Shaheizy Sam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shaheizy Sam
ShaheizySamABPBH2012.jpg
Kelahiran Shaheizy Sam bin Abdul Samad
(1982-09-04) 4 September 1982 (umur 34)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif 1995–kini
Pasangan Syatilla Melvin (berkahwin 2016)
Ibu bapa Abdul Samad Jaaman (bapa)
Khaty Fauziah (ibu)
Saudara Zizie Ezette (kakak)
Bung Mokhtar Radin (abang Ipar)
Jozieta Ronalie Abdul Samad (kakak)
Sammy Fuzette (abang)
Ahmad Shah Al-Jeffry (abang)

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) atau lebih dikenali sebagai Shaheizy Sam ialah seorang pelakon lelaki Malaysia[1] yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014),[2][3] dan Polis EVO (2015).[4] Selain berlakon filem, Sam telah muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Kasanova XXL (2009), Impak Maksima the Series (2009), Adnan Sempit the Series (2010-11),[5] Kisah Cinta (2013), Aku Bukan Bimbo (2016) dan lain-lain lagi. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada 1998 dengan menganggotai kumpulan M.O.B sehingga pembubaran mereka.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, Sam telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Syamsul Yusof, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam televisyen, filem dan platform lain, termasuk dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan ke-23 (menerusi Evolusi KL Drift 2), serta memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, beliau turut memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.[6] Anugerah lain yang diraih oleh beliau termasuk Anugerah Shout!, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Lawak Warna.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sam dilahirkan sebagai Shaheizy Sam bin Abdul Samad pada 4 September 1982 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik kepada dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman.[7]

Tiga lagi adik beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres Zizie Ezette pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan.[8]

Sam mempunyai seorang lagi kakak yang tidak terlibat dalam bidang seni iaitu Jozieta Ronalie Abdul Samad. Penglibatan keluarga Mummy Khaty dalam bidang seni bertitik-tolak daripada pembabitan Zizie Ezette dalam bidang lakonan ketika berusia 14 tahun serta kemunculan Jeff bersama A to Z pada 1996. Semuanya bermula setelah kematian bapa Sam pada 9 April 1995 akibat kanser yang kronik. Allahyarham sempat menitip pesan kepada Khaty untuk menentukan hala tuju keluarga. Ibu tunggal lima anak itu berkata, ketika itu suaminya menyuruh dia memilih sama ada bekerja di pejabat atau menemani Zizie ke lokasi penggambaran. Menurut Kathy, jika dia mahu Zizie menjadi pelakon, dia perlu berhenti kerja kerana arwah suaminya bimbangkan keselamatan anaknya itu.

Apabila Zizie mendapat tawaran berlakon filem Kekasih Awal dan Akhir pada 1993, suaminya memberikan kata dua itu. Demi menyahut cabarannya, Khaty sanggup berhenti kerja dan menemani Zizie hingga dirinya pula ditawarkan menjadi pelakon. Walau mulanya suami tidak suka anak-anak jadi artis, akhirnya Allahyarham merestui.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zaman awal sebagai pelakon kanak-kanak (1995-1999)[sunting | sunting sumber]

Setelah kejayaan Zizie dan Jeff, Sam akhirnya menurut jejak langkah apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tapi Tak Serupa ketika beliau berusia 12 tahun. Ketika itu Sam bergandingan bersama pengacara terkenal, Aznil Nawawi serta kakaknya sendiri.

Pada tahun 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman. atau lebih dikenali sebagai Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.

Menghilang dan pembabitan dalam bidang muzik (2000-2005)[sunting | sunting sumber]

Selepas diperkenalkan menerusi telemovie Pa’e, nama Sam terus sepi dalam dunia lakonan. Barangkali kerana impak besar terhadap watak Pa'e, tiada pengarah yang berani menawarkan watak baru buat Sam. Sejak itu Sam banyak menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga tamat sekolah pada tahun 2001.

Begitupun, Sam yang berusia 18 tahun ketika itu pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan bunyi kerana Sam memang meminati bidang muzik berbanding lakonan. Selain duduk saja di rumah, Sam juga memperlengkaplkan diri untuk menjadi pemuzik dengan mempelajari gitar dan keyboard serta sudah mula menubuhkan kumpulan vokalnya sendiri yang lebih cenderung membawa muzik irama hip hop dan R&B.

