI 2004/1574 (dibuat di bawah sub-s (4)).
Status: Tidak diketahui

Akta Hak Asasi Manusia 1998 (Inggeris: Human Rights Act 1998) adalah satu Akta Parlimen United Kingdom yang mendapat Perkenan Diraja pada 9 November 1998, dan kebanyakan peruntukannya berkuat kuasa pada 2 Oktober 2000.[1] Tujuannya adalah untuk "memberikan kesan yang lebih" dalam undang-undang UK kepada hak-hak dalam Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Akta ini menjadikan hak-hak Konvensyen yang dilanggari boleh disaman di mahkamah-mahkamah UK, tanpa perlu pergi ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg. Ia juga menghapuskan hukuman mati di UK (meskipun ini tidak diperlukan oleh Konvensyen sebagaimana berkuatkuasa ke atas UK pada masa itu).

Pada dasarnya, Akta ini mengharamkan mana-mana pertubuhan kerajaan untuk berlaku dalam cara yang tidak piawai dengan Konvensyen, melainkan hanya jika perkataan Akta Parlimen menuntut mereka berbuat demikian. Ia juga menghendaki hakim-hakim UK mengambil kira keputusan-keputusan mahkamah Strasbourg, dan menafsir perundangan, sejauh mana yang mungkin boleh bersesuaian dengan Konvensyen. Tetapi sekiranya ia tidak mungkin menafsir suatu Akta Parlimen untuk menjadikan ia bersesuaian dengan Konvensyen, para hakim tidak dibenarkan menggulungkan Akta yang mereka tafsir. Apa yang mereka boleh buat adalah mengisu perisytiharan ketidaksesuaian. Perisytiharan ini tidak mempengaruhi kesan Akta Parlimen: dalam cara itu, Akta ini mengekalkan kedaulatan parlimen (lihat Perlembagaan United Kingdom). Satu individu masih boleh mengambil kesnya ke Mahkamah Strasbourg sebagai jalan terakhir.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Empty citation (bantuan) Konvensyen didraf oleh Majlis Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Sir David Maxwell-Fyfe merupakan ketua bahagian perundangan dan pentadbiran Majlis dari tahun 1949 hingga 1952, dan memantau pengdrafan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Cara ia dicipta memasukkan pendekatan kebebasan sivil yang tradisional untuk mendapatkan "demokrasi politikal yang berkesan", dari tradisi kuat kebebasan di United Kingdom. Sebagai ahli pengasas Majlis Eropah, UK menandatangani Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia pada bulan Mac 1951. Meskipun demikian, penduduk UK hanya boleh mula membawa tuntutan untuk hak asasi mereka ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada tahun-tahun 1960-an. Pada tahun-tahun 1980-an pula, disebabkan pentadbiran Margeret Thatcher, rakyat UK secara amnya berpendapat bahawa banyak pencabulan hak asasi manusia telah berlaku, dengan pergerakan seperti Piagam 88 (yang menggunakan ulangtahun ke 300 Revolusi Gemilang dan Perakuan Hak 1689), Perakuan Hak British diperlukan untuk mendapatkan budaya hak asasi manusia di negara sendiri.

Apabila kerajaan Konservatif John Major digulingkan selepas kemenangan parti Buruh dalam Pilihan raya United Kingdom 1997, kerajaan baru pimpinan Tony Blair mematuhi janji manifestonya dan turut memasukkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia dalam undang-undang melalui Akta Hak Asasi Manusia 1998. Sebagaimana kertas putih 1997 "Membawa Hak Pulang" menyatakan,

Ia secara amnya mengambil sembanyak lima tahun untuk memulakan tindakan dalam Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah selepas kesemua tindakan-tindakan domestik telah buntu; dan ia memakan belanja purata sebanyak £30,000. Membawa hak-hak ini ke dalam negara akan memungkinkan rakyat British untuk berhujah mengenai hak asasi mereka dalam mahkamah-mahkamah British - tanpa pertundaan dan perbelanjaan yang menyusahkan.

