Anggerik Mall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Anggerik mall.jpg
Gambaran Anggerik Mall.

Anggerik Mall merupakan kompleks beli-belah milik MARA yang terletak di Shah Alam,Selangor.

Rungutan peniaga[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2010, berdasarkan kenyataan ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad, mulai Julai 2009, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyerahkan kompleks itu kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd yang dimiliki naib ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawatty Hussein. Inno Elegan akan mengurus dan mentadbirnya selama sembilan tahun dan diperbaharui setiap tiga tahun. MARA di bawah tanggungjawab Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Menurut beliau lagi, kompleks itu disewakan keseluruhannya kepada Inno Elegan dengan nilai RM22,000 dan disewakan semula kepada peniaga sebanyak RM60,000 (untuk kesemua lot). Ini menyebabkan sewa satu lot boleh mencecah RM2,000 .

Huzry Fionnawatty menafikan tiada promosi terhadap kompleks itu. Sewaan RM60,000 digunakan untuk kos penyelenggaraan, pembetungan, elektrik dan air serta menyediakan perkhidmat an pengawal keselamatan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]