Bersama Syed Hussein bin Syed Mustafa atau Sein Ruffedge (yang kemudiannya menyertai Ruffedge) dan Shear Khan serta Haziman Ramli, mereka menubuhkan kumpulan rap M.O.B dan bergerak secara underground sebelum kerjaya seni mereka direncanakan oleh A to Z Production.[9]

Malangnya perancangan awal Kumpulan M.O.B untuk bernaung dibawah A to Z Productions tidak kesampaian.[9] M.O.B bagaimanapun mendapat peluang untuk bekerjasama dalam pembikinan album penyanyi tersohor Syafinaz Selamat berjudul Syyhh... Album perhargaan kepada komposer lagenda Ahmad Nawab yang diterbitkan oleh maestro muzik dan kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Saluran 8TV, Ahmad Izham Omar menerusi label Positive Tone itu menampilkan Sam dan kumpulannya berkolaborasi dalam lagu nafas baru penyanyi Broery Marantika berjudul Rinduku Rindumu. Lagu itu memanjat carta utama radio pada tahun 2001 sekaligus memperkenalkan M.O.B sebagai salah sebuah kumpulan hip-hop yang sedang mencipta nama.

Pun begitu sinar M.O.B tidak seterang seperti yang diharapkan. Setelah berpeluang merakamkan projek-projek kerjasama bersama kumpulan-kumpulan hip hop yang lain, M.O.B tidak berpeluang merakam album studio sendiri. 2 buah lagu lain yang pernah dirakamkan oleh M.O.B adalah lagu "Foo" dan "Don't Cha Worry" (menampilkan Ruffedge).[9] Sam sebelum ini pernah tampil dalam lagu Too Phat.[9]

Pada tahun 2003, ketika berusia 20 tahun Sam kembali ke pentas lakonan apabila diberi peluang untuk muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son. Bergenre seram dramatik, The Son merungkai psikologi remaja berusia 15 tahun yang berhubungan dengan sepasang suami isteri. Remaja lelaki lakonan Sam itu yang suka memberontak, mendapat perlindungan di rumah pasangan suami isteri di mana masing-masing melayannya dengan cara tersendiri. Si isteri menunjukkan kasih sayang tetapi suami pula bersikap dingin. Bermula dari kekeliruan itu, remaja berkenaan mula mencari jawapan dan kebenaran. Menerusi filem digital yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman.

Kemunculan semula dalam bidang lakonan (2006 - 2008)[sunting | sunting sumber]

Agak lama menyepi dan tenggelam timbul dalam bidang lakonan, hanya ketika beliau berusia 24 tahun Sam memilih untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Aktif membintangi drama-drama TV seperti Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam dan Kasanova XXL,[10] bakat lakonan Sam yang pernah mekar suatu ketika dulu kini digilap semula. Sam yang mengakui tidak gemar menghadiri proses ujibakat dan hanya bergantung kepada tawaran daripada rakan-rakan dalam industri kini bersedia untuk menjadi pelakon handalan yang dipuja ramai.

Syamsul Yusof memberanikan diri menawarkan watak antagonis untuk Sam, biarpun atas dasar persahabatan, Sam memberikan persembahan memberangsangkan hingga mendapat pujian pengkritik filem dan media. Lakonan Sam sebagai Acai, mat rempit mereng dan panas baran mendapat tempat di hati juri hingga Sam menerima pencalonan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23 pada tahun 2009. Biarpun tewas kepada pelakon remaja Mohd Shafie Naswip yang mempamerkan lakonan mengusik jiwa dalam filem Talentime, lakonan Sam tetap diberi perhatian ramai dan dijangka akan mengungguli FFM yang akan datang.

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Adnan Sempit dan kejayaan (2009-2011)[sunting | sunting sumber]

Aksi lakonan Sam sebagai Acai dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Jodoh Sam bersama studio perfileman gergasi, Metrowealth Movies Production terjadi apabila pelakon Pierre Andre menarik diri daripada membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak, arahan Ahmad Idham akibat pergeseran pelakon dan pengarah muda itu dengan penerbit David Teo. Ekoran itu, belumpun sempat Sam membuktikan bakat lakonannya menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam,[11] beliau diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu, tambahan Sam pernah memegang watak kecil dalam sebuah lagi filem MMP iaitu Syurga Cinta. Sejak itu Sam begitu aktif membintangi filem-filem terbitan MMP dan kesemua filem lakonannya mencatat kutipan box-office.

Pada tahun 2010, Sam muncul dengan filem Adnan Sempit dan ternyata filem tersebut meraih kutipan memberangsangkan serta paling tinggi dalam sejarah kutipan hari pertama filem di Malaysia. Ibu Sam sangat bersyukur akan kejayaan anaknya. Sam yang sekali lagi memegang watak Mat Rempit yang kali ini bersikap hopeless romantic ini ternyata membuka mata penggiat seni akan bakat semulajadi yang tidak sempat digilap yang dimiliki oleh Sam ini.[12] Beliau bersama Zed Zaidi, Kamal Adli, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay berlakon dalam filem seram Niyang Rapik arahan Ahmad Idham,[13] Mengetengahkan cerita lima sahabat yang datang ke Kampung Niyang Rapik untuk menjalankan kajian sejarah, pelbagai kejadian ngeri menghantui mereka sejurus meninggalkan kampung tersebut.[13] Bekerja sekali lagi di bawah arahan Syamsul Yusof selepas filem Bohsia, Sam berlakon dalam kesinambungan filem Evolusi KL Drift,[14] Evolusi KL Drift 2[15] menerusi watak antagonis sebagai Ery, orang kanan Joe yang dilakonkan oleh Aaron Aziz. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 menjadi kejayaan komersial di pawagam.

