Pergi ke kandungan

Rafflesia hasseltii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ambai-ambai)

Rafflesia hasseltii
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Rafflesiaceae
Genus: Rafflesia
Spesies:
R. hasseltii
Nama binomial
Rafflesia hasseltii

Rafflesia hasseltii, turut dikenali sebagai ambai-ambai, kerubut atau kembang padma, ialah spesies tumbuhan parasit dalam genus Rafflesia dan keluarga Rafflesiaceae, yang bergantung hidup pada spesies tertentu dalam genus Tetrastigma.[1][2] Ia berasal dari Sumatera Barat, Sumatera Tengah, Semenanjung Malaysia dan kawasan barat Borneo, termasuk Taman Negara Kerinci Seblat, Indonesia.[3][4] Spesies ini mempamerkan variasi bentuk, warna dan corak yang sangat luas berbanding spesies raflesia yang lain.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Epithet spesies hasseltii diberikan oleh ahli botani Belanda Willem Frederik Reinier Suringar pada tahun 1879.[5][6] Asal-usul epithet tersebut, atau tokoh yang dirujuk melaluinya, tidak pernah didokumentasikan secara jelas. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan besar dinamakan sempena seorang lagi ahli botani dan etnolog Belanda, Arend Ludolf van Hasselt, yang membantu dalam pengumpulan spesimen tumbuhan ini dari pantai barat Sumatera.[7]

R. hasseltii dikenali dalam bahasa tempatan sebagai cendawan muka rimau (Melayu: cendawan muka rimau),[7][8] berikutan rupa bunga yang sedang mekar menyerupai belang pada harimau.[7] Walaupun raflesia mempunyai gentian seakan-akan miselium yang menembusi perumahnya,[9] tumbuhan ini sebenarnya ialah tumbuhan dikotiledon dan bukannya cendawan. Ia juga dikenali sebagai raflesia merah putih (Indonesia: raflesia merah putih),[8][10] cendawan berona kuprus (Melayu: cendawan biring),[10] cendawan matahari (Latin: fungus solaris),[5] ambai-ambai,[11][12] kerubut,[12][13] dan pakma.[12][14]

Suku tempatan seperti orang Asli menjual bunga ini sebagai ubat tradisional. Pengkaji di Malaysia telah mengelar 36 ekor tikus dan menyapu lukanya sama ada dengan serbuk bunga yang dilumatkan dalam pes hidrogel (dengan dua kepekatan), hidrogel luka komersial atau plesbo. Mereka memutuskan yang luka tikus hidup yang dicalit dengan bunga pulih lebih baik berbanding tikus dengan plesbo, sungguhpun tiada kelainan ketara antara kepekatan bunga dengan hidrogel komersial.[15]

  1. ^ "ambai-ambai I". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kerubut II". A Malay-English dictionary (romanised) (dalam bahasa Inggeris). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 580 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ POWO (2022). "Rafflesia hasseltii Suringar". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 17 Jun 2022.
  4. ^ "Rafflesia hasseltii Suringar" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Selatan Illinois. 2006-11-06. Dicapai pada 10 Disember 2008.
  5. ^ a b Suringar, W.F.R. (1879). "Rafflesia hasseltii". Acta Societatis Regiae Scientiarum Neerlandicae (dalam bahasa Belanda): 1–3.
  6. ^ Suringar, W.F.R. (1879). "Flora". Rafflesia hasseltii (dalam bahasa Belanda). In: Pieter Johannes Veth Midden-Sumatra 4:II. m/s. 26, cum ic.
  7. ^ a b c Sofiyanti, N.; Salleh, K. M.; Purwanto, D.; Syahputra, E. (Oktober 2007). "The Note on Morphology of Rafflesia hasseltii". Biodiversitas Journal of Biological Diversity (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sebelas Maret. 8 (4): 257–261. doi:10.13057/biodiv/d080402. S2CID 4533397. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  8. ^ a b "Spotted! White-red Rafflesia in Riau's Rimbang Baling Hills Wildlife Sanctuary". WWF Indonesia. Pekanbaru: WWF. 26 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2025. Dicapai pada 25 November 2025.
  9. ^ Nikolov, L. A.; Tomlinson, P. B.; Manickam, S.; Endress, P. K. (Ogos 2014). "Holoparasitic Rafflesiaceae possess the most reduced endophytes and yet give rise to the world's largest flowers". Annals of Botany (dalam bahasa Inggeris). Oxford Academic. 114 (2): 233–242. doi:10.1093/aob/mcu114. Dicapai pada 25 November 2025.
  10. ^ a b Zuhud, E. A. M.; Hikmat, A.; J., Nadzrun (1998). Rafflesia Indonesia: Keanekaragaman, Ekologi, dan Pelestariannya (dalam bahasa Indonesia). Bogor: Indonesian Nature and Wildlife Conservation Foundation (WWF Indonesia) and Plant Conservation Laboratory, Department of Forest Resource Conservation, Faculty of Forestry, Universiti Pertanian Bogor. m/s. vi, 38. ISBN 9799504430. OCLC 2478894.
  11. ^ "ambai-ambai". KBBI VI Daring (dalam bahasa Indonesia). Agency for Language Development and Cultivation, Ministry of Primary and Secondary Education. Dicapai pada 27 November 2025.
  12. ^ a b c Primarily based on the works of Wilkinson, R. J. "Searching definition body for "Rafflesia hasseltii"". SEAlang Library Malay (dalam bahasa Inggeris). SEAlang Library. Dicapai pada 27 November 2025.
  13. ^ "kerubut". KBBI VI Daring (dalam bahasa Indonesia). Agency for Language Development and Cultivation, Ministry of Primary and Secondary Education. Dicapai pada 27 November 2025.
  14. ^ Primarily based on the works of Wilkinson, R. J. "Searching native orthography for "pakma"". SEAlang Library Malay (dalam bahasa Inggeris). SEAlang Library. Dicapai pada 27 November 2025.
  15. ^ Abdulla, Mahmood A.; Ahmed, Khaled A.; Ali, Hapipah M.; Noor, Suzita M.; Ismail, Salmah (November 2009). "Wound Healing Activities of Rafflesia hasseltii Extract in Rats". Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition (dalam bahasa Inggeris). 45 (3): 304–308. doi:10.3164/jcbn.09-17. ISSN 0912-0009. PMC 2771251. PMID 19902020.