Struktur Akta[sunting | sunting sumber]

Struktur Akta mempunyai dua sifat piawai. Pertamanya ia meletakkan tugas kepada kesemua mahkamah-mahkamah dan tribunal dalam United Kingdom untuk menafsirkan perundangan sejauh mana yang mungkin dalam cara yang serasi dengan hak-hak yang terkandung dalam Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (seksyen 3(1)). Pengehadan kreativiti para hakim banyak diperbincangkan tetapi ia kini jelas yang Mahkamah tidak boleh menafsir Akta Parlimen dalam cara yang menentang maksud asal mereka. Apabila ia tidak mungkin untuk menafsir Akta dalam cara yang serasi dengan Konvensyen, suatu perisytiharan ketidakserasian boleh diisu oleh Mahkamah bawah seksyen 4, menyatakan bagaimana Konvensyen melanggar hak asasi manusia. Suatu perisytiharan tidak boleh memansuhkan perundangan tetapi membolehkan pindaan dilakukan dengan cara khas yang lebih cepat di bawah seksyen 10 Akta.

Akta Hak Asasi Manusia beraplikasi kepada kesemua badan kerajaan di United Kingdom, termasuk kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan yang ada fungsi awam. Ia juga termasuk mahkamah. Akan tetapi ia tidak termasuk Parlimen apabila ia duduk dalam kapasiti perundangannya.

Peruntukan-peruntukan yang lebih kuat beraplikasi pada pentadbiran Scotland yang didevolusikan di bawah Akta Scotland 1998, yang mensyariatkan bahawa Eksekutif Scotland dan Parlimen Scotland tidak punyai kuasa untuk melanggar Konvensyen.

Meskipun Akta menyatakan ia beraplikasi kepada badan awam, Akta ini juga mempunyai kesan terhadap undang-undang persendirian antara individu-individu rakyat yang menampakkan sesetengah ahli akademik menyatakan bahawa ia mempunyai kesan horizontal selain kesan vertikal (sebagaimana pertikaian antara negara dan rakyatnya). Ini kerana seksyen 6(1) dari Akta mendefinasikan mahkamah-mahkamah dan tribunal-tribunal sebagai badan awam, maksudnya keputusan mereka juga mesti serasi dengan obligasi hak asasi manusia kecuali dalam kes perisytiharan ketidakserasian. Dengan itu, para hakim punyai tugas untuk berlaku dalam cara yang serasi dengan Konvensyen meskipun tindakan adalah khusus kepada dua individu.

Meskipun arahan Akta ini adalah untuk menafsirkan perundangan sebagai serasi dengan hak-hak Konvensyen sejauh mana yang mungkin dalam seksyen 3(1) beraplikasi kepada statut dan bukan common law, ia dihujahkan bahawa seksyen 6 Akta menunjukkan bahawa undang-undang yang tidak perlu ditafsir mengikut obligasi hak asasi manusia adalah perundangan yang tidak serasi. Maka common law boleh dikembangkan mengikut lunas-lunas hak asasi. Akan tetapi, Akta Hak Asasi Manusia tidak boleh digunakan untuk mencipta tindakan-tindakan baru dalam undang-undang persendirian.[2]

Hak-hak yang dilindungi di bawah Akta[sunting | sunting sumber]

Akta ini memperuntukkan bahawa ia menyalahi undang-undang bagi badan awam untuk berlaku dalam cara yang melanggari Hak Konvensyen.[3] Bagi tujuan ini badan awam termasuk apa-apa orang yang "fungsinya menampakkan sifat awam."[4] Ia juga secara jelasnya termasuk Mahkamah.[5] Hak-hak Konvenyen termasuk hak-hak yang termasuk dalam seksyen 1 Akta (ini telah disenaraikan secara penuh dalam Jadual 1.[6] Dalam penafsiran hak-hak ini Akta memperuntukkan bahawa Mahkamah domestik "boleh" mengambil kira jurisprudens Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[7]

Seksyen 7 membolehkan mana-mana orang yang memiliki hak untuk mengambil tindakan terhadap sesebuah pihak berkuasa awam yang telah bertindak atau bercadang untuk bertindak dengan cara yang menyalahi Konvensyen. Seseorang memiliki hak untuk berbuat sedemikian, asalkan dia dapat memenuhi "uji mangsa" yang ditetapkan oleh Artikel 34 dalam Konvensyen.[8] Ini adalah ujian pemilikan hak yang lebih ketat, berbanding dengan apa yang biasa digunakan oleh Kajian Semula Kehakiman Inggeris, walaupun tidak oleh Scotland.