Sam dijangka dengan mudah akan meletakkan namanya sebagai pelakon lelaki tersohor dekad baru ini selain berjaya menempatkan diri sebagai antara pelakon berkarektor yang mempunyai nilai komersial dalam bidang lakonan. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai seorang samseng warga Thailand bernama Tumulak. Filem ini melayakkan Sam menerima pencalonan bagi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2011 dan memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24.

Beliau kembali digandingkan bersama aktres jelita Lisa Surihani menerusi filem drama Sekali Lagi yang turut dibintangi oleh Mia Sara Nasuha dan Bront Palarae, sebelum ini juga Sam dan Lisa sama-sama berlakon dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak[16] Dalam filem sulung arahan Hashim Rejab, Sam memegang watak sebagai seorang pesakit autisme yang bernama Armand.[16] Beliau kemudiannya berlakon dalam satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production – filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim, sekali lagi beliau digandingkan bersama heroinnya dalam filem Adnan Sempit, Yana Samsudin dan Intan Ladyana, dimana beliau memegang watak Harry. Pada November 2011, Sam muncul dalam filem Aku Bukan Tomboy merupakan filem ketiganya bersama Syamsul Yusof selepas dua filem sebelum ini (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2), dalam filem lakonan Scha Al-Yahya ini, beliau juga memegang watak lakonannya dalam Bini-Biniku Gangster, Harry.[17][18]

Adnan Sempit 2, SAM dan puncak populariti (2012-2014)[sunting | sunting sumber]

Sam kembali melakonkan watak Adnan dalam Adnan Sempit 2 arahan Ismail "Bob" Hasim, kisahnya bermula dengan kehidupan Adnan dan Nadia semakin intim sehinggakan mereka bercadang untuk berkahwin. Namun, hubungan intim mereka kurang disenangi oleh bapa Nadia, Datuk Ithnin yang merasakan Adnan sepatutnya berperwatakan seperti ahli korporat. Filem ini masih mengekalkan Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along Cham sebagai pelakon utamanya.

Pada 2012 juga, selepas Adnan Sempit 2, Sam berlakon dalam empat lagi filem, komedi romantik muzikal Aku Ada, Kau Ada??? arahan Rahila Ali yang sekali lagi menggandingkan lagi bersama Yana Samsudin; komedi seram Nongkrong arahan Ismail "Bob" Hasim, romantik psiko-thriller, SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Lisa Surihani yang mengisahkan Sam, seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, menghidapi penyakit Identity Dissociative; filem ini melayakkan Sam menerima pencalonan bagi Pelqakon Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012 serta filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham yang juga menggandingkannya sekali lagi dengan Yana, dalam filem ini, Sam melakonkan watak sebagai Alang, seorang pemuda jalanan yang membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri dari kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai saudara-mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim.

Sam beralih ke telefilem dengan membintangi telefilem bertajuk Nyanyian Sakaratulmaut arahan Haris Kadir dan terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd yang juga projek drama sulung produksi yang dimiliki oleh kakaknya, Zizie Ezette yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 2 Jun, yang mana Sam melakonkan watak pengedar dadah bernama Talib, telefilem ini turut dibintangi oleh Neelofa, Farahdhiya dan Datuk Jalaluddin Hassan. Ia merupakan satu-satunya telefilem yang dibintanginya pada 2012.[19]

Sekali lagi menjayakan watak Adnan, Sam berlakon dalam sekuel ketiga Adnan Sempit, Adnan Sempit 3 yang juga filem Adnan Sempit kedua arahan Ismail "Bob" Hasim dan masih mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya termasuk Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Kisah kali ini menumpukan kepada pasangan Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana) juga Bobby (Along Raja Lawak) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing – masing. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial sepertimana dua filem terdahulu, ia berjaya mengutip RM2.3 juta selepas enam hari ditayangkan di pawagam. Memetik laporan portal berita Astro Awani, filem yang ditayangkan pada cuti Hari Raya dilanjutkan tempoh tayangan selama tiga minggu berikutan sambutan hangat yang diterima daripada penonton.[20]

