Niigata, Niigata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Niigata (نيڬاتا)
新潟
Designated city
新潟市 · Bandaraya Niigata
Dari kiri atas: NEXT21, Jambatan Bandai, Toki Messe, Stadium Niigata, Pusat Bandaraya Niigata dan Sungai Shinano pada waktu malam, Menara Pelangi

Bendera
Lokasi Niigata (نيڬاتا) di Niigata
Niigata, Niigata yang terletak di Jepun
Niigata (نيڬاتا)
 
Koordinat: 37°54′58″U 139°2′11″T / 37.91611°U 139.03639°T / 37.91611; 139.03639Koordinat: 37°54′58″U 139°2′11″T / 37.91611°U 139.03639°T / 37.91611; 139.03639
Negara Jepun
Wilayah Chūbu
Prefektur Niigata
Kerajaan
 • Datuk Bandar Akira Shinoda
Keluasan
 • Jumlah 726.09 km2 (280.34 sq mi)
Populasi (1 Mac 2008)
 • Jumlah 812,705
 • Kepadatan 1,119.22/km2 (2,898.8/sq mi)
Zon waktu Waktu Standard Jepun (UTC+9)
- Pokok Willow
- Bunga Tulip
Alamat 1-602-1 Gakkōchō-dōri, Chūō-ku, Niigata-shi, Niigata-ken
951-8550
Pemandangan bandar Niigata dan Sungai Shinano

Niigata (新潟市 Niigata-shi?, نيڬاتا) ialah ibu negeri dan bandar paling ramai penduduk di Wilayah Niigata, Jepun. Ia terletak di pantai barat laut Honshū, pulau terbesar Jepun, dan menghadap Laut Jepun dan Pulau Sado. Penduduknya berjumlah 812,000 orang pada tahun 2007.

Sejarah kota ini dimulai pada tahun 1889 ketika status rasminya menjadi sebuah bandar di Jepun. Seratus tahun lebih kemudian, status ini berkembang menjadi bandar wilayah utama pada tahun 1996. Perkembangan kota Niigata mencapai puncaknya sembilan tahun kemudian ketika pada tanggal 21 Mac 2005 vini digabungkan dengan 12 pekan di sekitarnya dan kemudian digabungkan lagi dengan bandar Maki pada tangal 10 Oktober 2005.

Secara geografinya, kota ini dikelilingi oleh air. Sungai Shinano dan Agano yang merupakan sungai terbesar di Jepun yang mengalir di jantung kota Niigata sebelum akhirnya menuju Laut Jepun. Perjalanan ke Niigata mengambil masa selama 1 jam 40 minit dari Tokyo dengan menggunakan kereta api laju Shinkansen. Kota ini terletak kurang lebih 300 kilometer di sebelah barat laut bandar Tokyo. Pelabuhan di Niigata adalah satu dari lima pelabuhan antarabangsa yang dibuka pada tahun 1868 setelah pemulihan Meiji. Sejak saat itu, Niigata mengembangkan pelabuhannya menjadi salah satu pelabuhan antarabangsa terpenting di Jepun. Selain dihubungkan oleh kereta api dan pelabuhan laut, kota ini juga memiliki lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai jalur penerbangan tetap menuju bandar: Khabarovsk, Vladivostok, Irkustsk, Seoul, Shanghai, Xi'an, Harbin, Guam and Honolulu.

Perekonomian Niigata didokong oleh perdagangan dan jasa serta industri besar petrokimia. Hasil pertanian juga menjadi sumber ekonomi untuk daerah-daerah di pedesaan. Selain beras, lobak Jepun dan bunga juga sangat banyak dikembangkan di sini. Bagi penduduk Jepun, kota Niigata terkenal dengan sake dan berasnya yang enak serta sebagai kota untuk tempat bermain ski pada saat musim sejuk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]