Aku Ada, Kau Ada???

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Aku Ada, Kau Ada???
Filem Aku Ada, Kau Ada.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahRahila Ali
Penerbit
  • Normashayu Puteh
  • Hyo-jeong Kim (penyelaras)
PenulisRahila Ali
Dibintangi oleh
SinematografiDaven Raghavan
Disunting olehAhmad Mustadha Samingon
PengedarPencil Pictures
Mula ditayangkan
24 Mei 2012
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.21 juta

Aku Ada, Kau Ada??? merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rahila Ali, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. Filem ini ditayangkan pada 24 Mei 2012.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ialah filem sulung arahan Rahila Ali. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Seoul, Korea Selatan pada 2011.[2] Hampir 90 peratus penggambaran telah dijalankan di beberapa lokasi menarik di Korea Selatan termasuk Seoul dan Pulau Jeju.[1]

Sebanyak empat lagu menjadi runut bunyi filem ini, lagu "Begini Caranya" nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsudin menjadi lagu tema filem ini.[3]

Tetapan dan gaya[sunting | sunting sumber]

Aku Ada, Kau Ada??? berlatarkan di Korea Selatan dengan pengaruh muzik K-Pop. Penulis blog, Nisa Kay berpendapat bahawa unsur-unsur muzikal dalam jalan cerita filem ini disampaikan dengan cermat.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Aku Ada, Kau Ada??? dikeluarkan pada 24 Mei 2012[5] di 60 pawagam seluruh Malaysia.[2] Filem ini telah dipasarkan sebagai "filem K-Pop Melayu pertama di Malaysia".[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Wartawan Sinar Harian (25 Mei 2012). "Aku Ada, Kau Ada, filem K-Pop Melayu pertama". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  2. ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (13 Mei 2012). "Aku Ada, Kau Ada??? masuk 60 pawagam". Berita Minggu. Dicapai pada 18 September 2012.
  3. ^ Budiey (4 Mac 2012). "Lirik lagu Begini Caranya nyanyian Shaeizy Sam dan Yana Samsudin". Dicapai pada 18 September 2012.
  4. ^ "Filem - Aku Ada, Kau Ada lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin". Nisa Kay. 25 Mei 2012. Dicapai pada 18 September 2012.
  5. ^ "Pra-tonton filem Aku Ada, Kau Ada". Galaksi Media. 22 Mei 2012. Dicapai pada 18 September 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]