Beliau seterusnya membintangi telefilem Aidilfitri, Adnan Sempit Balik Raya (juga dikenali sebagai Adnan Balik Raya). Ia berkisarkan tentang Adnan yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di rumah pakciknya, Pak Chah. Dia terkejut apabila kawan baiknya, Fatimah kini bertukar menjadi seorang yang kurus dan cantik setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Sam seterusnya muncul dalam dua filem, drama Islamik Dua Kalimah arahan Eyra Rahman yang menggandingkannya bersama Nora Danish dan filem aksi Kisah Paling Gangster arahan pengarah filem Cina Malaysia, Brando Lee.[21] Dalam filem yang turut dibantu oleh Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal, Zul Handy Black dan Fyza Kadir, ini mengisahkan tentang Remy, seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang.[21] Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut.[21]

Sam seterusnya berlakon dalam satu-satunya drama lakonannya pada 2013, Kisah Cinta arahan Bahri Umararif Bajuri terbitan kakak Sam, Zizie Ezette yang mana beliau melakonkan watak protagonis Sahah dan pertama kali menggandingkan beliau bersama pelakon jelita Nur Fazura yang disiarkan di Slot Lestary TV3. Drama ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Ungku Ismail Aziz, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sepanjang 2014, Sam tidak menerima tawaran berlakon drama atau telefilem, sebaliknya lebih banyak muncul dalam filem. Beliau kembali menjayakan watak Adnan dalam sekuel terakhir Adnan Sempit, Adnan Sempit Sawadikap arahan Ismail "Bob" Hasim yang mana penggambarannya dijalankan di Bangkok, Thailand. Seterusnya, beliau bersama Siti Saleha muncul dalam filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin,[22][23] yang mana beliau melakonkan watak MJ, seorang pemuda berketurunan Mamak yang berdepan konflik terhadap minat dan matlamat hidupnya yang sangat berbeza. MJ amat meminati pembuatan kek cawan. Malangnya, hasrat itu terhalang kerana apabila bapanya mahu beliau mewarisi perniagaan tradisi keluarga. Filem ini turut dibintangi oleh Faizal Ismail dan Azad Jazmin. Mamak Cupcake menandakan kolaborasi filem keempat Sam bersama Azad Jazmin selepas Ngangkung, Kongsi dan SAM: Saya Amat Mencintaimu.

Menerusi lakonannya dalam filem Adnan Sempit 3, Sam menerima pencalonan bagi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2014. Sam seterusnya muncul dalam dua lagi filem dalam suku keempat tahun 2014, filem aksi drama Kaki Kitai bersama Farid Kamil arahan Azaromi Ghazali dan filem romantik Manisnya Cinta Di Cappadoccia bersama Fazura dan Lisa Surihani arahan Bernard Chauly.[24]

Polis EVO, Aku Bukan Bimbo dan kejayaan seterusnya (2015-kini)[sunting | sunting sumber]

Melengkapkan portfolio kerjaya lakonan bagi tahun 2015, Sam membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Khai, filem ini turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Nora Danish. Filem ini memerlukan Sam melakukan senaman dalam tempoh lima bulan dari April hingga September 2014, bagi mendapatkan bentuk badan ideal untuk watak Inspektor Khai.[25][26][27] Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta,[28] malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak[29] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[30][31]

Beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dalam telefilem berjudul Cerminan Kasih arahan pengarah India Muslim, Murali Abdullah, yang mana Sam memegang watak utama sebagai Amran. Telefilem ini mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Sam) atas pilihan keluarga.

Sam bersama Zizan Razak, Arja Lee dan Zara Zya membintangi filem aksi komedi sukan satira Rembat arahan Shamyl Othman, yang mana dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Malik, seorang penyokong tegar bola sepak Malaysia.[32] Di majlis Anugerah MeleTOP Era 2015, Sam menerima pencalonan bagi kategori Bintang Filem MeleTOP. Beliau turut menerima pencalonan bagi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 menerusi filem sama dan Kaki Kitai.

Pada awal 2016, Sam berlakon dalam siri drama Aku Bukan Bimbo berpasangan bersama Nadiya Nisaa yang diadaptasi daripada novel BIMBO arahan Rin Ahmad. Beliau kemudiannya membuat kemunculan khas dalam filem arahan bersama Syafiq Yusof dan Pekin Ibrahim, Mat Moto yang mana beliau memegang watak sebagai Acai, watak lakonannya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.

Beliau bersama Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan pelakon Indonesia Nicholas Saputra dan Prisia Nasution membintangi filem misteri thriller Interchange arahan pengarah pemenang anugerah, Dain Iskandar Said,[33] Sam memegang watak seorang detektif polis bernama Detektif Man. Filem ini mengisahkan kehidupan Adam (Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur.[34][35]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shaheizy Sam pada 2014.

Pada tahun 2008, Sam dilaporkan hangat mengulit cinta dengan pelakon baru, Tengku Putri Najwa (Wawa) yang popular menerusi drama Dari KL ke Queenstown. Kemesraan mereka disaksikan media ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-21. Difahamkan, hubungan yang terjalin lebih setahun itu mendapat restu kedua-dua keluarga, cuma Sam dan Wawa buat masa ini mahu memberi tumpuan pada karier seni.

