Kamal Adli
Kamal Adli | |
|---|---|
كمال عدلي | |
| Kelahiran | Ahmad Kamal bin Ahmad Adli 16 April 1986 |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Uqasha Senrose (k. 2021; c. 2026) |
| Anak-anak | 1 |
| Bapa | Ahmad Adli |
Ahmad Kamal Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.
Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan, Black Belt Kaler Pink dan Black serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.
Beliau juga terkenal dengan watak filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013), Abang Long Fadil (2014) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat. [1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 16 April 1986 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008.[2] Kamal berkelulusan dalam Bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM; Akademi TV3).
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama lebih 6 tahun, namun mereka berdua memutuskan hubungan selepas enam tahun bersama. Namun demikian, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi Kamal yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, beliau berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.[3][4][5][6][7][8][9][10][11][12]
Kini Kamal masih sendiri dan banyak fokus pada kerjaya. Beliau juga terpalit dengan gosip tentang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose kerana mereka sangat rapat sewaktu bekerjasama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Namun begitu keduanya terlihat sering bersama dan Kamal juga sering terlibat dengan majlis keluarga Uqasha. Pengarah drama terbaru 'Perempuan Tanpa Dosa' yang kini ditayangkan di Astro Ria, iaitu Michael Ang cuba membongkar gosip yang menyatakan Kamal dan Uqasha telah pergi ke kursus kahwin sewaktu tiada sesi penggambaraan antara mereka pada bulan Oktober di Instagram Michael, namun mereka tidak memberi sebarang tanda bahawa apa yang dikatakan oleh Michael adalah benar.
Detik 20 Disember 2020, selepas menyampaikan anugerah bagi kategori “Grup/Duo Meletop Era”, “Lagu Meletop Era” dan “Penyanyi Meletop Era” di acara Anugerah MeleTOP Era, Kamal memberanikan diri untuk melamar Uqasha sebagai isteri yang juga pasangannya penyampai anugerah, secara langsung. Uqasha, yang terkejut dengan lamaran spontan itu, terima lamaran Kamal. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 dan telah menikah pada 5 November 2021 tahun lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup. Dapat bayi perempuan. Sekarang pasangan ini berada di ambang perceraian walaupun Kamal nampaknya masih sangat menyayangi Uqasha & anak mereka.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Peranan pertama Kamal dalam bidang lakonan ialah pada 2008 menerusi peranan kecil dalam siri drama Renjis musim kedua di Astro Ria, seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pengacara apabila beliau mengacarakan rancangan Pandanganku, Ceritaku yang juga bersiaran di Astro Ria. Pada 2009, Kamal diberikan peranan utama sebagai Nik menerusi drama adiwira cereka sains TV3, Bio-Nik terbitan KRU Studios.[13] Drama ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Nik yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya.[14][15][16]
Selepas Bio-Nik, Kamal berlakon bersama Liyana Jasmay menerusi drama Zati & Si Mawas.[17] Peranan pertama di layar lebar hadir pada 2010 apabila Kamal membintangi filem sulung lakonannya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham bersama Shaheizy Sam dan Awal Ashaari.[18]
Pada tahun 2011, Kamal bersama Liyana dan Zahiril Adzim membintangi filem seram Senjakala arahan Ahmad Idham yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai penduduk kampung. Beliau pertama kali berpasangan dengan Intan Ladyana menerusi filem Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, Kamal memegang watak dua beradik kembar, iaitu Awal dan Awi. Seterusnya, beliau membintangi drama Ana lu'lu’' bersama Nora Danish yang disiarkan di Slot Lestary TV3.
Bekerja sekali lagi di bawah arahan Idham, Kamal bergandingan bersama aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen menerusi filem romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang yang ditayangkan pada 31 Mei 2012. Kamal kembali ke layar kaca dengan melakonkan watak utama dalam siri Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bersama dua heroinnya, Miera Leyana dan Nad Zainal.
Pada tahun 2013, Kamal bersama Syamsul Yusof dan Hanis Zalikha berlakon dalam filem aksi komedi arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam, Gangster Celop.[19] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin. Seterusnya, beliau menjadi peserta rancangan realiti TV, Liga Lawak Superstar. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee dalam pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[20][21]
Pada tahun 2014, beliau bersama Zizan Razak memegang watak utama dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[22] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada filem KL Gangster, Kamal melakonkan watak sebagai Adam, anak kepada seorang pendekar. Seterusnya, beliau berlakon dalam filem seram arahan Pierre Andre, Cerita Hantu Malaysia.
Kamal memegang watak sebagai Chi dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Abdul Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[23] Ini merupakan kali kedua Kamal dan Tauke berlakon bersama selepas Abang Long Fadil.