Jika pihak berkuasa awam didapati mencabuli hak Konvensyen pihak menuntut, jadi Mahkamah diberi kuasa untuk "memberikan relief atau remedi, ataupun membuat perintah sedemikian, dalam kuasanya sebagaimana yang dianggap adil dan sesuai".[9] Ini boleh merangkumi award untuk ganti rugi, walaupun Akta itu mengenakan sekatan-sekatan tambahan pada keupayaan Mahkamah untuk memberikan award sedemikian.[10]

Bagaimanapun, Akta itu juga memberikan pertahanan kepada pihak berkuasa awam jika tindakan mereka yang mencabuli Konvensyen adalah untuk menjalankan kewajipan mandatori yang dikenakan pada mereka oleh undang-undang utama Westminster.[11] Akta itu juga menjangka bahawa syarat tersebut biasanya merupakan standard yang sangat susah untuk dicapai kerana ia memerlukan Mahkamah membaca undang-undang yang berikut (dan begitu juga untuk undang-undang subordinat): "Sejauh yang mungkin untuk berbuat sedemikian... dengan cara yang bersesuaian dengan hak Konvensyen".[12]

Apabila undang-undang utama tidak dapat dibaca dengan cara yang dapat mematuhi Konvensyen, satu-satunya isbat yang dapat digunakan oleh Mahkamah adalah untuk membuat Perisytiharan Ketakserasian tentang perkara itu.[13] Kuasa untuk berbuat sedemikian dihadkan kepada Mahkamah yang lebih tinggi.[14] Perisytiharan sedemikian tidak mempunyai kesan langsung terhadap kuasa undang-undang yang berterusan,[15] tetapi ia mungkin akan menimbulkan tekanan awam terhadap pemerintahan supaya menghapuskan ketakserasian itu. Peristyiharan itu juga mengukuhkan kes pihak menuntut yang diperlengkapi dengan keputusan sebegitu daripada Mahkamah negara dalam mana-mana rayuan kemudian kepada Strasbourg. Untuk memudahkan pematuhan Konvensyen yang segera, Akta itu membenarkan Menteri supaya mengambil tindakan pemulihan untuk membetulkan juga undang-undang utama yang bercanggahan menerusi undang-undang subordinat.[16]

Pemansuhan hukuman mati[sunting | sunting sumber]

Akta ini melalui seksyen 21(5) nya telah memansuhkan sepenuhnya hukuman mati di United Kingdom, berkuatkuasa apabila mendapat perkenan diraja. Sebelum ini, hukuman mati telahpun dihapuskan untuk pembunuhan, tetapi terus berkuatkuasa dalam hal-hal ketenteraan tertentu (meskipun peruntukan-peruntukan ini tidak digunakan buat beberapa dekad). (Hukuman mati untuk penderhakaan telah pun dihapuskan oleh Akta Jenayah dan Gangguan 1998.)

Notakan bahawa peruntukan ini tidak diperlukan oleh Konvensyen Eropah (protokol 6 membenarkan hukuman mati pada waktu perperangan; protokol 13, yang tidak membenarkan hukuman mati pada apa jua keadaan sekalipun, tidak wujud pada masa itu); tetapi kerajaan memperkenalkan ia sebagai pindaan lambat akibat tekanan dari parlimen.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Kritikan sayap kanan[sunting | sunting sumber]

Semasa kempen untuk pilihan raya parlimen 2005, Parti Konservatif di bawah Michael Howard mengumumkan tujuannya untuk "membaik pulih atau menghapuskan" Akta Hak Asasi Manusia. Menurutnya, "waktunya sudah datang untuk membebaskan negara daripada hamburan ketepatan politik, litigasi yang mahal, keadilan yang lemah, serta budaya pampasan yang meliar di Britain pada hari ini" dan memberikan amaran bahawa "rejim ketepatan politik yang diwujudkan oleh keghairahan penerimagunaan undang-undang hak asasi manusia Parti Buruh yang telah memutarbalikkan prinsip keadilan yang sudah lama".[17]

Howard memetik sebilangan contoh tentang bagaimana, menurut pendapatnya, Akta Hak Asasi Manusia telah gagal: [18][19]

  • murid lelaki yang membakar dengan sengaja dibenarkan kembali ke bilik darjah kerana penguatkuasaan disiplin tidak membenarkannya hak pendidikan;
  • perogol yang disabit diberikan pampasan £4000 kerana rayuan keduanya dilewatkan;
  • pencuri diberikan wang pembayar cukai untuk mendakwa orang yang rumahnya dipecah; dan
  • pelancong yang melanggar undang-undang diberikan kebenaran untuk tinggal di tapak jalur hijau yang diduduki mereka mengingkari undang-undang perancangan.