Awal tahun 2010, Sam dilaporkan kembali solo. Kesibukan berlakon menyebabkan beliau tidak ada masa untuk berfikir soal untuk menamatkan zaman bujangnya. Sam kini suka menghabiskan masa bersendirian dengan menonton filem sekali gus mengembangkan minda. Aktiviti lain kegemarannya ialah ke pusat beli belah dan bersembang dengan kawan di laman sosial Facebook.

Sam yang pernah putus cinta dua kali juga mengakui belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hati setelah putus dengan Wawa juga mencari wanita yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan seperti suka tersenyum dan tidak cakap banyak. Selain itu, dia mestilah mempunyai ciri-ciri wanita sejati. Sam juga tidak kisah dia daripada golongan artis atau tidak.

Pada 2013, khabar angin datang apabila beliau menjalin hubungan dengan pelakon, Nur Fazura[36] ketika sama-sama berlakon dalam drama Kisah Cinta yang disiarkan di Slot Lestary TV3. Percintaan mereka berlaku pada 2012 yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia arahan Bernard Chauly. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran dan dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.[37][38][39][40][41][42]

Pada 8 Februari 2016,[43][44] dengan sekali lafaz akad nikahnya, Sam telah menjadi suami yang sah kepada pelakon dan juga sudah 6 tahun bercinta, Syatilla Melvin,[45] atau nama penuhnya, Siti Nur Syatilla Binte Amirol Melvin dengan mas kahwinya RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Mereka menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.[46][47] Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.  Majlis nikah pasangan itu dilangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.[48][49][50][51][52][53]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
1995 Sama Tak Serupa

Daya Pentas Sdn Bhd

Kid

Penampilan Khas

2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Skop Production & Grand Brilliance

Acai

Watak Pembantu

Syurga Cinta

Metrowealth Movies Production

Alexander

Watak Pembantu

Jangan Pandang Belakang Congkak

Metrowealth Movies Production & Golden Screen Cinemas

Johan

Watak Utama

2010 Adnan Semp-it[54]

Metrowealth Movies Production

Adnan

Watak Utama

Niyang Rapik

Excellent Pictures

Zizan

Watak Utama

Evolusi KL Drift 2

Skop Production & Grand Brilliance

Erry

Watak Pembantu

Ngangkung

Metrowealth Movies Production

Azim

Watak Utama

2011 Kongsi

Metrowealth Movies Production

Tumulak

Watak Utama

Sekali Lagi

Metrowealth Movies Production

Arman

Watak Utama

Bini-biniku Gangster

Metrowealth Movies Production

Herry

Watak Utama

Aku Bukan Tomboy

Skop Production

Harry

Watak Utama

Songlap

Primeworks Studios
Red Film

Am

Watak Utama

2012 Adnan Sempit 2

Metrowealth Movies Production

Adnan

Watak Utama

Aku Ada, Kau Ada???

Pencil Pictures

Nordin Ahmad

Watak Utama

Nongkrong

Metrowealth Movies Production

Watak Utama

SAM: Saya Amat Mencintaimu

Skop Movies Production

Sam

Watak Utama

8 Jam

Metrowealth Movies Pictures

Alang

Watak Utama

2013 Adnan Sempit 3

Metrowealth Movies Pictures

Adnan

Watak Utama

Dua Kalimah
  • Eyra Rahman

Metrowealth Movies Pictures

Aiman

Watak Utama

Kisah Paling Gangster
  • Brando Lee

B & L Kreatif

Remy

Watak Utama

2014 Adnan Sempit Sawadikap

Metrowealth Movies Pictures

Adnan

Watak Utama

Mamak Cupcake
  • Woo Min Jing

Primeworks Studios & Grand Brilliance

MJ

Watak Utama

Kaki Kitai

Metrowealth Movies Production

Grenggo/Din

Watak Utama

Heroin : Emily Chan

Manisnya Cinta Di Cappadoccia
  • Bernard Chauly

Astro Shaw

Nazmi

Watak Utama

Kasut Ku Kusut

Metrowealth Movies Production

Watak Utama

  • Heroin : Atikah Suhaimie
2015 Polis EVO
  • Ghaz Abu Bakar

Astro Shaw

Inspektor Khai

Watak Utama

Rembat
  • Shamyl Othman

Marna Film, Red Film, Grand Brilliance

Malik

Watak Utama

2016 Mat Moto
  • Pekin Ibrahim

Skop Productions & Viper Studios

Acai

Penampilan Khas

Interchange
  • Dain Said

Apparat

Detektif Man

Watak Utama

2017 Pinjamkan Hatiku
  • Osman Ali

Nuansa Sdn. Bhd.

