Ali Larijani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ali Larijani ketika memberi ucapan di Persidangan Keselamatan Munich pada Februari 2009

Ali Ardashir Larijani (Bahasa Parsi: علی اردشیر لاریجانی; dilahirkan pada 1958, di Najaf, Iraq) merupakan ahli politik Iran dan seorang ahli Majlis Keselamatan Tertinggi Iran. Dia merupakan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran sejak 15 Ogos 2005 hingga 20 Oktober 2007 telah dilantik oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menggantikan Hassan Rowhani. Larijani meletak jawatan diumumkan pada 20 Oktober 2007 oleh Gholamhossein Elham iaitu jurucakap kerajaan Iran.

Larijani adalah wakil Imam Besar Khamenei ke majlis. Dia dilihat amat berperanan sebagai perunding tertinggi berhubung keselamatan negara, termasuk Program Nuklear Iran.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ali Larijani anak Ayatollah Hashem Amoli, abang Sadegh Larijani (seorang ahli Majlis Penjaga), Mohammad Javad Larijani, dan Fazel Larijani (Atase Kebudayaan Iran di Ottawa). Dia adalah menantu lelaki Ayatollah Morteza Motahhari. Sebagai pelajar, dia mengkhusus bidang matematik dan falsafah. Dia telah menerbitkan buku-buku tentang Immanuel Kant.

Tahun 1980-an Ali Larijani adalah ketua Pengawal-pengawal Revolusi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr. Larijani mendapat Ph.D dan ijazah Sarjana dalam jurusan falsafah barat daripada Universiti Tehran dan menamatkan pengajian di Summa Cum Laude dengan B.Sc jurusan Sains Komputer dan Matematik dari Universiti Sharif. Mulanya ingin menyambung pengajian dalam sains komputer, tetapi berunah setelah bertemu dengan Morteza Motahhari.


Calon Presiden[sunting | sunting sumber]

Larijani ialah salah seorang calon Presiden Iran pada tahun 2005 dalam pilihan raya presiden Iran di mana beliau dalam ranking ke-6 dan mendapat 5.94 % undi. Beliau juga ialah bekas Presiden IRIB, diiikuti oleh Ezzatollah Zarghami.

Sebelum menjadi Presiden IRIB, Larijani berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan dan Penyiaran Islam di bawah Presiden Akbar Hashemi Rafsanjani selepas sahaja Mohammad Khatami meletak jawatan.

Larijani ialah calon presiden paling penting semasa pilihan raya presiden Iran 2005. Beliau disokong oleh Persatuan Jurutera-Jurutera Islam (ISE) dan kumpulan konservatif. Tetapi kemudian kurang menyerlah berbanding dengan Mahmoud Ahmadinejad dan Mohammad Bagher Ghalibaf.

Krisis Nuklear Iran[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi wakil utama Iran berhubung Program Nuklear Iran.Pada 25 April 2007 beliau bertemu dengan Javier Solana iaitu pegawai kanan Kesatuan Eropah dan wakil ke mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merayu agar Iran tidak dikenakan sekatan ekonomi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Hassan Rowhani
Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran
2005-2007
Diikuti oleh:
Saeed Jalili

Rujukan[sunting | sunting sumber]