Bagaimanapun, sesetengah pengulas telah mengkritik dakwaan Howard bahawa banduan yang menjalani pemenjaraan seumur hidup telah dibenarkan memperoleh pornografi keterlaluan di dalam penjara. Dalam kes R (atas permohonan Morton) lwn Gabenor Penjara Long Lartin, seorang banduan memang pernah memohon kajian semula kehakiman terhadap keputusan gabenor penjara kerana tidak membenarkannya memperoleh pornografi tersebut, dan mendakwa bahawa dasar gabenor itu merupakan suatu pelanggaran Artikel 10 tentang hak kebebasan untuk bersuara; bagaimanapun, dakwaan itu sebenarnya ditolak.

Sebaliknya, murid sekolah yang dirujuk oleh Howard sebenarnya mendakwa untuk mendapatkan pampasan dan bukannya untuk dibenarkan kembali ke bilik darjah kerana sewaktu kes mahkamah itu diadakan, dia sudah menjadi seorang pelajar universiti.[20] Walau bagaimanapun, tuntutan itu juga ditolak.[21]

Hakim yang berpolitik?[sunting | sunting sumber]

Salah satu kritikan yang utama terhadap Akta Hak Asasi Manusia sebelum penerimagunaannya adalah bahawa ia akan mengakibatkan para hakim yang tidak dipilih membuat penghakiman substantif terhadap dasar pemerintahan serta "menggubal" pindaan common law. Justera itu, ia akan merampas kuasa keagungan perundangan Parlimen. Dalam bidang kajian semula kehakiman pula, kes R (atas permohonan Daly) lwn Menteri Dalam Negeri menonjolkan bagaimana penggunaan ujian kekadaran yang dipinjam daripada jurisprudens Konvensyen Eropah tentang Hak Asasi Manusia (ECHR) telah membenarkan penelitian yang lebih rapi terhadap merit substantif sesuatu dasar pemerintahan dan dengan itu, bermakna bahawa kajian semula kehakiman lebih berupa rayuan berbanding dengan kajian semula.

Sejauh yang mungkin, kewajipan tafsiran di bawah s(3)(1) untuk membaca undang-undang sebagai mematuhi Konvensyen tidak bergantung kepada adanya atau tidak kekaburan dalam undang-undang.[22] Ine bermakna bahawa s(3) dalam Akta Hak Asasi Manusia memerlukan mahkamah menyimpang daripada makna yang jelas, tertakluk kepada kekangan bahawa tafsiran terubah suai harus merupakan salah satu tafsiran undang-undang yang "mungkin".[23] Craig mendebatkan bahawa ini akan mengakibatkan mahkamah menerimagunakan tafsiran dipaksa-paksa daripada segi linguistik, berbanding dengan membuat perisytiharaan ketakserasian.

Walau bagaimanapun, kritikan terhadap hakim-hakim melakukan penggubalan undang-undang dapat dibalas dengan fakta bahawa mahkamah tidak berupaya mentafsirkan undang-undang dengan cara yang "tidak selaras dengan ciri asas undang-undang" itu. Para hakim juga tidak boleh mentafsirkan undang-undang dengan cara yang menyebabkan perubahan yang mempunyai kesan yang luas dan yang paling baik ditangani oleh Parlimen.

Kebebasan media[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008 penyunting akhbar berhaluan kanan The Daily Mail mengritik Akta Hak Asasi Manusia untuk membenarkan, dalam pada kesannya, hak privisi pada undang-undang Inggeris meskipun Parlimen tidak meluluskan perundangan yang sedemikian. Paul Dacre telah sebenarnya merujuk kepada [[kesan tidak langsung horizontal] Akta Hak Asasi Manusia pada doktrin pelanggaran keyakinan yang telah mengganjakkan undang-undang Inggeris lebih dekat pada hak privasi common law.[24] Sebagai respons, Lord Chancellor Lord Falconer menyatakan bahawa Akta Hak Asasi Manusia telah diluluskan Parlimen, yang hak peribadi rakyat memerlukan perlindungan dan bahawa hakim dalam kes ini telah menafsir perundangan dengan betul.[25]

Perakuan Hak Asasi Manusia untuk Britain?[sunting | sunting sumber]

Pengganti Howard sebagai ketua pembangkang, David Cameron, juga berazam akan memansuhkan Akta Hak Asasi Manusia sekiranya partinya dipilih dan menggantikannya dengan 'Perakuan Hak' untuk Britain.[26]