Naufal

Watak Utama

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Telefilem
Tahun Judul Peranan Nota
1998 Pa'e
  • Saian Salimon
Pa'e

Watak Utama

Seiras Maya
  • Ali Sobri
Atan

Watak Utama

2003 The Son
  • Woo Ming Jin
Boy

Watak Utama

  • mengisi Slot ODISI untuk filem-filem digital di ntv7
2008 Noda Semalam
  • Murali Abdullah
Hassan

Watak Utama

2012 Nyanyian Sakaratul Maut

Haris Kadir

Talib

Watak Utama

2013 Adnan Sempit Balik Raya

Ismail Bob Hashim

Adnan

Watak Utama

2015 Cermin Kasih[55][56]

Murali Abdullah.

Amran

Watak Utama

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Siri TV
Tahun Judul Saluran Nota
2007 Elly
  • Jatt Lee
ntv7 (25 episod)
Bisikan Hati
  • Fizi - Watak Utama
TV2 (26 episod)
2008 Graduan
  • Rashid Sibir
Astro RIA (13 episod)
KL Menjerit
  • Fairuz Loy
Astro RIA (13 episod)
Ali Din
  • Raja Ahmad Alauddin
TV9 (13 episod)
2009 Kasanova XXL TV3 (13 episod)
Impak Maksima TV3 (26 episod)
2010 Jangan Pandang Belakang
  • Musim 2
TV2 (13 episod)
Asmaradana
  • Feroz Kadir
TV3 (25 episod)
Adnan Semp-it The Series
  • Ismail Bob Hasim
Astro Warna (26 episod)
2013 Kisah Cinta

Bahri Umararif Bajuri

TV3 (13 episod)
2015 Ajaibnya Cinta TV3
2015 Oh My English! Class of 2015[57] Astro TVIQ
2016 Aku Bukan Bimbo
Astro Ria

Pengendorsan[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2012 Mi Mamee
2013 WeChat bersama Lisa Surihani
Nescafè
2014 Kicap Mahsuri
2015 CLEAR Shampoo bersama Juliana Evans
ARTISARI bersama Khaty Fauziah & Fezrul Khan
Alba

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi
  • Oh! Saya Sayangkan Mamee
  • Begini Caranya Feat Yana Samsudin
  • Bangun Feat Liyana Jasmay
  • Gol ! Gol ! Gol ! Feat Aniu (ost Rembat)

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2015, Sam telah dilantik bersama pelawak Nabil Ahmad sebagai Ikon 1JPJ Skuad Muda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Tujuan 1JPJ Skuad Muda adalah untuk memberi kesedaran awam tentang keselamatan jalan raya dan memupuk semangat kesukarelawanan, perpaduan dan patriotisme.[58]

