Sirul Azhar Umar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koperal Sirul Azhar Umar (lahir 29 Januari 1971) terkenal di Malaysia setelah dituduh bersama Azilah Hadri membunuh wanita jelita dari Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Kes ini menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga membabitkan Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdul Razak dibebaskan oleh hakim pada 31 Oktober 2008 . Sementara Najib Tun Razak menafikan pernah mengenali Altantuya.

Beliau telah menyertai Unit Tindak Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 23 Januari 1996 dan bertugas dalam Unit Komunikasi. Sirul nombor perkhidmatan ialah 125591.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sirul Azhar dilahirkan pada 29 Januari 1971 dan telah berkahwin namun perkahwinannya tidak tahan setelah bercerai secara aman dengan isterinya pada tahun 2004. Rakan karibnya Sarjan Rosli Ibrahim ,menyatakan anak sulung Sirul perempuan yang kini dijaga oleh keluarga angkat Sirul Azhar di Muadzam Pahang. Sementara anak kedua lelaki dijaga oleh ibunya di Changkat Jering.

Timbalan Komander Unit Tindakan Khas (UTK), ACP Mastor Mohd Ariff menyatakan Sirul mempunyai sebuah kenderaan jenis jip model Suzuki.

Tuduhan membunuh Altantuya[sunting | sunting sumber]

Azilah Hadri dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan.

Deputi Superintendan Muhammad Koey Abdullah menyatakan bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai manakala Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood pula berpendapat ketika itu Altantuya telahpun dibogelkan kerana tiada sebarang cebisan kain dijumpai di tempat kejadian.PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai "velocity of detonation" di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat dan boleh merobohkan sebuah bangunan. [1]

Peguam bela Sirul Azhar ialah Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal .

Ditangkap di Islamabad[sunting | sunting sumber]

Tugasan terakhir Sirul Azhar ialah menjadi pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Islamabad, Pakistan. ACP Mastor ditugas membawa pulang Sirul dari Pakistan dengan Penerbangan Malaysia pada 6 november 2007. Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengarahkan ACP Mastor, Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar membawa pulang Sirul Azhar dari Islamabad. Sampai di KLIA, Sirul diserahkan kepada Unit D9 Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. [2]

Siasatan di rumah sewa[sunting | sunting sumber]

Pada 7 november 2007, Sarjan Rosli Ibrahim dari Unit Tindakan Khas di Bukit Aman menyatakan Sirul menunjukkan barang kemas milik Altantuya di dalam jaket hitam di rumah sewa Sirul. Rumah sewa itu di flat 5 tingkat 2 bilik di di Jalan Camar, 4/1 Gugusan Semarak, Seksyen 4, Kota Damansara, Selangor.[3] Turut dijumpai ialah sehelai pakaian kalis api, dua helai pakaian kalis kimia dan satu beg mengandungi barang-barang antaranya pelindung siku dan pelindung lutut. Jaket itu diserahkan kepada ASP Zulkarnain Samsudin. [4] Koperal Chiam Swee Guan turut menemui dalam jaket itu sebentuk cincin, sepasang subang dan satu jam tangan.[5] "Kunci misteri" di tangan pihak polis yang dikatakan milik Sirul Azhar juga menimbulkan persoalan dan pendakwaan masih tidak menjelaskan di mana kunci sebenarnya dan di manakah pihak polis mendapat kunci itu.[6] Cif Inspektor Koh Fei Chew, 38, dari Bahagian Siasatan Jenayah Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menafikan polis masuk ke bilik sebelum Sirul[7]

Rakan Altantuya, Uuriintuya Gal-Ochir yang datang ke Malaysia bersama-sama dengan Altantuya dan sepupu Altantuya, telah memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa Altantuya memakai jaket berwarna hitam berjenama Espirit, subang yang mempunyai batu hitam, sebentuk cincin berlian berbentuk istimewa, seutas jam jenis Larmes dan kasut berjenama Gucci sebelum wanita itu hilang.[8]

Darah pada selipar[sunting | sunting sumber]

Ketua Bahagian Kimia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritendan Soo Mee Tong mengaku beliau pada 9 November 2006 tidak membuat sebarang ujian mengesan cap jari ke atas sepasang selipar getah yang dirampas dari sebuah kenderaan pacuan empat roda Suzuki Vitara 1300 (plat CAC 1883) milik Sirul Azhar. Tidak dibuat ujian kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) daripada peluh pada selipar yang tertulis perkataan ‘Heat Adswad’ [9] Turut ditemui ialah satu kelongsong peluru 9 milimeter SME06.

Ahli kimia, J Primulapathi menjalankan ujian mitochondrial DNA(mtDNA) dengan membandingkannya dengan contoh darah ibu bapa mangsa, Altansetseg Sanjaa dan Dr Setev Shaariibuu.Dengan itu tompokan darah itu tidak mungkin milik orang lain. MtDNA bukanlah seperti ujian pengesanan cap jari, ia hanya menunjukkan salur galur keturunan sebelah ibu. J Primulapathi berhujah mahkamah juga boleh mengambil kira keterangan ketika kejadian, hanya mangsa seorang saja wanita Mongolia dilaporkan hilang di Malaysia.

Tunjuk lokasi[sunting | sunting sumber]

ASP Zulkarnain Samsudin menyatakan pada 6 Nov 2006 [10] Sirul Azhar telah menunjukkan bukit dimana wanita itu diletupkan .Kenyataan yang dibuat oleh Sirul Azhar ini bukan satu kenyataan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan (kenyataan yang membawa kepada penemuan) kerana polis D9 telahpun menemui tempat kejadian.[11]

Rekod Celcom[sunting | sunting sumber]

Haizal Hambali, juruteknik bahagian perancangan akses telefon Celcom Berhad turut memberi keterangan . Rekod Celcom menunjukkan Azilah berada di Puncak Alam (tempat kejadian) dan telah berkomunikasi dengan Sirul dan Abdul Razak Baginda menggunakan telefon pada pukul 10.43 malam dan 11.16 malam pada 19 Oktober 2007 dan panggilannya sekali lagi dikesan melalui stesen pemancar Bukit Asmara pada pukul 11.26 malam. Stesen pemancar di Puncak Perdana (kawasan berhampiran tempat kejadian) mengesan Azilah membuat panggilan pada pukul 11.28 malam dengan menghubungi teman wanitanya Lans Koperal Rohaniza Roslan.[12]

Rekod Touch n Go[sunting | sunting sumber]

Wan Abdullah Wan Ali, 30, eksekutif operasi syarikat Rangkaian Segar yang merupakan pengeluar kad Touch n Go menyatakan bahawa beliau tidak ada cara untuk memastikan sama ada Sirul Azhar Umar, telah menggunakan kad Touch 'n Go yang didaftarkan atas nama Sirul di dua plaza tol (Plaza tol Kota Damansara) pada hari wanita Mongolia itu dibunuh. Sesiapa boleh membeli beberapa keping kad Touch n Go dan boleh menghadiahkannya kepada orang lain.[13]

Hakim perintah membela diri[sunting | sunting sumber]

Pada 31 oktober 2008, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin di Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Sirul dan Azilah Hadri diperintah membela diri kerana ada prima facie. Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup kes pada 23 Jun 2008. Sepanjang perbicaraan selama 151 hari Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka , sebaliknya memakai topeng dengan alasan hidup masih panjang.

Hakim terpaksa meneliti 6,000 muka surat nota prosiding perbicaraan, hujah-hujah dan nas undang-undang yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]