Pada tahun 2007, pertubuhan hak asasi mansia JUSTICE mengemukakan kertas perbincangan bertajuk Perakuan Hak untuk Britain?, mengkaji kemungkinan megemaskini Akta Hak Asasi Manusia dengan rang undang-undang yang digariskan.[27]

Kritikan sayap kiri[sunting | sunting sumber]

Secara kontranya, sesetengah telah berpendapat bahawa Akta Hak Asasi Manusia tidak memberikan perlindungan sewajarnya kerana kebolehan kerajaan untuk tidak mempedulikan hak Konvensyen di bawah perkara 15 terutamanya apabila berkait dengan perundangan keganasan. Kes-kes terkini seperti R (ProLife Alliance) v. BBC [2002] EWCA Civ 297 telah diputuskan dengan rujukan kepada hak-hak common law berbanding hak statut menuju kemungkinan penghakiman aktivis.[28]

Keganasan[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli politik parti Buruh telah mengeritik Akta Hak Asasi Manusia 1998 dan kecenderungan kehakiman menggunakan perisytiharan ketidakserasian terhadap perundangan keganasan:

Bekas Setiausaha Dalam Negara John Reid mendakwa bahawa Akta Hak Asasi Manusia menggangu perang terhadap keganasan dalam hal perintah pengawalan yang berkontroversi:

"Ini adalah ancaman yang serious - dan saya merupakan yang pertama mengakui yang kebolehan kami melawannya tidak mencukupi sehinggakan melawan dengan satu tangan terikat di belakang. Jadi saya berharap yang apabila kami membawa cadangan kami dalam minggu-minggu seterusnya kami akan menghadapi karenah politik yang kurang dan sokongan terhadap keselamatan dalam negara yang lebih."[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2002-03-12. Dicapai pada 2009-02-12.
  2. ^ Murray Hunt, The Horizontal Effect of the Human Rights Act (Where is this from?)
  3. ^ Seksyen 6(1)
  4. ^ Seksyen 6(3)(b)
  5. ^ Seksyen 6(3)(a)
  6. ^ The full text of Schedule 1 (along with that of the rest of the Act) can be found at the Office of Public Sector Information Website: [1]
  7. ^ Section 2
  8. ^ Seksyen 7(7)
  9. ^ Seksyen 8(1)
  10. ^ Bandingkanlah dengan Seksyen 8(2)-(5) dan Seksyen 9(2)-(3) yang memberikan perlindungan tambahan kepada Mahkamah.
  11. ^ Seksyen 6(2).
  12. ^ Seksyen 3(1)
  13. ^ Seksyen 4
  14. ^ Seksyen 4(5) memperuntukkan bahawa Perisytiharan Ketakserasian boleh dibuat oleh: Dewan Pertuanan, dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi. Di England, Wales, dan Ireland Utara oleh Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi. Dan di Scotland oleh Mahkamah Justisiari Tinggi apabila tidak bertindak sebagai mahkamah perbicaraan, atau Mahkamah Sesyen. Kuasaitu juga diberikan kepada Mahkamah Rayuan Tentera.
  15. ^ Seksyen 4(6)(a)
  16. ^ Seksyen 10(2)
  17. ^ "MPs attacking political correctness". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-05. Dicapai pada 2007-07-27.
  18. ^ "Judges must bow to the will of Parliament". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-02. Dicapai pada 2007-07-27.
  19. ^ "Time to liberate the country from Human Rights laws". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-06-07. Dicapai pada 2007-07-27.
  20. ^ "Children test the law lords over right to an education". Dicapai pada 2008-10-16.
  21. ^ "Law lords back school over ban on Islamic gown". Dicapai pada 2008-10-16.
  22. ^ Craig, Administrative Law, 6th ed p560
  23. ^ Ghaidan lwn Godin-Mendoza [2004] 2 AC 557 n.63 perenggan 32
  24. ^ Phillipson, Gavin, Transforming Breach of Confidence? Towards a Common Law Right of Privacy under the Human Rights Act,Modern Law Review, Volume 66, Number 5, September 2003 , pp. 726-758(33)
  25. ^ http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm
  26. ^ "Cameron 'could scrap' rights act". Dicapai pada 2007-04-02.
  27. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-25. Dicapai pada 2009-02-12.
  28. ^ Public Law: Adam Tomkins p192
  29. ^ Reid warning to judges over control orders | Politics | The Guardian

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]