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22[59] Pelakon Pembantu Terbaik
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Dicalonkan
2010 2nd Shout! Awards Hot Guy Award N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-23[60] Pelakon Pembantu Terbaik
Evolusi KL Drift 2
Menang
Anugerah Skrin ke-14[61] Pelakon Pembantu Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Yasmin Ahmad N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 Bintang Paling Popular N/A Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Menang
Pelakon TV Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2011 Anugerah Skrin ke-15 Pelakon Terbaik (Filem)
Kongsi
Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Terbaik Menang
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Selebriti Kegemaran N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Anugerah Sri Perak N/A Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Artis Lelaki Bergaya N/A Dicalonkan
2012 Anugerah Blockbuster Pelakon Lelaki Terhebat
Bini-biniku Gangster
Dicalonkan
Sekali Lagi
Dicalonkan
Anugerah Shout! ke-3 Hot Guy Award N/A Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Terbaik
SAM: Saya Amat Mencintaimu
Dicalonkan
Songlap
Dicalonkan
16th Anugerah Skrin Pelakon Terbaik (Filem) Menang
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
SAM: Saya Amat Mencintaimu
Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Bintang Paling Popular N/A Menang
Pelakon Filem Paling Popular N/A Menang
Best on Screen Chemistry with Yana Samsuddin N/A Dicalonkan
Artis Lelaki Paling Stailo N/A Dicalonkan
2013 1st Anugerah Lawak Warna Best Comedy Actor (Film)
Adnan Sempit 2
Dicalonkan
2nd Blockbuster Awards Best Male Performance Dicalonkan
Best Theme Song with Yana Samsuddin
Beginilah Caranya - Aku Ada, Kau Ada???
Menang
17th Anugerah Skrin Best Actor (Film)
SAM: Saya Amat Mencintaimu
Menang
1st Anugerah Melodi Dynamic Artist Award N/A Dicalonkan
Male Choice Artist Award N/A Dicalonkan
1st ASEAN International Film Festival Best Actor[62][63][64]
Songlap
Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Most Popular Film Actor N/A Dicalonkan
Stailo Male Artists N/A Dicalonkan
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Best Comedy Actor (Film)
Adnan Sempit 3
Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27[65][66] Bintang Paling Popular[67] N/A Menang
Pelakon Filem Paling Popular N/A Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Bintang Filem MeleTOP
Adnan Sempit Sawadikap
Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2015 Pelakon Komedi Terbaik (Filem) Dicalonkan
Kaki Kitai
Dicalonkan
Artis Komedi Lelaki Terbaik N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sam ingin beraksi di Hollywood". Kosmo!. 17 September 2015. Dicapai pada 26 April 2017. 
  2. ^ Kemalia Othman (4 September 2014). "Shaheizy Sam Penyelamat 'Mamak Cupcake'". mSTAR Online. Dicapai pada 26 September 2014. 
  3. ^ Aqmar Mustaza (30 Ogos 2014). "Bila Mamak & Cupcake bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2014. 
  4. ^ Eddino Abdul Hadi (6 July 2016). "Malaysian star plays cop again in upcoming film". The Straits Times. Dicapai pada 26 April 2017. 
  5. ^ Feride Hikmet Atak (13 April 2010). "Sam rasa nak pecah kepala!". Kosmo!. Dicapai pada 26 April 2017. 
  6. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2015). "Emosi Shaheizy Sam di ABPBH 20146". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2015. 
  7. ^ Nuul Huda Hussain (24 Disember 2016). ""Arwah Bapa Sam Pegawai Polis, Tegas! Tak Ada Istilah 'Lepak' Dalam Keluarga" — Khaty Fauziah Musa". In Trend. Dicapai pada 26 March 2014. 
  8. ^ "Seleb A-Z: Zizie Izette". Murai.com. Dicapai pada 26 March 2014. 
  9. ^ a b c d Kemalia Othman (28 Februari 2013). "Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B". mSTAR Online. Dicapai pada 26 March 2014. 
  10. ^ "Kisah kasanova gemuk dalam 'Kasanova XXL' di TV3". mSTAR Online. 1 Januari 2009. Dicapai pada 26 March 2014. 
  11. ^ Metra Syahril Mohamed (23 April 2009). Bohsia ' ketuk ' kesedaran masyarakat Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
  12. ^ Sam 'Pecah Kepala' Dengan 'Adnan Sempit' mSTAR Online (8 April 2010). Dicapai pada 26 April 2014.
  13. ^ a b Metra Syahril Mohamed (22 Februari 2010).Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 April 2015.
  14. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  15. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30. 
  16. ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (27 September 2010). "Sekali lagi filem pertama gandingan Lisa-Sam". MSTAR Online. Dicapai pada 13 April 2014. 
  17. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 
  18. ^ "Aku Bukan Tomboy sarat mesej & komedi". Sinar Harian. 18 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 
  19. ^ CEREKARAMA: NYANYIAN SAKARATUL MAUT (2 JUN 2012) Syuhada Salleh. 2 Jun 2012.
  20. ^ ADNAN SEMPIT 3 KUTIP RM2.3 JUTA SELEPAS ENAM HARI TAYANGAN Media Hiburan (15 Ogos 2013). Diperoleh pada 1 Septemebr 2013.
  21. ^ a b c Aqmar Mustaza (23 November 2013).Kisah Paling Gengster bukan klon KL Gangster Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Septemebr 2013.
  22. ^ Aqmar Mustaza (25 Ogos 2014).Mamak Cupcake satukan Sam & Saleha Sinar Harian. Diperoleh pada 1 September 2014.
  23. ^ Jodoh Shaheizy Sam, Siti Saleha Kosmo! (30 Ogos 2014). Diperoleh pada 1 September 2014.
