Altantuya Shaariibuu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Altantuya" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan nama orang Mongolia, nama yang diberikan ialah Altantuya, dan tajuk rencana tidak mengandungi nama bapa atau nama keluarga.
Altantuya Shaaribuu
Алтантуяа Шаарибуу
Altantuya.jpg
Gambar fail Altantuya pada 2001
Kelahiran Shaariibuugin Altantuyaa
6 Mei 1978
Mongolia
Meninggal dunia 18 Oktober 2006 (umur 28)
Shah Alam, Selangor
Sebab kematian Terbunuh dalam letupan C4 di hutan
Pekerjaan Peragawati

Altantuya Shaariibuu (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу; lahir Shaariibuugin Altantuyaa; 6 Mei 1978 - 18 Oktober 2006), merupakan seorang wanita rakyat Mongolia yang menjadi mangsa pembunuhan sama ada dibunuh dengan menggunakan bahan letupan, C4 atau dibunuh dahulu lalu mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Altantuya dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaariibuu Setev, seorang profesor psikologi dan ibunya Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.[1]

Altantuya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Beliau juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.[2]

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Altantuya dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka daripada Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.[3]

Penafian Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Setelah sekian lama kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai khabar angin mengenai penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah kes ini dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang akan tetapi Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.[4]

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah:

  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.[5][6]
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.[7][8]
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.[9]
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.
  • Sebarang kenyataan daripada pihak eksekutif negara pasti mengundang salah faham dan dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah. Sehingga 1 Mei 2008, perbicaraan kes Altantuya masih berlarut-larut kepada isu-isu teknikal.[10]
  • Pada 2011, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.[11]
  • Pada 9 April 2015, Najib Razak telah ditemu bual khas dan mengulangi penafian tidak mempunyai kaitan dan mengenali Altantuya Shaariibuu.[12]

Raja Petra Kamarudin disiasat[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mei 2008, Malaysiakini melaporkan DSP Victor Sanjos daripada bahagian jenayah siber telah menyiasat terhadap Raja Petra Kamaruddin dan beberapa maklumat dalam komputer beliau. Rumah Raja Petra Kamaruddin terletak di Sungai Buloh, Selangor. Siasatan ini ada kaitan dengan artikel dalam Malaysia Today yang bertajuk “Let’s send the Altantunya murderers to hell” – kes Altantuya.[13]

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut.[14] Bagaimanapun, beliau mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[15][16]

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) disiasat[sunting | sunting sumber]

Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul dituduh kerana mempunyai bukti yang banyak berkaitan pembunuhan Altantuya seperti buku nota yang tercatat alamat dan nombor telefon mangsa.[17]

Kes ditutup[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2015, kes pembunuhan kepada dirinya ditamatkan dengan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; kerana didapati bersalah terhadap pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malaysian justice put on trial". Asia Times. 12 July 2007. Dicapai 12 July 2007. 
  2. ^ "Altantuya married twice, had two kids". TheStar. 15 November 2007. Diarkibkan daripada original pada 12 September 2007. Dicapai 15 November 2007. 
  3. ^ "Prosecution closes its case on Altantuya murder trial". New Sabah Times. 24 June 2008. Dicapai 24 June 2008. 
  4. ^ "RPK's bombshell allegation on Altantuya murder - Abdullah, Najib, Rosmah cannot remain silent". 
  5. ^ "Acquittal in Malaysia murder saga". BBC News. 31 October 2008. Dicapai 19 May 2010. 
  6. ^ John Berthelsen (5 December 2007). "Who was Altantuya Shaariibuu?". Asia Sentinel. Dicapai 5 December 2007. 
  7. ^ "The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed". The Nation. 13 March 2009. Dicapai 14 January 2010. 
  8. ^ "Photos of Altantuya in Paris add to mystery". Free Malaysia Today. 26 June 2012. Dicapai 23 February 2013. 
  9. ^ "Yes, PM, Let's really send Altantuya's murderers to hell, shall we?". Malaysia Today. 
  10. ^ Najib jawab isu Altantuya di blog Petra
  11. ^ PM bersyukur RPK bersihkan namanya, Rosmah.
  12. ^ Hamdan Ahmir (10 April 2015). "Transkrip penuh temubual khas bersama Perdana Menteri". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2016. Dicapai 21 Jun 2017. 
  13. ^ Police after RPK again
  14. ^ ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16
  15. ^ Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011
  16. ^ Raja Petra’s admission ‘exposes the chief conspirator’, Friday April 15, 2011 , The Star Online.
  17. ^ "PI points finger at Malaysia No. 2 leader in new twist to Mongolian's murder". International Herald Tribune. 3 July 2008. Dicapai 3 July 2008. 
  18. ^ "Kes Altantuya: Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul". Berita Harian. 13 Januari 2015. Dicapai 14 Januari 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]