Presiden Iran
Presiden Republik Islam Iran | |
---|---|
![]() Lambang Republik Islam Iran | |
Tempoh jawatan | 4 tahun, boleh diperbaharui sekali |
Laman sesawang | Pejabat Presiden |
Presiden Iran merupakan ketua kerajaan Republik Islam Iran. Setiap presiden dilantik melalui pilihan raya dan akan memimpin kerajaan Iran selama empat tahun.
Presiden Iran adalah jawatan tertinggi yang dilantik rasmi dalam Republik Islam Iran, jawatan kedua tertinggi di Iran. Menurut Perlembagaan Republik Islam Iran presiden bertanggungjawab untuk "fungsi-fungsi eksekutif", seperti menandatangani perjanjian-perjanjian, perjanjian-perjanjian antara bangsa dan sebagainya. dengan negara-negara lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; perancangan negara dan bajet pekerjaan dan urusan rasmi; melantik menteri-menteri, gabenor-gabenor, dan duta-duta tertakluk kepada kelulusan parlimen.
Berbeza dengan negara lain, Presiden Iran tidak mempunyai kawalan penuh terhadap dasar luar, pasukan bersenjata, atau dasar nuklear Iran kerana ia di bawag kawalan Pemimpin Tertinggi.
Pilihan raya Presiden Iran 2005 pada 3 Ogos 2005 dimenanngi oleh Mahmoud Ahmadinejad. Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 turut dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad walaupun dipertikaikan oleh calon lawan.
Syarat menjadi presiden[sunting | sunting sumber]
Presiden Iran dipilih untuk tempoh empat tahun. Pengundi mestilah beruur 18 tahun. Calon kepresidenan mesti diluluskan oleh 12 anggota Majlis Pengawal Revolusi. Separuh ahli Majlis dilantik oleh Pemimpin Tertinggi bagi mengekalkan fungsi dan nilai Republik Islam Iran.
Menurut perlembagaan Iran, syarat menjadi presiden mestilah:
- Berasal daripada Iran;
- Kewarganegaraan Iran;
- Keupayaan untuk pentadbiran dan kepintaran;
- Rekod lampau yang baik;
- Kebolehpercayaan dan iman; dan
- Kepercayaan terhadap prinsip asas Republik Islam Iran dan mazhab negara itu.
- Seorang Islam Syiah mazhab imam 12.
Majlis berkuasa membatalkan calon-calon yang adalah dianggap tidak boleh diterima. Dalam pilihan raya Presiden Iran 1997, hanya empat daripada 238 calon presiden diluluskan oleh majlis. Pemerhati Barat secara rutin mengecam tindakan fundamentalis Islam konservatif dan menghalang yang tidak sehaluan. Presiden dipilih melalui majoriti mudah .
Majlis Presiden[sunting | sunting sumber]
Menurut Perlembagaan Iran, apabila Presiden itu mati atau didakwa, Majlis Presiden akan memerintah sehingga satu pilihan raya baru diadakan. Presiden secara automatik menjadi Ketua Majlis Revolusi dan Ketua Majlis Keselamatan Negara.
Senarai Presiden Iran[sunting | sunting sumber]
Berikut ialah senarai semua Presiden Iran bagi Republik Islam Iran sejak ditubuhkan pada 1980.
Bebas Konservatif Reformis
# | Nama | Gambar | Lahir-Mati | Mula | Tamat | Parti politik | Tempoh |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Abolhassan Banisadr | ![]() |
1933-2021 (98 tahun) |
4 February 1980 | 22 Jun 1981 (didakwa) |
Bebas | 1 |
Selang masa ini, 'Majlis Presiden Sementara' memangku jawatan (22 Jun 1981 - 2 Ogos 1981) | |||||||
2 | Mohammad Ali Rajai | ![]() |
1933-1981 (48 tahun) |
2 Ogos 1981 | 30 Ogos 1981 (dibunuh) |
Islamic Republican Party Parti Republik Islam (Ḥezb-e Jomhūrī-e Eslāmī) |
2 |
Selang masa ini, 'Majlis Presiden Sementara' memangku jawatan (30 Ogos 1981 - 13 Oktober 1981) | |||||||
3 | Ali Khamenei | ![]() |
1939- | 13 Oktober 1981 | 16 Ogos 1985 | Islamic Republican Party Parti Republik Islam (Ḥezb-e Jomhūrī-e Eslāmī) sehingga 1987 ↓ Combatant Clergy Association Persatuan Pejuang Ulama (Jame'e-ye Rowhaniyat-e Mobarez) sejak 1987 |
3 |
16 Ogos 1985 | 3 Ogos 1989 | 4 | |||||
4 | Akbar Hashemi Rafsanjani | ![]() |
1934-2017 (82 tahun) |
3 Ogos 1989 | 3 Ogos 1993 | Combatant Clergy Association Persatuan Pejuang Ulama (Jāme'e-ye Rowhāniyyat-e Mobārez) |
5 |
3 Ogos 1993 | 2 Ogos 1997 | 6 | |||||
5 | Mohammad Khatami | ![]() |
1943- | 2 Ogos 1997 | 8 Ogos 2001[1] | Association of Combatant Clerics Persatuan Pejuang Ulama (Majma'-e rowhāniyūn-e mobārez) |
7 |
8 Ogos 2001 | 3 Ogos 2005 | 8 | |||||
6 | Mahmoud Ahmadinejad | ![]() |
1956- | 3 Ogos 2005 | 3 Ogos 2009 | Alliance of Builders of Islamic Iran Barisan Pembina Islam Iran (E'telāf-e Ābādgarān-e Īrān-e Eslāmī) |
9 |
3 Ogos 2009 | 3 Ogos 2013 | 10 | |||||
7 | Hassan Rouhani | ![]() |
1948- | 3 Ogos 2013 | 19 Mei 2017 | Moderation and Development Party Parti Permodenan dan Pembangunan (Hezb-e E'tedāl va Towse'eh) |
11 |
19 Mei 2017 | 2021 | 12 | |||||
8 | Ebrahim Raisi | ![]() |
1960- | 3 Ogos 2021 | Penjawat kini | Jemaah Ulama Mujahid | 13 |
Senarai Presiden yang masih hidup[sunting | sunting sumber]
- Bekas Presiden Iran yang masih hidup
Ali Khamenei
berkhidmat 1981–1989
17 Julai 1939Mohammad Khatami
berkhidmat 1997–2005
29 September 1943Mahmoud Ahmadinejad
berkhidmat 2005–2013
28 Oktober 1956Hassan Rouhani
berkhidmat 2012–2021
12 November 1948
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ (Perancis) La documentation française Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback Machine: "[...] le nouveau Parlement retarde l'investiture du président Khatami qui prête serment le 8 août pour un second mandat de quatre ans."
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Pejabat Presiden Iran
- Blog Presiden Diarkibkan 2007-10-03 di Wayback Machine
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.