  24. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (19 December 2014).Sam needs a heart of gold new Straits Times. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  25. ^ "Shaheizy Sam berdepan dua cabaran dalam 'Polis Evo'". Astro Awani. 28 April 2015. Dicapai pada 24 September 2015. 
  26. ^ "Shaheizy Sam Nafi Sudah Buat Persiapan Kahwin". Peraktoday.com.my. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 24 September 2015. 
  27. ^ Mohamad, Zaidi (1 Ogos 2015). "Komen Shaheizy Sam tayang badan sasa, pelaris filem Polis EVO". Berita Harian. 
  28. ^ "Polis Evo catat sejarah kutip RM17.30 juta, padam rekod The Journey". Astro Awani. 29 Oktober 2015. 
  29. ^ "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. 30 September 2015. 
  30. ^ "Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September". Astrogempak.com.my. 8 Oktober 2015. Dicapai pada 2015-10-09. 
  31. ^ "Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan". Astro Awani. 9 Oktober 2015. 
  32. ^ Gun, Michelle (3 Oktober 2015). "Rembat semarak perpaduan dalam lucu". Harian Metro. 
  33. ^ Victor S (26 March 2015). "Shaheizy Sam to star in Dain Said's "Interchange"". Cinema Online. Cinema Online. Dicapai pada 30 September 2016. 
  34. ^ (Inggeris) Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange.
  35. ^ Shaheizy Sam Jawab Spekulasi Kemenangannya Di ABPBH 2014.
  36. ^ Fazura Menangis Akibat Putus Cinta Malaysian Digest. 26 November 2014.
  37. ^ Diam-diam, Fazura pernah 2 tahun bercinta dengan Shaheizy Sam My News Hub. 26 November 2014.
  38. ^ Shaheizy Sam Nafi Pernah Bercinta Dengan Nur Fazura Rotikaya. 9 Februari 2015.
  39. ^ "Bercinta Dengan Fazura, Shaheizy Sam Enggan Komen Lanjut". Rotikaya. 5 Januari 2015. Dicapai pada 2015-08-22. 
  40. ^ Amirul Haswendy Ashari (1 Mac 2015). "Sam lebih suka berkias". Harian Metro. Dicapai pada 2015-08-22. 
  41. ^ "Sam nafi bercinta dengan Fazura". Kosmo!. 3 Mac 2013. Dicapai pada 2015-08-22. 
  42. ^ Haryati Karim (4 Januari 2015). "Shaheizy Sam enggan ulas". Kosmo!. Dicapai pada 4 Januari 2015. 
  43. ^ Farhana Fuad (12 Januari 2016). "Shaheizy Sam Bakal Bernikah Dengan Syatilla Melvin Februari Ini". EH!. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  44. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2016). "Sam, Syatilla kahwin 8 Februari". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  45. ^ Shaheizy Sam weds Syatilla Melvin, Retrieved on February 08, 2016.
  46. ^ Azam A (12 Februari 2016). "Pecahan Kos Perkahwinan RM25 Juta Shaheizy Sam & Syatilla Melvin". The Vocket. Dicapai pada 13 Februari 2016. 
  47. ^ Farhana Fuad (9 Februari 2016). "Shaheizy Sam Pengsan Selepas Akad Nikah, Syatilla Melvin Panik". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Februari 2016. 
  48. ^ "Perkahwinan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Dapat Tajaan RM25 Juta". Rotikaya. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  49. ^ "Perkahwinan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Februari ini ditaja RM25 juta". Astro Awani. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  50. ^ "Ibu sahkan Shaheizy Sam kahwin bulan depan". Sinar Harian. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  51. ^ "Dapat tajaan RM25 juta, majlis Shaheizy Sam 'wedding of the year'?". The Malay Mail. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  52. ^ "Majlis Kahwin Shaheizy Sam & Syatilla RM25 Juta". Malaysia Digest. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  53. ^ "Pecahan Kos RM25 Juta Majlis Kahwin Shaheizy Sam, Syatilla". My News Hub. 12 Februari 2016. Dicapai pada 13 Februari 2016. 
  54. ^ Rozdan Mazalan (10 Jan 2010). "Adnan Sempit Bukan Sekadar Kisah Mat Rempit Sahaja". Berita Harian. Dicapai pada 18 Feb 2010. 
  55. ^ (Melayu) Cermin Kasih gandingan hebat Sam, Tiz Zaqyah. Sinar Harian. 9 October 2015.
  56. ^ Sia, Wendi (15 October 2015). "'Cermin Kasih' writers discredited: KOMFIT urges FINAS to take action". The Daily Seni. The Daily Seni. Dicapai pada 2 August 2016. 
  57. ^ "Musim terbaharu Oh My English! Class of 2015 bermula Ahad ini". Berita Harian. 30 October 2015. Dicapai pada 3 August 2016. 
  58. ^ (Melayu) Skuad Muda 1JPJ diyakini bantu kurang indeks kemalangan maut. The Rakyat Post. 21 May 2015, 8.24 pm.
  59. ^ Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22. Sensasi Selebriti. Budiey. 8 Ogos 2009. Retrieved 26 April 2014.
  60. ^ Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-23. Sensasi Selebriti. Budiey. 25 Octoebr 2010. Retrieved 26 April 2014.
  61. ^ Senarai Pemenang Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010. Sensasi Selebriti. Budiey. 24 Disember 2010. Retrieved 26 April 2014.
  62. ^ (Melayu) Filem Malaysia & Indonesia dominasi calon AIFFA. Astro Awani. Astro Awani Network Sdn Bhd. 29 March 2013.
  63. ^ Ting, Russell (31 March 2013). Glorious night for Shaheizy at Asean international film awards. The Star. Star Media Group Berhad. Retrieved 24 April 2013.
  64. ^ (Inggeris) Malaysia wins four awards at AIFFA 2013. The Star. Star Media Group Berhad. 31 March 2013. Retrieved 24 April 2013.
  65. ^ Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014. Rotikaya. 6 April 2015.
  66. ^ Shaheizy Sam kembali rangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH. Astro Awani. 6 April 2015.
  67. ^ (Inggeris) Shaheizy Sam Wins Malaysia’s Favourite Artiste For The Third Time. MYNEWSHUB. 6 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]