Beliau berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama komedi Black Belt Kaler Pink yang bersiaran di Astro Warna, seterusnya muncul dalam filem drama ketenteraan arahan Jurey Latiff Rosli, Malay Regiment yang ditayangkan pada 31 Ogos 2017.
Beliau juga mendapat undangan dalam satu rancangan sitkom yang ditayangkan di saluran Youtube FINAS Malaysia iaitu Sitkom 'Mamu Mami Gosip ' yang diterajuai Kazar Saisi, Tauke Jambu, Delimawati, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Afifah Nasir, Aidil Aziz, Fikhree Bakar dan Amyza Adnan. Kamal merupakan salah satu tetamu jemputan disamping Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Arwah Abam Bocey, Joey, Fauziah Nawi, Hazama, Farahdhiya, Achey, Liza Abdullah, Azrel Ismail dan ramai lagi. Sitkom ini telah dirakam 3 tahun lalu (2017) sebelum wujudnya Covid 19.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2007/2008 | Juara Pencarian Hero Remaja | — | Menang | |
| 2010 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Niyang Rapik | Tercalon | |
| 2013 | Kumpulan Apa Kasih Toq (Naib Juara) | — | Menang | |
| 2016 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||
| 2017 | Artis Lawak Meletop | Tercalon | ||
| Super Spontan Superstar 2017 | Tempat Pertama (Juara) | Menang | ||
| Pelakon Lelaki Terbaik | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
| Sha & Shah | Tercalon | |||
| Pelakon Lelaki Popular | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
| Pelakon Lelaki Prolifik | — | Menang | ||
| 2018 | Artis Lawak Meletop | Super Spontan Superstar 2017 | Tercalon | |
| Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Duda Pujaan Dara | Tercalon | ||
| Pasangan Serasi Drama | Kamal Adli & Zahirah MacWilson(Duda Pujaan Dara) | Tercalon | ||
| Artis Sensasi Popular | — | Tercalon | ||
| 2020 | Asian Television Award | Best Leading Actor (Digital) | Black (Viu Original ) | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Gandingan Serasi Dalam Drama (Online) | Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad) | Menang | |
| Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
| Artis kontroversi Popular (online) | — | Tercalon | ||
| Anugerah Melodi Drama Sangat | Pasangan Drama Sangat | Kamal Adli & Hannah Delisha (Bukan Kahwin Paksa) | Tercalon | |
| Gempak Most Wanted 2020 | Artis Bujang Tergempak | — | Tercalon | |
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktor Pembantu Filem Popular | — | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kamal Adli teruk dipukul lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat". Berita Harian. 13 Mac 2023. Dicapai pada 13 Mac 2023.
- ^ Budiey (25 Februari 2008). "Hero Remaja 2008 Milik Kamal". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (3 Disember 2014). "Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Temukan Intan Ladyana Kekasih Baharu". mStar Online. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Sedihnya Luahan Hati Kamal Adli Pada Intan Ladyana". Wanista. 9 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Kamal Adli Terkejut, Tidak Sedar Sudah Putus Cinta Dengan Intan Ladyana?". Rotikaya. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Ana Ghoib (8 Disember 2014). "Kamal Adli harap Intan Kembali, Tunai Janji". Malaysian Review. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Nor Azlina Shaari (23 Julai 2014). "Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah". Felda Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Intan Ladyana dan Kamal Adli putus cinta". Berita Harian Singapura. 31 Ogos 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Kamal Adli, Emma Maembong Kini 'Get Back' Semula?". My News Hub. 28 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Kamal Adli enggan panjangkan kontroversi, gembira Emma datang beri sokongan". Astro Awani. 28 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Kamal Adli simpan hasrat kahwin Emma". Utusan Malaysia. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ "Hubungan Kami Masih Seperti Biasa - Kamal Adli Jawab Status Hubungan Dengan Emma Maembong". Astro Gempak. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Budiey (12 Mei 2009). "KRU Studios Terbitkan Drama Superhero CGI Pertama Bio-Nik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (11 Jun 2009). "Bio-Nik wira baru tempatan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-16. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ Tengku Suzana Raja Hamat (15 Januari 2009). "Permulaan sempurna Kamal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-15. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
- ^ Sofiatul Shima (21 Jun 2009). "Kamal lelaki tidak normal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-03. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
- ^ Norliza Mohd Zakaria (29 Mei 2009). "Cinta Kamal, Liyana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Metra syahril Mohamed (22 Februari 2010). "Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 15 April 2015.
- ^ "Debaran Gangster Celop". Sinar Harian. 21 Februari 2013. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
- ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-09. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ "Kamal Adli & Tauke Jambu Melaram Kereta Mewah Kepunyaan Orang Lain". Astro Gempak. 22 Mei 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1986
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Orang dari Pahang
- Peragawan Malaysia
- Peserta Hero Remaja
- Alumni Institut Media Integratif Malaysia